KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata kompleks pejabat, kediaman serta tanah yang menempatkan bangunan tersebut serta menjadi pertikaian dengan Sudan ketika ini, adalah antara beberapa baki asetnya yang masih ada di negara tersebut.
"Kami sudah tiada banyak aset lagi di Sudan. Selain tanah dan bangunan itu, kami mempunyai saham sebanyak dua peratus dalam syarikat yang mengendalikan sistem pengangkutan minyak mentah di negara itu.
"Saham ini pun akan diserahkan kepada kerajaan menjelang suku pertama tahun depan sebagaimana yang telah dipersetujui.
"Semua aset lain telah diserahkan kepada kerajaan setelah Perjanjian Perkongsian Eksplorasi dan Pengeluaran (EPSA) kami tamat tempoh pada 2014," kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli kepada Bernama dalam temu bual pada Jumaat lepas.
Petronas telah bertapak di Sudan sejak 1996 dan bermula dengan aktiviti perniagaan huluan dan seterusnya hiliran.
Pada 2005, syarikat minyak dan gas negara itu bertindak menubuhkan NADA Property Co Ltd, anak syarikat yang membeli sebidang tanah di Khartoum bagi tujuan membina dan mengendalikan Kompleks Sudan Petronas yang turut menempatkan penyewa termasuk syarikat antarabangsa lain serta Kedutaan Besar Malaysia.
Seterusnya pada 2020, saham-saham anak syarikat itu secara unilateral telah dipindahkan kepada Kementerian Kewangan dan Perancangan Ekonomi Sudan.
"Kami membeli tanah itu secara sah mengikut saluran undang-undang ditetapkan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar Malaysia bagi menggunakan semua saluran diplomatik dengan pihak berkuasa di Sudan untuk meleraikan isu tersebut," kata Adif.
Bagaimanapun, memandangkan tiada sebarang perkembangan positif, Petronas telah bertindak memfailkan permohonan arbitrasi atau timbang tara di Pusat Antarabangsa bagi Penyelesaian Pertikaian Pelaburan (ICSID) berhubung perkara tersebut.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 13 Okt, 2021, Kementerian Luar berkata walaupun perkara itu kini dalam prosiding timbang tara, ia berharap perkara terbabit dapat diselesaikan sewajarnya dengan mengambil kira dan memelihara hubungan lama yang terjalin antara Malaysia dan Sudan.
Menurut Adif, kehadiran Petronas yang lama di Sudah juga menyaksikan syarikat minyak dan gas negara itu berdepan pelbagai pengalaman.
"Kami sudah lama bertapak di sini dan tidak terkecuali mengalami pengalaman suka duka dalam usaha membangunkan perniagaan serta industri minyak negara itu dengan rakan niaga kami," katanya.
Salah satu pengalaman terbabit adalah tindakan kerajaan Sudan mengeluarkan waran tangkap ke atas tiga rakan kongsi PetroDar Operating Company (PDOC) -- syarikat usaha sama dengan kepentingan Petronas, berkaitan dua dakwaan berasingan oleh kesatuan sekerja membabitkan kenaikan gaji minimum dan pampasan cuti.
PDOC kini masih dalam proses membatalkan waran tersebut yang disifatkannya sebagai satu tindakan salah.
"Malangnya, waran tangkap itu telah dikaitkan secara tidak tepat oleh banyak pihak media dengan prosiding undang-undang kami berhubung hak kami ke atas tanah dan Kompleks Petronas Sudan. (Sedangkan) ini adalah dua isu yang berbeza," katanya.
Menurut Adif, Petronas mempunyai sebilangan kecil kakitangan yang sedang bertugas di Khartoum dan sering dihubungi syarikat itu yang sejajar dengan usaha berterusannya untuk memantau perkembangan berkaitan kedua-dua isu terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021

Petronas telah bertapak di Sudan sejak 1996 dan bermula dengan aktiviti perniagaan huluan dan seterusnya hiliran. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Petronas masih di peringkat awal eksplorasi Lembangan Langkasuka di perairan Kedah, Perlis
Tumpuan utama masa ini adalah kepada analisis data seismik baharu itu yang dijangka selesai pada 2026.

Kesepakatan Petronas-Petros perkukuh industri minyak dan gas negara
Kebanyakan mereka menyifatkan langkah itu mampu memperkukuhkan lagi sektor industri minyak dan gas negara.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Keyfield International raih RM56 juta untuk perintah kerja daripada Petronas Carigali
Tertakluk kepada hak penyewa di bawah kontrak, WOA dan WOE mempunyai tempoh lima hingga enam bulan bermula dari tarikh permulaan masing-masing.

Langkah penyusunan semula bagi pastikan Petronas dapat terus sumbang kepada pembangunan negara
Langkah penyusunan semula Petronas adalah untuk memastikan syarikat minyak nasional itu dapat terus menyumbang kepada pembangunan negara.

Petronas, anak syarikat tidak perlu dilesenkan laksana pengoperasian petroleum di Sarawak
Petronas serta anak syarikatnya tidak perlu dilesenkan dan tidak tertakluk kepada sebarang prosedur tambahan untuk melaksanakan pengoperasian petroleum di Sarawak.

Petronas sedia bantu Uzbekistan dalam sektor petrokimia, tenaga bersih - Kenyataan
Petronas sedia menjayakan inisiatif tersebut, menyediakan kepakaran sokongan teknikal, pertukaran maklumat, dan konsultansi dalam bidang berkepentingan.

Petronas jelaskan penamatan khidmat saluran gas hanya libatkan beberapa bahagian di Sarawak
Petronas berkata, keputusan dibuat selepas kajian menyeluruh terhadap kebolehlaksanaan bahagian khusus SSGP berkenaan.

Petronas pertimbang tamat aktiviti aset matang, termasuk saluran paip gas Sabah-Sarawak
Petronas mempertimbangkan untuk menamatkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak.

UTP perkukuh komitmen terhadap pembangunan masyarakat
Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat menerusi inisiatif yang menumpukan kepada pendidikan, sosioekonomi dan alam sekitar.