ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu 18 September 2024.


1. Insiden Tak Bai: Lapan lagi bekas anggota keselamatan Thai didakwa

Pihak berkuasa Thailand akan mendakwa lapan lagi bekas anggota keselamatan berhubung peranan mereka dalam insiden Tak Bai, 20 tahun lalu.



2. Syarikat Taiwan Gold Apollo nafi penglibatan dalam letupan alat kelui di Lubnan

Gold Apollo, pengeluar alat kelui dari Taiwan menafikan bertanggungjawab terhadap letupan pager yang berlaku di Lubnan baru-baru ini.


3. Dubai lancar teksi udara menjelang 2026

Ia sebahagian daripada strategi bandar raya itu untuk meningkatkan mobiliti bandar dan mengurangkan kesesakan lalu lintas.


4. Malaysia pertahan kedaulatan di Mahkamah Agung Perancis

Malaysia akan terus berjuang menentang penipuan Kumpulan Sulu di bidang kuasa lain yang terlibat, termasuk di Sepanyol dan Luxembourg.


5. Angkatan Bersenjata Singapura hantar bantuan kemanusiaan ke negara terjejas Taufan Yagi

Bantuan itu merangkumi selimut, kit kebersihan, penapis air, bekas air mudah alih serta pek makanan.


6. Gempa bumi 4.9 pada skala Richter landa Bandung, akibatkan kerosakan

Gempa bumi 4.9 pada skala Richter yang melanda Kabupaten Bandung, Jawa Barat mengakibatkan kerosakan kepada kediaman dan kemudahan awam.


7. China gesa pendudukan haram di Palestin ditamatkan serta-merta

Gesaan itu dibuat Wakil Tetap China ke PBB, Fu Cong, ketika berucap pada mesyuarat khas tergempar Perhimpunan Agung PBB mengenai isu Palestin.


8. 20 terkorban akibat 'habagat', taufan di Filipina

20 terbunuh akibat gabungan kesan monsun barat daya (habagat) dan taufan tropika Ferdie dan Gener.


9. Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan

Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."


10. Presiden Algeria angkat sumpah penggal kedua

Tebboune mengarahkan kerajaan Perdana Menteri Nadir Larbaoui meneruskan tugasnya selepas perdana menteri itu mengemukakan peletakan jawatan.