KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd sedang mempelbagaikan operasi dan aliran pendapatannya melalui penerokaan peluang di dalam dan di luar ekosistem automotif dengan hasil meningkat secara eksponen "daripada kurang RM1 juta pada 2021 kepada 19 kali ganda pada akhir 2023."
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
"Ditubuhkan pada 2021 dengan hanya satu kedai makanan dan minuman serta barangan, PGS telah meluaskan skop operasinya dengan kini merangkumi enam bidang utama, iaitu gaya hidup, kejuruteraan, latihan, tenaga baharu, logistik dan R3 Motorsports.
"Bagi pembeli dan peminat Proton, bidang perniagaan yang paling ketara ialah bahagian gaya hidup dan R3 Motorsports," kata kenyataan itu.
Bahagian gaya hidup menguruskan Proton Cafe dan menjual barangan Proton manakala bahagian R3 Motorsports menumpukan kepada pembangunan varian prestasi dan menjalankan aktiviti perlumbaan Proton, katanya.
Proton berkata bahagian tenaga baharu pula menumpukan kepada pengenalan tenaga yang boleh diperbaharui untuk membantu penarafan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat sambil menjual penyelesaian bagi penjimatan tenaga.
"Inisiatif yang dijalankan termasuk penjualan dan pemasangan sel fotovoltaik solar kepada pengedar dan vendor Proton serta bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membina bukti konsep bagi pengecasan kenderaan elektrik (EV) mudah alih," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif PGS Lee Yeet Chuan berkata perniagaan PGS mendapat manfaat daripada minat yang kuat oleh rakyat Malaysia terhadap Proton.
"Dengan begitu banyak sejarah di sebalik syarikat, kami mempunyai peluang untuk membina hubungan yang lebih erat dengan pemilik Proton sambil menawarkan produk dan perkhidmatan premium kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata pembuat kereta itu mendapat manfaat daripada PGS.
"Dari sudut kos, syarikat kini mampu mengawal kos operasi dengan lebih baik manakala operasi jualan komersial PGS membolehkan kami memanfaatkan kekuatan rangkaian pengedar dan imej jenama kami serta memaksimumkan peluang hasil daripada jualan barangan, makanan dan minuman serta minyak pelincir berprestasi tinggi.
"Perancangan telah dilakukan untuk mengembangkan penggunaan tenaga bersih yang boleh diperbaharui untuk Proton dan vendor kami sementara kerja sedang dijalankan di antara PGS dan rakan kejuruteraannya untuk membangunkan penyelesaian penyimpanan tenaga dan pengecasan yang penting untuk model-model Proton di masa hadapan," tambahnya.
Selain itu beliau berkata ditambah dengan inisiatif untuk menyokong latihan bagi pekerja industri automotif serta perniagaan logistik yang semakin berkembang, syarikat itu membayangkan PGS untuk terus membuat sumbangan yang konsisten kepada keuntungan Proton pada masa hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Lee Yeet Chuan berkata perniagaan PGS mendapat manfaat daripada minat yang kuat oleh rakyat Malaysia terhadap Proton. - Gambar fail/Dagang News

Bazar perayaan lain di KL akan guna konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri
Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah pada Jumaat bersetuju untuk memperluaskan konsep pengurusan Bazar Ramadan dan Aidilfitri kepada bazar perayaan lain di Kuala Lumpur.

Jualan sektor automotif dijangka merosot pada 2025
Sektor automotif Malaysia dijangka mengalami jualan yang lebih rendah pada 2025.

ASEAN termasuk Malaysia dapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China - Moody's
Negara anggota ASEAN khususnya Vietnam, Malaysia dan India telah mendapat manfaat daripada kepelbagaian rantaian bekalan China terutamanya dalam tekstil dan elektronik, kata Moody's Ratings.

UNRWA: Bekalan tepung untuk edaran di Gaza hanya bertahan sekitar enam hari
UNRWA memaklumkan bahawa bekalan tepung untuk diedarkan di Gaza hanya mampu bertahan sekitar "enam hari" kerana tiada bantuan baharu masuk sejak 19 hari lepas.

Tahun 2024 catat jumlah kematian tertinggi migran - Agensi Migrasi PBB
Sekurang-kurangnya 8,938 orang kehilangan nyawa di laluan migrasi sepanjang 2024, menjadikannya tahun paling banyak kematian dalam rekod.

Tolak suara sumbang pecah belah masyarakat majmuk - Nga
Rakyat Malaysia harus menolak suara-suara sumbang yang cuba memecahbelahkan masyarakat berbilang kaum, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

RUU Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini
Rang Undang-undang (RUU) Kredit Pengguna 2025 dijangka diwartakan menjelang akhir tahun ini.

Hong Leong Bank Bhd lancar lagu Senyum Senyum Raya
Sempena Syawal tahun ini, Hong Leong Bank Bhd (HLB) tampil dengan kelainan dengan pelancaran lagu raya bertajuk Senyum Senyum Raya yang dinyanyikan oleh penyanyi terkenal, Alif Satar.
Penganggur mengaku tak bersalah pandu melulu
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat atas pertuduhan memandu kereta secara berbahaya, yang boleh menyebabkan kematian dalam kejadian langgar lari membabitkan dua kenderaan pada Januari lepas.
Rogol pembantu klinik, doktor minta dibicarakan
: Seorang Dr mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii

Proton mulakan pembinaan kilang pemasangan EV pertama di Tanjung Malim
Proton Holdings Bhd (Proton) memulakan pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) pertama di Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), dekat sini dengan pelaburan berjumlah RM82 juta.

Kilang pemasangan EV Proton perkukuh AHTV, buka 3,000 peluang pekerjaan - Saarani
Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim.

Kereta terbakar dalam kemalangan di Gua Musang, lelaki maut
Seorang lelaki maut apabila kenderaan yang dipandu terbakar selepas terbabit dalam satu kemalangan di jalan Bandar Utama Gua Musang petang tadi.

Proton akhiri 2024 dengan prestasi cemerlang, berjaya jual 152,352 unit kenderaan
Proton mencatat jualan sebanyak 152,352 unit (domestik dan eksport) bagi keseluruhan 2024, menjadikannya berada di tempat kedua sekali lagi.

Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.

Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.

Proton e.MAS 7 dibuka untuk tempahan, berharga mulai RM120,000
Kenderaan elektrik (EV) pertama Proton, e.MAS 7, kini dibuka untuk tempahan dan dijangka berharga daripada RM120,000.

Belanjawan 2025: Industri automotif harap tempoh pengecualian cukai jalan EV dilanjutkan
Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Proton kekal tempat kedua dalam jualan automotif pada September
Proton menganggarkan bahagian pasaran pada 20.1 peratus untuk bulan September.

Proton e.Mas 7 buat kemunculan pada perarakan Hari Kebangsaan 2024
Proton mempamerkan model daripada Proton Saga yang dilancarkan pada 1985 kepada Wira, Putra, Tiara, Savvy dan Siri X pada perarakan itu.