DOHA: Estithmar Holding dan Baladna, antara syarikat terbesar dari segi permodalan pasaran di Qatar, merupakan sebahagian daripada beberapa syarikat utama negara Teluk itu menghadiri mesyuarat meja bulat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihoskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI).
Baladna, syarikat pegangan saham awam yang ditubuhkan pada 2014, merupakan pengeluar tenusu dan minuman terbesar di Qatar dan membekalkan lebih 95 peratus daripada bekalan susu segar negara itu.
Sementara itu, Estithmar Holding adalah syarikat senaraian awam Qatar dan memiliki 51 syarikat yang beroperasi dalam empat sektor strategik iaitu penjagaan kesihatan, perkhidmatan, kontrak dan industri, serta usaha niaga.
Pertemuan meja bulat Perdana Menteri dengan pemimpin industri itu adalah sebahagian daripada usaha agresif Malaysia untuk menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara.
Lebih 30 eksekutif tertinggi dan pemimpin perniagaan mengambil peluang untuk bertemu dengan Anwar yang memberi taklimat kepada mereka mengenai iklim terkini pelaburan di Malaysia, sambil meyakinkan mereka bahawa negara boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan mereka dan rakan perdagangan yang kompetitif.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, kini sedang dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Qatar sebagai sebahagian daripada misi untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan berpotensi kepada pelabur negara tersebut.
Syarikat yang menghadiri pertemuan meja bulat itu kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan serta pelaburan.
Syarikat lain yang turut menyertainya termasuk Taleb Group, Morex Group, Tamam Capital dan Al Mana Group.
Anwar meluangkan masa kira-kira sejam dalam sesi interaktif berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini mengenai ekonomi Malaysia, ekosistem perniagaan serta Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 kepada ahli perniagaan Qatar
Sesi itu diperantarakan oleh Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Selain menarik pelaburan berpotensi melalui mesyuarat meja bulat itu, Malaysia juga berharap dapat meningkatkan kesedaran dalam komuniti perniagaan Qatar untuk mendapatkan lebih banyak produk serta perkhidmatan dari Malaysia.
Ini dilihat sebagai penting ketika kedua-dua negara memulakan fasa baharu kerjasama tatkala meraikan ulang tahun ke-50 perdagangan dua hala tahun ini.
Tahun lepas, perdagangan dua hala Malaysia dengan Qatar berjumlah RM4.2 bilion, dengan negara Teluk itu menjadi rakan dagang kelima terbesar Malaysia, destinasi eksport keenam terbesar dan sumber import keenam terbesar dari rantau Asia Barat.
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan Qatar meningkat sebanyak 178.4 peratus kepada RM1.43 bilion (US$303.9 juta) berbanding RM514.9 juta (US$116.7 juta) pada tempoh yang sama pada 2023.
Menurut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) Qatar merupakan antara negara terkaya di dunia, dengan pendapatan per kapita hampir AS$96,610 pada 2020.
Dilaporkan bahawa petroleum dan gas asli adalah sumber utama ekonominya, dengan Qatar memiliki salah satu rizab gas asli terbesar di dunia.
- BERNAMA
Bernama
Mon May 13 2024

Perdana Menteri Anwar menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Meja Bulat dengan pemain industri di Doha, Qatar, pada Isnin. - Foto BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

PM Anwar tiba di Bahrain untuk lawatan rasmi
Perdana Menteri Anwar tiba Manama untuk lawatan rasmi ke Bahrain atas jemputan Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain, Salman Hamad Al Khalifa.

Lawatan PM Anwar ke Batu Caves bukti kerajaan perkukuhkan perpaduan
Kunjungan itu juga mencerminkan penghormatan Anwar terhadap tradisi agama dan budaya sekali gus menangkis dakwaan mengena pengabaian kaum India.

Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.

Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.

Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.

Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.

Usaha babitkan perjuangan Palestin tidak wajar dipersoal - ABIM
Usaha itu turut digembleng bersama sumbangan peribadi rakyat Malaysia yang prihatin serta memperlihatkan solidariti nasional.

PM Anwar beri sumbangan kepada dua wanita sempena Tahun Baharu Cina
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada dua wanita di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina
Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

Agong santap pagi nasi lemak bersama Perdana Menteri
Seri Paduka Baginda bersama Perdana Menteri menikmati menu nasi lemak, di Nasi Lemak Burung Hantu, cawangan Semua House.