KUALA LUMPUR: Pengeluaran getah asli Malaysia susut 6.3 peratus kepada 21,073 tan pada Mei 2022 berbanding dengan 22,498 tan pada April 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin berkata perbandingan tahun ke tahun turut menunjukkan penurunan 25.2 peratus berbanding dengan 28,164 tan yang direkodkan pada Mei 2021.
Beliau berkata pengeluaran getah asli Malaysia pada Mei 2022 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 83.3 peratus manakala sektor estet sebanyak 16.7 peratus.
"Jumlah stok getah asli pada Mei 2022 turun 2.8 peratus kepada 289,430 tan berbanding dengan 297,654 tan pada April 2022.
"Kilang pemproses getah menyumbang stok akhir sebanyak 92.7 peratus diikuti kilang pengguna getah sebanyak 7.2 peratus dan estet getah pada 0.1 peratus," katanya dalam kenyataan bagi mengulas Perangkaan Getah Bulanan Malaysia Mei 2022 yang dikeluarkan DOSM pada Jumaat.
Data itu memaparkan statistik pengeluaran, import, eksport, penggunaan domestik, stok, harga, bilangan pekerja, gaji serta upah dan produktiviti bagi estet getah.
Beliau berkata eksport getah asli Malaysia berjumlah 43,197 tan pada Mei 2022 susut 26.3 peratus berbanding dengan 58,596 tan yang dicatatkan pada April 2022.
China terus kekal sebagai destinasi utama untuk eksport getah asli dengan jumlah 44.6 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport pada Mei 2022 diikuti Amerika Syarikat (12.4 peratus), Turki (4.5 peratus), Brazil (4.4 peratus) dan Finland (3.7 peratus), katanya.
Mohd Uzir berkata prestasi eksport disumbangkan oleh produk berasaskan getah asli seperti sarung tangan getah, tayar, tiub, benang getah dan kondom.
Produk sarung tangan getah merupakan eksport utama dengan nilai RM1.6 bilion pada Mei 2022, turun 30.0 peratus berbanding dengan RM2.2 bilion bagi April 2022, katanya.
Beliau berkata sentimen pasaran getah dunia disokong oleh unjuran bekalan getah asli yang lebih terhad, rangsangan ekonomi di China dan optimisme terhadap perdagangan Amerika Syarikat-China.
"Selanjutnya didorong oleh kebimbangan inflasi, ketidaktentuan yang semakin meningkat mengenai kelembapan ekonomi global daripada dasar sifar COVID-19 di China, dan konflik berpanjangan Rusia-Ukraine seperti dilaporkan dalam Malaysian Rubber Board Digest yang diterbitkan pada Mei 2022," katanya.
Analisis perbandingan harga purata bulanan pula menunjukkan lateks pekat merekodkan peningkatan iaitu 0.6 peratus kepada 670.69 sen sekilogram pada Mei 2022, daripada 666.47 sen sekilogram pada April 2022, katanya.
Beliau berkata jenis sekerap juga turun 3.5 peratus kepada 565.84 sen sekilogram daripada 586.65 sen sekilogram bagi tempoh yang sama.
Mohd Uzir berkata pergerakan harga bagi semua jenis Getah Mutu Malaysia (G.M.M) pula adalah dalam keadaan bercampur-campur iaitu turun 2.2 hingga 2.3 peratus serta meningkat 0.6 peratus.
