Proton Holdings Bhd (Proton) merekodkan jumlah jualan sebanyak 70,991 unit pada 2017 iaitu berkurangan sedikit berbanding 72,291 pada tahun sebelumnya berikutan kemerosotan jumlah tempahan bagi tujuan teksi.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar kereta nasional itu berkata, model keluarannya seperti Saga, Persona dan Ertiga menyumbang sebanyak 80 peratus daripada jumlah jualan Proton bagi 2017.
"Kereta paling laris kami, Saga mencatat jumlah jualan kukuh melebihi 30,000 unit pada 2017. Saga adalah sedan pada harga berpatutan dan dilihat sebagai kereta yang ada nilai untuk wang dalam segmen tersebut dan menjadikannya popular bagi pembeli pertama Proton atau mereka yang mahukan kereta kedua.
"Persona pula merekodkan peningkatan jualan sebanyak 27 peratus dengan 19,510 unit dijual berbanding 15,390 unit pada 2016. Ertiga pula mendapat penerimaan yang baik dalam pasaran dengan mencatat jualan 6,091 unit pada 2017," kata syarikat itu.
Sementara itu, mengulas tumpuan syarikat bagi 2018, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata pihaknya akan meningkatkan pelaksanaan aktiviti seiring dengan Pelan Perniagaan baharu 3-10 tahun yang merupakan teras bagi pemulihan pengeluar kereta berkenaan.
Ini termasuk melancarkan kempen pengguna yang menarik serta mempertingkatkan kualiti produk dan perkhidmatan bagi melonjakkan jumlah jualan kenderaannya.
Sementara itu, bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Proton menawarkan diskaun khas membabitkan semua model keluarannya sehingga 31 Januari ini. -- Bernama
Bernama
Mon Jan 08 2018
![Proton catat jualan 70,991 unit pada 2017 Proton catat jualan 70,991 unit pada 2017](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/81511072373_Proton.jpg)
Bersempena sambutan Tahun Baru Cina, Proton menawarkan diskaun khas membabitkan semua model keluarannya sehingga 31 Januari ini. - REUTERS/Fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
Proton jual 10,999 unit kenderaan pada Jun, tempat kedua dalam jualan automotif
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) menjual sebanyak 10,999 unit kenderaan pada Jun, domestik dan eksport untuk mengekalkan kedudukan kedua dalam jualan automotif.
![Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715687685_automotif.jpg)
Pameran automobil Beijing 2024 beri gambaran teknologi masa depan Proton
Antaranya ialah konsep kenderaan utiliti sukan (SUV) perdana berteknologi tinggi, Galaxy Starship, yang menunjukkan komitmen Geely untuk memajukan teknologi automotif.
![Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706821714_ProtonHoldings.jpg)
Jualan Proton pada April naik 17 peratus kepada 11,025 unit
Proton mencatatkan pertumbuhan 17.1 peratus pada April 2024 dengan 11,025 unit dijual dalam pasaran domestik dan eksport.
![Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712208275_TBRoslan.jpg)
Proton sasar tambah baik kualiti pengeluaran bagi tingkatkan keyakinan pelanggan
Proton akan menambah baik kualiti pengeluaran mereka menerusi pengurangan peratusan markah Audit Produk Pelanggan Global (GCPA).
![Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714372828_Protonjpg.jpg)
Proton buka pusat penyelidikan dan pembangunan di Teluk Hangzhou, China
Pembukaan pusat R&D itu akan meningkatkan sinergi kecekapan dalaman mereka dengan penggunaan sumber dan pengetahuan Geely.
![Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702634495_TBPROTONjpg.jpg)
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
![CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
![Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024 Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71659536852_protonX.jpg)
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
![Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707108299_TBProtonjpg.jpg)
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
![Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706821714_ProtonHoldings.jpg)
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.