KUALA LUMPUR: Semua pengesahan Secure2u Maybank akan dipindahkan ke Aplikasi MAE bermula 1 Julai ini untuk memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggan, kata Malayan Banking Bhd (Maybank).
Menurutnya pemindahan ke Secure2u telah selesai untuk perkhidmatan perbankan dalam talian termasuk pembayaran bil dan transaksi DuitNow, FPX dan IBG dalam usaha memperkukuhkan lagi ekosistem perbankan dalam talian dan melindungi pelanggan.
Dalam kenyataan hari ini, Maybank memaklumkan sedia memberikan sokongan penuh di samping telah melengkapkan pelaksanaan langkah-langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan, seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank Khairussaleh Ramli berkata pelanggan adalah keutamaan bank itu, sekali gus mengambil serius terhadap keselamatan platform perbankan dalam talian.
"Kami telah melaksanakan beberapa inisiatif proaktif untuk membendung peningkatan penipuan dan melindungi akaun pelanggan kami, seperti membenarkan hanya satu akses Maybank2u setiap peranti pada Aplikasi MAE sejak dilancarkan pada Oktober 2020," katanya.
Maybank turut mengingatkan pelanggan untuk sentiasa melindungi maklumat perbankan dalam talian dan tidak berkongsi kata laluan dengan rakan atau keluarga.
Pelanggan juga diingatkan untuk berwaspada dan mengamalkan etika perbankan dalam talian yang baik antaranya mengelakkan pemasangan atau memuat turun aplikasi/fail Android Package Kit (APK) dan berwaspada jika diminta untuk memuat turun fail yang tidak serasi dengan peranti yang digunakan, contohnya peranti Apple diminta untuk memuat turun fail APK.
Selain itu, mereka juga perlu mengelakkan pengklikan kepada pautan mencurigakan yang dihantar melalui aplikasi pesanan seperti SMS, WhatsApp, Messenger atau perkhidmatan serupa yang lain, katanya.
Pelanggan boleh menghubungi talian hotline Perkhidmatan Pelanggan Kumpulan Maybank di mgcc@maybank.com.my atau 1-300-88-6688 untuk makluman lanjut berhubung penggunaan Secure2u di Aplikasi MAE.
Untuk memuat turun aplikasi MAE pula, layari www.maybank2u.com.my/MAE atau taip masuk' Aplikasi MAE' di Apple AppStore atau Google PlayStore.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 28 2023

Maybank memaklumkan sedia memberikan sokongan penuh di samping telah melengkapkan pelaksanaan langkah-langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan. - Gambar fail/Dagang News

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Pengesahan Secure2u Maybank dipindahkan ke aplikasi MAE berkuat kuasa 1 Julai
Semua pengesahan Secure2u Maybank akan dipindahkan ke Aplikasi MAE bermula 1 Julai ini untuk memastikan pengalaman perbankan yang lebih selamat untuk pelanggan.

Pengesahan transaksi Secure2u melalui MAE Maybank sahaja berkuat kuasa 1 Julai 2023
Semua pengesahan 'Secure2u' akan dipindahkan ke aplikasi MAE berkuat kuasa 1 Julai 2023.

Maybank beralih sepenuhnya daripada SMS OTP ke Secure2u menjelang Jun 2023
Ini selaras dengan cadangan Bank Negara Malaysia untuk bank berhijrah daripada SMS OTP kepada pengesahan yang lebih selamat.