KUALA LUMPUR: Penyingkiran Malaysia daripada Senarai Pemerhatian FTSE Russell ke atas kebolehcapaian pasaran, mencerminkan pengiktirafan ke atas kejayaan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak dua tahun lepas, kata Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia (FMAM).
Menurut persatuan itu, inisiatif secara komprehensif itu merangkumi lima sesi keterlibatan pelabur global (pameran Tokyo pada Ogos 2019 dan empat webinar global) oleh BNM dan Kementerian Kewangan termasuk mengemas kini pematuhan, pengawalseliaan serta keperluan operasi untuk peserta tempatan dan luar negara.
"Inisiatif lain membabitkan penyatuan terbitan bon kerajaan, peningkatan pasaran repo dan rangka kerja perlindungan nilai dinamik, opsyen bagi penyampaian fizikal niaga hadapan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), dan liberalisasi swap kadar faedah (IRS).
"Kesemua ini telah menyumbang kepada pasaran bon kerajaan Malaysia yang lebih berdaya tahan, cergas dan cekap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jangkauan global pembuat pasaran utama dan pejabat luar negara yang ditauliahkan sebagai lanjutan daripada pasaran pesisir pantai Kuala Lumpur telah menghasilkan maklum balas positif dan sambutan daripada pihak berkepentingan bukan pemastautin syarikat multinasional serta pelabur global, kerana kedua-duanya menyediakan akses pengewangan pasaran dan tepat pada masanya kepada pertukaran asing ringgit termasuk instrumen pendapatan tetap pada sepanjang masa.
"FMAM akan terus menyelaras pelbagai institusi kewangan untuk matlamat bersama dalam membangunkan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan", kata persatuan itu.
Sambil mengucapkan tahniah kepada Malaysia berikutan keputusan FTSE Russell bagi melupuskan Malaysia daripada senarai pemerhatian dan mengekalkan kedudukan negara dalam Indeks Bon Kerajaan Dunia FTSE (WGBI), persatuan itu berkata pengumuman serentak penyertaan China serta ulasan bagi kemasukan pasaran lain merupakan peringatan bahawa tidak ada ruang untuk berasa selesa dan Malaysia perlu terus meningkat termasuk berusaha secara progresif.
"FMAM akan menambah usaha untuk mengembangkan pasaran kewangan Malaysia, sementara kami bersaing sengit antara satu sama lain, kami bersatu dalam matlamat bersama bagi mengembangkan saiz dan kepentingan pasaran kewangan Malaysia.
"Keseimbangan ini telah membuahkan hasil positif setakat ini dan kami akan memperhebatkan usaha kami dari sini,'' kata Presiden FMAM, Chu Kok Wei.
Dalam Pengumuman Klasifikasi Negara Pendapatan Tetap FTSE bagi Mac 2021 yang dikeluarkan Isnin lepas, , FTSE Russell mengumumkan bahawa Malaysia akan dinyahkan daripada Senarai Pemerhatian FTSE Russell untuk potensi klasifikasi semula tahap kebolehcapaian pasarannya dari "2" kepada "1" dan akan mengekalkan keanggotaannya dalam FTSE WGBI.
FTSE Russell memuji BNM ke atas inisiatif yang dilaksanakan sebelum ini sebagai langkah menangani kebimbangan pelabur asing apabila mengakses pasaran bon kerajaan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 30 2021
![Penyingkiran Malaysia daripada senarai FTSE Russel cermin inisiatif BNM - FMAM Penyingkiran Malaysia daripada senarai FTSE Russel cermin inisiatif BNM - FMAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41617124015_TBPULLMAN.jpg)
FTSE Russell mengumumkan bahawa Malaysia akan dinyahkan daripada Senarai Pemerhatian FTSE Russell untuk potensi klasifikasi semula tahap kebolehcapaian pasarannya dari "2" kepada "1".
![MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723756219_AnthonyLoke.jpg)
MOT sedia bantu kerajaan Pahang realisasi bina Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan
Setakat ini, MOT masih lagi belum menerima sebarang permohonan Lesen Pengendali Aerodrom daripada pemaju projek.
![Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723759603_FadillahYusof.jpg)
Malaysia giat kaji campuran tenaga dan potensi pelaburan dalam penyimpanan bateri - Fadillah
Mesyuarat itu merupakan pertemuan tertinggi menteri-menteri ekonomi APEC yang bertanggungjawab terhadap pembangunan tenaga.
![Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723734990_TBproton.jpg)
Proton sasar jual 2,000 unit model X70 2025 sebulan
Proton X70 telah menjadi kegemaran ramai dengan jualan lebih 1,000 hingga hampir 2,000 unit sebulan.
![Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723715438_Hajiji.jpg)
Hajiji ingatkan Pegawai Daerah jaga integriti, mudahkan urusan rakyat
Hajiji akui terima banyak aduan daripada rakyat dan laporan tentang isu integriti serta ketelusan melibatkan Pegawai Daerah.
![Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723756957_TrelerterbakarTe.jpg)
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
![65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah 65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723721334_TBtabunghajijp.jpg)
65 peratus Muslim Malaysia pilih produk perbankan, pelaburan patuh syariah
Kaji selidik HLISB melibatkan 690 Muslim Malaysia berusia antara 18 dan 77 tahun, dengan purata pendapatan isi rumah bawah RM10,000 sebulan.
![Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Pelarasan berperingkat kepada gaji minimum tawar pendekatan seimbang - FMM
Ia membantu mengelak kejutan terhadap perniagaan terutama yang mungkin tiada fleksibiliti kewangan untuk menyerap kenaikan kos buruh.
![Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723119891_AhmadMaslan.jpg)
Kerajaan peruntuk RM7.45 juta kerja pembaikan tiga cerun di Gua Musang
Kerajaan memperuntukkan RM7.45 juta bagi kerja pembaikan cerun di Gua Musang yang bakal memberi manfaat kepada hampir 5,000 penduduk.
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
![Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694410621_money.jpg)
Ringgit muncul mata wang berprestasi terbaik di Asia hasil tindakan bersepadu kerajaan
Ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau Asia berbanding dolar US sejak pelaksanaan tindakan bersepadu oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) pada 26 Februari 2024.
![BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721077402_Perbendaharaan.jpg)
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
![BNM akan pertingkat kerangka FTFC, lindung pengguna mudah terjejas BNM akan pertingkat kerangka FTFC, lindung pengguna mudah terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51715244820_tbBANKNEGARA.jpg)
BNM akan pertingkat kerangka FTFC, lindung pengguna mudah terjejas
Dokumen yang dipertingkatkan itu bertujuan mengukuhkan perlindungan kepada pengguna yang mudah terjejas dan memastikan kepentingan mereka turut dilindungi.
![BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700843503_AdnanZaylaniMohama.jpg)
BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit
Bank Negara Malaysia (BNM) kini menyediakan fleksibiliti kawal selia untuk bank pembangunan pelbagai hala untuk menerbitkan sukuk dalam denominasi ringgit.
![Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715165651_tbBANKNEGARA.jpg)
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$112.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$112.8 bilion (AS$1=RM4.740) pada 30 April 2024.
![Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024 Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
![Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81708244607_BankNegaraMalaysia.jpg)
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
![Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712580615_duit.jpg)
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
![Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712309737_tbBANKNEGARA.jpg)
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
![Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710841370_TBAMIRHAMZAH.jpg)
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.