Selepas kejayaan perkongsian dengan Zhejiang Geely Holding Group (Geely) dari China, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) telah mengeksport semula kereta ke Asia Barat bermula dengan 453 unit model Persona dan Gen2.
Penghantaran itu telah dibuat secara simbolik melalui satu majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Datuk Radzaif Mohamed di pelabuhan Westports di sini hari ini, dengan deretan kereta Proton dipandu memasuki kapal kargo Grand Diamond.
Kumpulan pertama sebanyak 453 kereta dengan pemanduan tangan kiri itu dijangka tiba di Aqaba, Jordan dalam tempoh dua minggu dan akan diedarkan di Asia Barat oleh pengimport kenderaan Jawarhat Al-Bakhet.
Pengeksportan semula Proton menandakan peralihan dalam perniagaan syarikat itu bagi mengembangkan dan mengukuhkan pasaran antarabangsa selepas tidak aktif sejak tiga tahun lepas.
"Selain memastikan kereta Proton terus menguasai pasaran tempatan, kami mensasarkan sektor eksport sebagai fokus utama kami pada masa hadapan.
"Kami mengutamakan eksport kenderaan ke negara-negara ASEAN kerana mereka lebih dekat sebelum memasuki negara lain kerana kami memiliki produk yang sesuai dengan mereka," katanya.
Eksport Proton terakhir ke Asia Barat adalah ke Mesir pada 2015.
Sementara itu, Pengarah Sektor Pemasaran Antarabangsa Proton, Steven Xu Yuan berkata sebanyak 2,200 kereta Proton disasarkan untuk dieksport ke beberapa buah negara pada tahun ini.
Kualiti kereta Proton telah bertambah baik, menyamai standard mutu Volvo, ini menyebabkan pengimport antarabangsa semakin yakin dengan kereta nasional itu dan bilangan pengedar luar negara yang baharu juga meningkat.
"Kami berharap aktiviti ini akan berkembang dengan pesat dan menjangkakan eksport akan mencecah 100,000 unit (setahun) dalam tempoh lima tahun akan datang," katanya sambil menambah bahawa Proton sedang merancang untuk membuka kemudahan perkilangan di luar negara selaras dengan sasaran tersebut.
"Jika anda bandingkan dengan mana-mana penanda aras antarabangsa OEM (Pengilang Peralatan Tulen), contohnya Hyundai, mereka menghasilkan tiga juta kereta setiap tahun untuk Korea tetapi pasaran antarabangsa mereka mengeluarkan 4.5 juta kereta melalui kemudahan pembuatan yang terletak secara strategik di enam buah negara.
"Proton juga melihat ke arah yang sama dalam masa terdekat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 12 2018
Kumpulan pertama sebanyak 453 kereta dengan pemanduan tangan kiri itu dijangka tiba di Aqaba, Jordan dalam tempoh dua minggu. - Astro AWANI
Kerajaan tidak pernah bincang tukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan - PM Anwar
Kerajaan tidak pernah berbincang untuk menukar status agama Islam sebagai agama Persekutuan, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Petani berdepan masalah untuk hasilkan padi pada musim depan - Pesak
Petani di kawasan seliaan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu berdepan masalah untuk mengusahakan tanaman padi pada musim depan.
Macron gesa penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan berikutan operasi ketenteraannya di Gaza yang lebih setahun telah membunuh hampir 42,000 orang dan mencederakan kira-kira 97,000 yang lain.
Suspek bunuh bapa sempat beli pisau lipat sebelum ditemui rebah
Lelaki OKU mental yang didakwa membunuh bapanya di rumah mereka di Kampung Senaling Kuala Pilah sempat membeli pisau lipat di sebuah kedai sebelum tiba-tiba rebah.
Dua PPS baharu dibuka di Daerah Hulu Perak
Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) menempatkan mangsa banjir dibuka pada Ahad bagi menempatkan mangsa banjir Daerah Hulu Perak.
[TERKINI] PM tegur kelompok elit taksub Bahasa Inggeris
PM tegur segelintir kelompok elit yang taksub dengan Bahasa Inggeris sehingga meremehkan penggunaan Bahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara.
Larian Antarabangsa: Polis tahan 3 lelaki disyaki berkelakuan tak senonoh, lucah
Polis menahan tiga lelaki disyaki berkelakuan tidak senonoh dan lucah ketika program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Kota Tinggi, pada Sabtu.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 yang dijadual akan dibentang pada 18 Oktober ini.
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Eksport lada Malaysia bernilai RM86.4 juta sehingga Julai tahun ini - Chan
Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas.
India hapus sekatan harga minimum eksport beras basmati, bawang
Kerajaan juga telah menarik balik syarat-syarat MEP bagi eksport bawang dan mengurangkan duti eksport daripada 40 peratus kepada 20 peratus.
China kekal sebagai pusat perdagangan Asia - S&P Global Ratings
China dalam pasaran maju tetapi meningkat kepada pasaran sedang pesat membangun.
Penubuhan SG4 mampu teroka potensi besar REE - Zahid
Harga pasaran global bagi REE telah jatuh sebanyak 70 peratus akibat lambakan bahan tersebut oleh negara pengeksport tertentu.
Sasar jadikan Pelabuhan Klang antara 10 paling sibuk global - Anthony Loke
Selepas raih kedudukan pelabuhan ke-11 paling sibuk global pada 2023, Loke mahu sasaran dalam kelompok 10 itu dapat dicapai menjelang tahun depan.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Kemboja peroleh AS$269 juta daripada eksport getah dalam tempoh 7 bulan pertama 2024
Negara itu memperoleh hasil sebanyak AS$269 juta daripada eksport komoditi itu dalam tempoh Januari-Julai tahun ini.
Kerajaan sasar pengembangan pasaran eksport buluh sehingga RM85 juta pada 2030
Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh juga menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus pada 2023.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023
Jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah 26.75 juta tan, membentuk kira-kira 7% daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.