KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada 2021 adalah sejajar dengan keadaan ekonomi yang bertambah baik di dalam dan juga luar negara yang telah mengukuhkan lagi reputasinya sebagai institusi pengurusan dana pencen yang diurus dengan baik, kata seorang ahli ekonomi.
KWSP hari ini mengisytiharkan dividen 6.10 peratus untuk simpanan konvensional bagi 2021 dengan jumlah pembayaran sebanyak RM50.45 bilion mengatasi dividen 5.45 peratus yang direkodkan semasa sebelum pandemik pada tahun 2019.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata apa yang lebih penting adalah strategi pempelbagaian portfolio KWSP yang menyaksikan pelaburannya dalam pasaran global membuahkan hasil.
"Ini akan membolehkan KWSP mengemudi iklim pelaburan yang sangat tidak menentu. Sokongan daripada pengurus dana dan penganalisis mereka yang sangat berpengalaman serta proses pelaburan yang ketat dan tadbir urus kukuh juga membantu KWSP mencapai kadar dividen lebih baik daripada jangkaan," katanya kepada Bernama.
Berkenaan pekerja ekonomi gig yang kini boleh mencarum kepada KWSP, beliau berkata ia menunjukkan bahawa sektor informal mendapat perhatian yang sewajarnya daripada penggubal dasar dan langkah-langkah yang perlu telah dilaksanakan bagi memastikan keperluan persaraan mereka diambil kira.
Profesor Ekonomi Universiti Sunway Prof Yeah Kim Leng berpandangan prestasi memberangsangkan KWSP itu akan membantu mengukuhkan lagi keyakinan pencarumnya termasuk daripada ekonomi gig.
Beliau berkata langkah KWSP memperluaskan liputannya kepada pekerja ekonomi gig akan menjadi langkah penting untuk menyediakan jaringan keselamatan sosial yang mencukupi bagi semua rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berpendapatan rendah.
"Sebahagian besar pencarum KWSP mempunyai baki yang agak kecil dalam akaun KWSP mereka berikutan pengeluaran awal dan gaji rendah.
"Kumpulan rentan ini perlu menambah semula simpanan persaraan mereka yang mana tanpanya negara akan berdepan dengan masalah kemiskinan pada usia tua dalam tempoh terdekat ini," rumusnya.
Yeah berkata meskipun pengeluaran lebih daripada RM100 bilion di bawah pakej rangsangan COVID-19 dan kemelesetan ekonomi yang disebabkan pandemik, prestasi kukuh KWSP pada 2021 yang membolehkan pengagihan pulangan terlaras inflasi sebenar pada 3.6 peratus akan disambut baik oleh para pencarum.
Sementara itu, pensyarah kanan Putra Business School Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata KWSP bukan sahaja berperanan dalam pemulihan ekonomi negara semata-mata, namun ia termasuk memastikan ahlinya mendapat bantuan dari segi pengeluaran wang caruman agar tidak berlaku risiko muflis dan mereka dapat meneruskan kehidupan seharian.
Namun, katanya, skim pengeluaran adalah langkah jangka pendek dan tidak menyelesaikan isu struktur dalam menyediakan jaminan kewangan untuk persaraan.
"Negara lain yang membenarkan pengeluaran wang persaraan seperti Australia dan Chile juga telah lama berhenti berbuat demikian, Malaysia sahaja masih meneruskan sehingga akhir tahun lepas.
"Dengan mengambil kira petanda kewangan lebih baik, petunjuk ekonomi yang meningkat dan harga komoditi tinggi, seeloknya Malaysia fokus kepada mempertingkatkan simpanan ahli untuk membolehkan mereka bersara dengan secukupnya," katanya.
Untuk rekod, simpanan ahli kini berada pada tahap kritikal yang mana kira-kira 50 peratus ahli di bawah umur 55 tahun memiliki simpanan kurang daripada RM10,000 dengan 74 peratus daripadanya adalah Bumiputera.
Ahmed Razman berkata, jika pengeluaran KWSP dibenarkan sekali lagi lebih ramai rakyat Malaysia bakal terjerumus dalam kelompok B40, sekali gus memerlukan bantuan daripada kerajaan yang seterusnya akan menjadi beban tambahan kepada kerajaan.
Beliau menegaskan KWSP hanya perlu memberi tumpuan untuk menyalurkan bantuan dari segi persaraan sahaja, memandangkan terdapat beberapa mekanisma lain yang boleh dilaksanakan bagi membantu mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.
"Ada pelbagai cara untuk meningkatkan caruman ahli, antaranya ialah dalam Bajet 2022, pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 peratus kepada sembilan peratus. Penurunan caruman mungkin boleh menggalakkan majikan meningkatkan gaji seperti menaikkan gaji minimum," katanya.
Menyentuh mengenai kepelbagaian pelaburan KWSP pada 2021, beliau berkata 37 peratus pelaburan dana pencen itu adalah terdiri dari pelaburan antarabangsa yang berjaya memberi pulangan tinggi berbanding pelaburan domestik yang agak merudum tahun lepas.
Menerusi pelaburan domestik sebanyak RM639 bilion pada 2021, Ahmed Razman berkata KWSP merupakan tonggak utama bagi pertumbuhan ekonomi negara.
Pada tahun ini pula, katanya, KWSP komited untuk melabur sekitar RM64 bilion dalam pelbagai kelas aset domestik.
"Sebagai pelabur utama dalam pasaran kewangan Malaysia, ini akan membantu memangkin aktiviti ekonomi dan membantu dalam pemulihan ekonomi yang berterusan.
"Ia akan turut menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan peluang pekerjaan serta hasil cukai untuk negara," tambahnya.
Ahmed Razman berkata dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa dan kadar vaksinasi antara yang terbaik di dunia, Malaysia berada di landasan pemulihan pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 02 2022

