KUALA LUMPUR: Lembaga Pengarah Asia Aviation Public Company Ltd telah meluluskan resolusi pelan penstrukturan semula korporat dan modal Thai AirAsia Co Ltd, yang akan menyaksikan pelabur baharu menyediakan pinjaman kepada subsidiari utamanya, Thai AirAsia, dengan jumlah maksimum sehingga THB3.15 juta (1THB= RM0.1306512).
AirAsia Group Bhd dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata industri penerbangan dan syarikat itu telah terjejas teruk oleh COVID-19, oleh itu, ia telah menggariskan beberapa strategi termasuk penyediaan pinjaman oleh pelabur baharu, saham dalam Tawaran Awam Permulaan (IPO) serta meletakkan Thai AirAsia sebagai syarikat tersenarai di Bursa Saham Thailand.
"Sejak awal 2020, syarikat telah berusaha merancang agar operasi perniagaan syarikat dapat diteruskan dengan baik walaupun semasa pandemik COVID-19.
"Pada awal tahun ini, untuk membolehkan syarikat terus beroperasi dengan mantap dan berkesan, syarikat telah menghubungi pelabur bagi mendapatkan sokongan kewangan untuk meningkatkan mudah tunai syarikat dalam jangka pendek, sederhana dan jangka panjang bagi kegunaan operasi perniagaan," katanya.
Menurut AirAsia, bagi membolehkan kumpulan menerima bantuan kewangan tersebut, syarikat perlu menyusun semula operasi untuk menjadikan perniagaannya menarik agar pelabur melabur.
Penyediaan pinjaman adalah dalam bentuk perjanjian pinjaman boleh tukar atau bon boleh tukar (Kupon Sifar yang diterbitkan pada nilai nominal 100 peratus), mengikut mana-mana yang berkenaan.
"Sebaik sahaja Syarat Penukaran berlaku, status pelabur baharu akan berubah daripada pemiutang kepada pemegang saham Thai AirAsia.
"Proses sedemikian dijangka selesai dalam pertengahan Mei 2021," katanya.
AirAsia menekankan bahawa syarikat telah mengurangkan waktu bekerja kakitangannya atau memilih untuk menstruktur semula bilangan pekerja termasuk menurunkan kos dan perbelanjaan, bagaimanapun, langkah tersebut masih tidak dapat menghalang syarikat daripada mengurangkan kesan COVID-19.
"Pendapatan daripada yuran penumpang telah turun mendadak sejak awal 2020 dan keadaan wabak COVID-19 nampaknya tidak bertambah baik.
"Keadaan semasa masih tidak berubah kepada tahap sebelum pandemik, sebaliknya, seperti sekarang terdapat satu lagi penularan COVID-19 yang lebih teruk dan serius berbanding senario sebelum ini," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 27 2021
Menurut AirAsia, bagi membolehkan kumpulan menerima bantuan kewangan tersebut, syarikat perlu menyusun semula operasi untuk menjadikan perniagaannya menarik agar pelabur melabur. - Gambar fail
Polis rampas dadah RM2 juta, tahan tiga individu
Polis merampas dadah bernilai RM2 juta dan menahan tiga individu termasuk sepasang suami isteri.
KDN muktamad satu aplikasi untuk urusan imigresen dengan Singapura - Saifuddin
KDN memilih satu aplikasi bagi urusan imigresen rakyat Malaysia di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) di Johor.
Peniaga didakwa edar, miliki pelbagai jenis dadah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas lima pertuduhan mengedar dan memiliki pelbagai jenis dadah.
Minyak masak subsidi tumpas di Selangor, 15 ditahan
Satu sindiket penyelewengan minyak masak bersubsidi di Selangor berjaya ditumpaskan dalam operasi yang dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejumlah 14,340 kilogram minyak masak bersubsidi disita, yang ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dalam serbuan tersebut.
Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sejumlah 14,340 kilogram minyak masak bersubsidi disita, yang ditemui tersimpan dalam tangki Intermediate Bulk Container (IBC) dalam serbuan tersebut.
Rizalman dilantik Profesor Adjung Universiti Malaya
Pengasas dan Pemegang Amanah Yayasan Rizalman Ibrahim (RI), Datuk Rizalman Ibrahim dilantik sebagai Profesor Adjung Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).
[TERKINI] SPRM akan rakam percakapan empat lagi individu
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan merakam percakapan empat individu lagi dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pasangan pengasas platform e-dagang FashionValet Sdn Bhd (FashionValet).
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Demi keselamatan dan keharmonian negara, Akta Hasutan terus kekal - Shamsul Anuar
Rakyat bagaimanapun masih mempunyai kebebasan bersuara dan mengkritik kerajaan seperti yang termaktub di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan
Elemen TVET diperkenal kepada murid Tahun Satu pada 2027
Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan elemen TVET bermula dari tahun satu di sekolah rendah melalui Kurikulum Persekolahan 2027.
AWANI Ringkas: Rizalman dilantik Profesor Adjung di UM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.
AirAsia perluas operasi ke Lapangan Terbang Subang, terbang ke Borneo mulai 30 Ogos
AirAsia memperluas operasinya di Malaysia ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah bermula 30 Ogos, 2024.
Rusuhan Bangladesh: 123 rakyat Malaysia dijangka tiba jam 5.10 petang - Wisma Putra
Kesemua penumpang menaiki pesawat itu pada jam 11.23 pagi waktu tempatan dan kini dalam perjalanan untuk pulang ke tanah air.