Pertemuan tersebut yang berlangsung selama sejam melibatkan 30 syarikat tempatan di United Kingdom (UK) dan 13 syarikat GLIC dari Malaysia.
Antara GLIC yang terlibat ialah Bursa Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Khazanah Nasional Berhad, Gamuda Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan Petronas UK.
Manakala, syarikat dari UK antaranya adalah Air Bus UK, AstraZeneca, Jaguar Land Rover Nottingham University dan Raw Energy.
Sesi mesyuarat meja bulat itu meliputi pelbagai sektor seperti petroleum dan gas, aeroangkasa, pendidikan, automotif, tenaga boleh dibaharui serta pertahanan.
Ia kemudian disusuli dengan pertemuan perniagaan satu demi satu bersama lima syarikat dari UK.
Ia termasuk Standard Chartered PLC; Jaguar Land Rover Automotive PLC; Raw Energy; Yondr Group Ltd; dan Unisnacks Europe Ltd.
Setiap syarikat berkenaan mengadakan pertemuan selama 20 minit bersama Perdana Menteri.
Sesi-sesi tersebut sebagai usaha berterusan kerajaan dalam meyakinkan dan menarik kemasukan pelabur asing ke Malaysia.
Anwar ketika ini dalam rangka lawatan kerja ke UK selama lima hari bermula 15 Januari hingga 19 Januari, atas jemputan rakan sejawatannya, Keir Starmer.