Mohd Afzanizam berkata apa yang lebih penting adalah strategi pempelbagaian portfolio KWSP yang menyaksikan pelaburannya dalam pasaran global membuahkan hasil. - Gambar fail
Pembuat seramik di Hebron perkenal produk baharu
Dalam usaha meningkatkan jualan sempena bulan suci Ramadan, seorang pembuat seramik di Hebron, Loai Ghaith menghidupkan semula perniagaan keluarganya dengan memperkenalkan produk dan reka bentuk baharu.
Kemelut kewangan buat GLC hati-hati melabur - Bront Palarae
Kemelut kewangan tahun lalu di negara ini membuatkan setiap syarikat berkaitan Kerajaan berhati-hati untuk melabur dalam bakat tempatan.
Farkhan kini di belakang tabir, lahirkan atlet tinju berkualiti
Pengerusi Persatuan Tinju Johor, Farkhan Haron kini fokus membangunkan bakat baharu dan memastikan Johor terus melahirkan atlet tinju berkualiti.
Teknologi bukan alasan untuk alpa dan lalai dalam ibadah
Pendakwah bebas dan pengacara, Izmir Fareez Norazlan berpendapatan masyarakat sudah tersalah guna teknologi, yang menyebabkan umat islam jadi semakin alpa ketika mahu beribadah
PM Anwar seru umat islam perkukuh ibadah dan takwa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru umat Islam di Malaysia untuk memperkukuh amal ibadah dan meningkatkan ketakwaan dalam menghayati keberkatan bulan Ramadan.
Peniaga dilarang guna akuarium ganti balang air - KKM
Peniaga termasuk di Bazar Ramadan, dilarang menggunakan peralatan yang pembuatannya bukan untuk tujuan penyimpanan atau penyediaan makanan, dalam mengendalikan bahan jualan mereka.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penyokong, penentang Presiden Korea Selatan berhimpun di Seoul
Lebih 60,000 penunjuk perasaan Korea Selatan termasuk penyokong dan penentang Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-Yeol mengadakan perhimpunan di Dataran Gwanghwamun pada Sabtu.

Nik Nazmi umum jawatan Naib Presiden PKR, Ketua Cabang Setiawangsa
Nik Nazmi Nik Ahmad malam ini mengumumkan akan mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa dalam pemilihan parti itu yang dijadual pada 24 Mei.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Mac 2025.

Dividen kukuh KWSP bukti kepimpinaan Kerajaan MADANI berada di landasan betul - Nga
Dividen kukuh yang diumumkan KWSP menunjukkan bahawa Malaysia di bawah kerajaan MADANI berada di landasan yang betul.

KWSP antara dana persaraan terbesar di dunia - CEO
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berada di ranking ke-13 sebagai dana persaraan terbesar di dunia dan kelima terbesar di Asia.

Dividen KWSP: Cerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI - PM Anwar
Pencapaian KWSP mencerminkan keyakinan pelabur terhadap dasar Kerajaan MADANI yang mesra pertumbuhan dan pelabur, disokong reformasi fiskal di bawah kerangka Ekonomi MADANI.

KWSP umum dividen 6.3 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Shariah
KWSP mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus bagi Simpanan Konvensional dan Simpanan Shariah bagi tahun 2024.

Tukang kayu rugi lebih RM400,000 terperdaya sindiket 'love scam'
Seorang tukang kayu mengalami kerugian RM420,750 akibat terperdaya dengan sindiket penipuan cinta atau 'love scam', selepas berkenalan dengan seorang perempuan di aplikasi Facebook.

Dividen KWSP dijangka lebih 6 peratus
Penganalisis ekonomi berkata, ia berdasarkan prestasi ekonomi negara dan pelaburan KWSP sepanjang 2024 yang semakin positif.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.