KUALA LUMPUR: Prestasi perdagangan Malaysia terus berkembang positif, dipacu oleh pelbagai pelaburan termasuk pelaburan langsung domestik (DDI) dan pelaburan langsung asing (FDI).
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, prestasi baik itu manfaat diperoleh daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) serta hasil pelbagai jenis perjanjian iaitu perjanjian pelbagai hala, perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).
"Lebih kurang 18 FTA yang telah tandatangani setakat ini. Kita dapat lihat bahawa perdagangan Malaysia terus meningkat.
"Melalui perjanjian perdagangan ini, ia membantu pengeksport kita untuk mendapat akses eksport ke pasaran antarabangsa," katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan pada Australian Network Leaders' Summit 2023.
Terdahulu dalam ucapannya, Tengku Zafrul mendedahkan bahawa sejak beliau menjadi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri sebanyak RM230 bilion (AS$49 bilion) diperoleh menerusi Misi Perdagangan dan Pelaburan Malaysia dari empat negara setakat ini.
Empat negara itu ialah Singapura (RM13 bilion), Korea Selatan (RM24 bilion), China (RM170 bilion) dan Jepun (RM23 bilion).
"Ini adalah bukti keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia, yang membantu penggubal dasar seperti saya dan rakan sekerja saya membuka banyak peluang untuk korporat, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta rakyat Malaysia merentasi pelbagai sektor," katanya.
Beliau turut berkongsi pelaburan yang diluluskan Malaysia pada suku pertama tahun ini telah menyaksikan peningkatan yang luar biasa iaitu peningkatan 60 peratus tahun ke tahun kepada RM71.4 bilion.
Angka itu merangkumi lebih 1,200 projek, ia dijangka mewujudkan 24,000 peluang pekerjaan baharu, kata Tengku Zafrul.
Sementara itu, Tengku Zafrul berkata. isu yang perlu ditangani oleh kerajaan ketika ini adalah persepsi untuk kerajaan mempercepatkan proses kelulusan perdagangan.
"Pihak kementerian bersama-sama dengan agensi berkaitan akan menumpukan lebih perhatian kepada proses untuk mempercepatkan kelulusan yang diperlukan oleh pelabur domestik dan pelabur antarabangasa," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023

Prestasi baik itu manfaat diperoleh daripada CPTPP serta hasil pelbagai jenis perjanjian lain. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.

ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.

China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.

Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Trump akan umumkan tarif 'timbal balik' selanjutnya minggu depan
Trump merujuk kepada 'perdagangan timbal balik', supaya AS dilayan secara adil dengan negara lain.

Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

EU digesa larang semua urus niaga dengan penempatan haram Israel
Lebih 150 organisasi hak asasi manusia, kesatuan pekerja dan kumpulan masyarakat sivil menggesa EU untuk mengharamkan perdagangan dengan penempatan Israel di Wilayah Palestin yang Diduduki.

Perdagangan Uzbekistan-Malaysia meningkat kepada AS$102.4 juta pada 2024
Eksport meningkat 1.3 kali ganda, manakala import meningkat 1.6 kali ganda, mencerminkan minat bersama yang semakin meningkat dalam perdagangan.