SEPANG: Pengeksportan orkid dalam bentuk kotak hadiah premium menerusi 270 Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sempena Festival Gulfood 2024 bakal menjadi satu penanda aras dalam industri orkid negara.
Bunga orkid varieti Mokara yang diterbangkan pada semalam merupakan hala tuju penting kepada projek Ladang Eksport Orkid Dubai (LEOD) dalam merealisasikan pengeksportan komoditi bernilai tinggi ke pasaran Asia Barat.
LEOD merupakan projek rintis yang melibatkan tiga ladang dengan keluasan 29.14 hektar iaitu LEOD Lukut, Linggi dan Sepang.
Ketika ditemui Bernama, Ketua Unit Industri Florikultur (Bahagian Pembangunan Industri Florikultur), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata meskipun mendapat permintaan yang tinggi, usaha untuk mempromosikan produk orkid tetap diteruskan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelepasan Projek Rintis Eksport Kotak Hadiah Premium Orkid Mokara ke Dubai, di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Sabtu lepas.
Susulan itu, Mohamad Nizam berkata majlis promosi yang dijadual diadakan pada 21 Feb di festival berkenaan dapat mengetengahkan produk pertanian tempatan bagi memenuhi permintaan daripada sektor pelancongan dan perhotelan di Dubai yang memerlukan daya tarikan unik dan ekslusif untuk pengunjung.
Selain itu, katanya pengeskportan orkid ke Dubai juga mudah kerana tidak memerlukan sebarang rawatan kuarantin dan hanya perlu memenuhi syarat sijil fitosanitasi (PC) yang dikeluarkan oleh DOA agar menepati kualiti eksport tanaman.
"Secara tradisinya orkid dieksport ke Singapura, Hong-Kong dan Jepun. Namun begitu, risiko kepada pengeluar amat tinggi kerana kemasukannya perlu mematuhi syarat kuarantin yang ketat terutama dari segi rawatan kuarantin lepas tuai orkid, tetapi tidak (syarat kuarantin ketat) ke Dubai," katanya yang juga penasihat projek LEOD itu.
Sementara itu, program pelepasan orkid untuk percubaan eksport ke Dubai itu turut dijayakan oleh Orchidmas Sdn Bhd dari segi penjenamaan dan pembungkusan kotak premium Orkid Mokara itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Orchidmas Shiz Kassim berkata operasi penghantaran sangat mencabar terutamanya bagi memastikan orkid yang dibungkus secara ekslusif dalam kotak berwarna emas itu tahan segar sekurang-kurangnya dalam tempoh 14 hari.
"Dari segi pembungkusan, kami turut memikirkan keselesaan pembeli. Maka, kami telah menjadikan produk ini ‘ready to display’ atau sedia untuk dipamerkan.
"Dengan konsep ini kita perlu melihat bahawa pendekatan jualan secara keratan seperti cara tradisional untuk eksport orkid ini perlu ditransformasikan kepada yang mempunyai nilai tambah dalam bentuk ‘gift-box’ atau kotak hadiah yang dapat meningkatkan nilai keratan orkid itu menjadi sebuah kotak hadiah premium," katanya.
Setiap kotak mengandungi pasu berisi cecair sodium polyacrylate bagi menggantikan air dan dua keratan Orkid Mokara yang boleh tahan segar sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu manakala penghantaran dilakukan menggunakan perkhidmatan penerbangan Emirates yang berlepas pada 1.45 pagi.
Terdapat lebih kurang 24,000 spesies orkid di seantero dunia dan 6,000 spesies di Asia manakala di Malaysia terdapat lebih 1,000 spesies dengan satu daripadanya adalah varieti Mokara.
Mohamad Nizam berkata berdasarkan pemerhatian DOA, Orkid Mokara sangat sesuai dijadikan bunga keratan untuk pasaran tempatan dan eksport kerana keratannya tahan lebih lama iaitu selama 14 hari.
Selain itu, pengeluaran Orkid Mokara yang ditanam di sini lebih berkualiti dari segi panjang tangkai dan jumlah bunga berbanding negara jiran seperti Thailand berikutan iklim di Malaysia lebih sesuai untuk pengeluaran orkid dan memenuhi keperluan kualiti eksport.
Sebelum ini dilaporkan bahawa hasil eksport orkid mampu menyumbang sebanyak RM4 bilion kepada industri florikultur di Malaysia kerana mendapat permintaan yang tinggi dari negara luar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 19 2024

Bunga Orkid Mokara bersama pasu berisi cecair Sodium Polyacrylate bagi menggantikan air mendapat permintaan yang tinggi pasaran Timur Tengah. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

GP Olahraga Para Dunia: Muhammad Ammar Aiman sambar perak di Dubai
Atlet olahraga para Muhammad Ammar Aiman Nor Azmi menghadiahkan pingat perak pada Kejohanan Grand Prix Olahraga Para Dunia Dubai.

WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan UAE, Arab Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.

Lawatan kerja: Anwar bertemu PM UAE bincang pengembangan usahasama strategik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Perdana Menteri dan Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum pada Isnin di Dubai.

Jadual padat di hari terakhir lawatan kerja Anwar di UAE, dijadual bertemu presiden
Selepas perjumpaan itu Anwar dijadual menghadiri majlis perasmian Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) 2025 di ADNEC Center di Dubai.

PM Anwar bertemu rakan sejawat di Dubai
Pertemuan berlangsung di Istana Za'abeel di Dubai.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tempat kediaman tertinggi dunia akan dibina di Dubai
Ia akan memintas menara Central Park Tower di New York yang berketinggian 472 meter.

UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.

Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.

UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).