Data Harga Komoditi Bank Dunia melaporkan harga bagi getah jenis TSR 20 (Getah Perincian Teknikal) dan SGP/MYS (Singapura/Malaysia) masing-masing susut 5.0 peratus daripada US$1.70 sekilogram kepada US$1.62 sekilogram, dan 1.7 peratus daripada US$2.09 sekilogram kepada US$2.06 sekilogram, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 15 2022
Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mei 2022 disumbangkan terutama oleh sektor pekebun kecil sebanyak 83.3 peratus manakala sektor estet sebanyak 16.7 peratus. - Reuters
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Nilai dasar luar di bawah kepimpinan Trump
Dalam video ini, Nazri Kahar yang kini berada di Beijing, bertemu dengan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah, Universiti Malaysia, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah. Mereka membincangkan kemungkinan perubahan dasar besar di Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia, sebuah negara kecil yang bergantung kepada perdagangan. Saksikan wawancara eksklusif ini untuk memahami lebih lanjut tentang strategi yang perlu dilaksanakan oleh Malaysia dalam menghadapi perubahan global.
Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia
Dalam temubual ini, Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, membincangkan impak kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua. Beliau juga mengupas pandangan MIDF Research mengenai BRICS dan Malaysia sebagai negara rakan kongsi, keputusan FOMC dan Bank Negara Malaysia, serta perkembangan terbaru dalam ekonomi dan pasaran saham. Saksikan perbincangan mendalam ini melalui Google Meet.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pada 27 Mac 2023, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung isu Yayasan Albukhary.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
Empat anggota pengaman UNIFIL Malaysia cedera dalam serangan Israel di Lubnan
KDN cadang RUU tahanan rumah untuk individu direman
Insiden buli UPNM, suspek tekap sterika didakwa hari ini
#AWANInews #AWANIpagi
ACL2: Muangthong United berpesta jaringan ke atas Cebu
Poramet Arjivirai paling menyerlah dengan jaringan hatrik, sambil Felicio Brown Forbes dan Kakana Khamyok turut hasilkan jaringan berganda.
Terlanggar cermin sisi kereta, penunggang motosikal maut digilis lori
Motosikal yang ditunggang seorang lelaki melalui lorong tengah menghala ke Johor Bahru telah terlanggar cermin sisi sebuah kereta di lorong kanan.
Kemenangan Trump perkuat kedudukan Netanyahu, rumitkan konflik dunia - IRIS Institute
Kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS hanya akan memperkukuhkan kedudukan Benjamin Netanyahu dalam misi genosidnya di Palestin.
Pasaran getah ditutup tinggi seiring aliran meningkat niaga hadapan serantau
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu seiring dengan aliran meningkat di niaga hadapan getah serantau di tengah-tengah peningkatan kebimbangan terhadap bekalan getah asli.
Nilai eksport komoditi Malaysia cecah RM160 bilion setiap tahun - Johari
Nilai eksport komoditi dan produk berasaskan komodiiti berjumlah sekitar RM160 bilion pada setiap tahun setakat ini, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau dalam keadaan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus pada April - DoSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 20.9 peratus kepada 21,325 tan pada April 2024 berbanding 26,966 tan yang dicatatkan semasa Mac lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.
Pengeluaran getah asli Malaysia turun 0.2 peratus pada Januari 2024 - DOSM
Pengeluaran getah asli Malaysia menurun 0.2 peratus kepada 30,273 tan pada Januari 2024 daripada 30,342 tan pada Disember 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Mekanisme harga getah untuk kesinambungan hidup pekebun kecil dijangka dimuktamad tahun ini - KPK
Antara cabaran utama pelaksanaan mekanisme LRPM adalah untuk mendapatkan kesepakatan dari semua 13 negara anggota di bawah ANRPC.
Pengeluaran getah asli turun kepada 30,342 tan pada Disember 2023 - Perangkaan
Pengeluaran getah asli Malaysia menyusut 1.1 peratus pada Disember 2023 kepada 30,342 tan metrik berbanding 30,669 tan metrik pada November 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 0.6 peratus kepada 32,944 tan pada Oktober 2023 daripada 32,757 tan pada September 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Risda peruntuk RM186 juta bantu pekebun kecil menerusi BMT tahun ini
Bantuan keseluruhan berjumlah RM800 bakal diterima 232,427 pekebun kecil secara berfasa dan akan bermula November ini.