KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka mana-mana mesej dan hantaran meragukan bagi mengelak daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian.
TH dalam kenyataan memaklumkan ia susulan kes melibatkan seorang pendeposit TH yang menjadi mangsa penipuan melibatkan kerugian sehingga RM12,000 dipindahkan daripada akaun miliknya melalui lima transaksi dalam masa empat hari.
Bagaimanapun menurut TH, bagi kes berkenaan pihaknya telah mengambil langkah proaktif dengan membekukan akaun mangsa bagi mengelakkan berlaku kerugian lebih besar, tiga hari sebelum mangsa membuat aduan setelah mendapati terdapat transaksi mencurigakan.
"TH juga sedang melakukan siasatan mengenai perkara ini. Mangsa juga telah membuat laporan polis dan TH akan sentiasa bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia dalam sebarang siasatan terhadap kes penipuan siber," menurut TH.
Sebelum ini media melaporkan seorang bilal sebuah masjid di Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor kerugian RM12,000 selepas wang di dalam akaun TH miliknya disyaki dipindah ke akaun milik orang lain.
Mangsa membuat laporan polis selepas menerima mesej menerusi talian penting Tabung Haji yang menyatakan terdapat pemindahan wang daripada akaunnya.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pendeposit boleh berhubung dengan THCC di talian 03-62071919.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
TH mengingatkan orang ramai agar tidak membuka mana-mana mesej dan hantaran meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan dalam talian. -Gambar fail
Kempen derma untuk suami arwah Ustazah Zaleha cedera dalam kemalangan di Singapura
Zaleha Maksum, 74, yang mengajar al-Quran Braille setiap Sabtu di sebuah pusat Islam di republik itu, meninggal dunia dalam insiden itu.
PRK Sg Bakap: Polis terima empat laporan berhubung salah laku kempen
Buat masa ini, keseluruhan perjalanan kempen yang terkait dengan isu keselamatan adalah terkawal.
Thailand catat 17.5 juta ketibaan pelancong asing pada separuh pertama 2024
Pelancong China menduduki senarai teratas dengan 3.43 juta, diikuti Malaysia (2.43 juta) dan India (1.04 juta) dalam tempoh sama.
Dakwaan proses plastik terpakai jadi pelet ikan hanyalah kekeliruan
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menyangkal dakwaan penggunaan pelet plastik dijadikan sebagai makanan ikan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penternak akuakultur.
LKAN: PETRA pandang serius teguran terhadap pengurusan air negara - Fadillah
PETRA mempunyai pasukan untuk melihat segala laporan termasuk LKAN berhubung kait dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).
PRK Sungai Bakap: Polis jamin siasat kes gangguan seksual terhadap wartawan - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, siasatan akan dijalankan secara profesional mengikut lunas undang- undang sedia ada.
LKAN: Alat ganti kapal TLDM bernilai RM384.49 juta tidak diguna
LKAN siri 2/2024 mengenal pasti terdapat alat ganti bagi urusan penyenggaraan kapal bernilai RM384.49 juta yang tidak digunakan dan boleh mengakibatkan berlakunya pembaziran.
AWANI Ringkas: ROL tidak akan Berjaya | Bentang di Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1.9 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal berkali-kali
Kira-kira 1.9 juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal berkali-kali dan terpaksa membina semula kehidupan selepas kediaman dan kampung halaman musnah diserang rejim Israel.
TERKINI] Kebocoran gas di SAE, KLIA
Pasukan Hazmat dikejarkan ke Sepang Kejuruteraan Pesawat di Zon Tindakbalas Selatan di KLIA dipercayai berlaku kebocoran gas.
Pembaharuan aplikasi THiJARI tingkat keselamatan tabungan pendeposit
Kerajaan memberi jaminan perkhidmatan aplikasi THiJARI milik Lembaga Tabung Haji selamat digunakan walaupun terdapat beberapa pembaharuan.
Tiada bukti THiJARI digodam, pendeposit hilang wang akibat ditipu - Zulkifli
Siasatan TH mendapati pendeposit yang kehilangan wang dalam akaun disebabkan menjadi mangsa kepada aktiviti scammer.
Kumpulan pertama jemaah haji tiba di tanah air
Kumpulan yang terdiri daripada jemaah Kedah dan Kelantan itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah pada 6.40 pagi.
Ruang khemah sempit di Mina di luar bidang kuasa TH - Syed Salleh
Ini kerana setiap negara telah diperuntuk dengan keluasan tanah tertentu berdasarkan jumlah kuota jemaah haji yang diberikan oleh kerajaan Arab Saudi.
Enam kematian baharu, keseluruhan 14 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di Tanah Suci
Kesemua mereka bagaimanapun sempat berwukuf pada 9 Zulhijjah (15 Jun 2024).
Ibadah haji ajar umat Islam tinggalkan sikap keakuan, megah diri
Hikmah terbesar ibadah haji adalah mengajar umat Islam supaya meninggalkan sikap keakuan serta membuang rasa megah dalam diri.
Suami tidak sangka terima khabar isteri telah tiada semasa di hadapan Kaabah
Mohd Azmil, 38, sempat mendoakan pengakhiran yang terbaik untuk Zuraida, beberapa jam sebelum Allahyarham menutup usianya pada angka 37 tahun.
Jemaah haji wanita meninggal dunia empat hari sebelum berwukuf
Jenazah Zuraida dikebumikan pada pagi Selasa di Tanah Perkuburan Shuhada Al-Haram di Mekah.
TH beri komitmen sepenuhnya kepada PDRM tangani isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji
Tabung Haji akan beri komitmen penuh kepada PDRM yang telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk tangani isu jemaah haji terkandas.
Lagi 9 penerbangan belum masuk Arab Saudi, pesawat terakhir tiba 9 Jun ini
Syed Saleh berkata, 91 penerbangan atau 91 peratus penerbangan sudah sampai di Tanah Suci dengan 50 adalah penerbangan sewaan khas AMAL oleh MAS dan baki 41 pula menerusi Saudi Airlines, Saudia.