Para pelabur China dipelawa meneroka peluang pelaburan di Kedah berikutan usaha kerajaan negeri untuk terus menyediakan persekitaran kondusif bagi pelabur asing.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata beliau sendiri boleh memberi jaminan bahawa kerajaan negeri itu komited sepenuhnya terhadap usaha memupuk persekitaran pelaburan yang mesra, terbuka dan berkualiti bagi menggalakkan pelaburan asing.
Malah, katanya, kerajaan negeri sudah memulakan enam projek pemangkin, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dan Bandaraya Getah Kedah bagi menjadikan negeri itu maju dan berpendapatan tinggi pada masa depan.
"Kita merancang untuk memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa di Kedah dengan dua landasan iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim atau KXP. Buat permulaan, kita merancang menjadikan KXP sebagai hab kargo untuk industri, bukan saja di wilayah utara Semenanjung Malaysia tetapi juga bagi menampung keperluan di Selatan Thailand," katanya dalam kunjungannya ke bandar Qiandao, hari ini.
Mengikut Mukhriz, satu lagi hab utama yang sedang dimajukan di Kedah adalah Bandaraya Getah Kedah yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand, bertujuan memastikan kegiatan hiliran dan huluan komoditi dapat berkembang seiringan.
"Saya percaya sektor swasta di Malaysia bersedia menerima, malah mengalu-alukan para pelabur China untuk melabur di Kedah (sebagai rakan)," katanya.
Mukhriz berkata, Kedah yang berusaha muncul sebagai pusat pelaburan bertaraf dunia, turut mengutamakan aspek menyediakan infrastruktur terbaik dan perkhidmatan yang khusus dan melengkapi lokasi geografinya yang ideal untuk semua pelabur.
"Pada 2013, negeri Kedah berjaya menarik pelaburan bernilai lebih AS$776 juta (RM2.5 bilion). Angka itu adalah lima kali lebih tinggi daripada yang dicatatkan pada 2012.
"Tahun lalu, kita memperoleh pelaburan (daripada sektor perusahaan) bernilai AS$1.25 bilion (RM4.5 bilion)," katanya.
Mukhriz mengetuai Misi Perdagangan dan Pelaburan Kedah ke China bermula 12 hingga 15 Mei dan seterusnya ke Jepun pada 17 hingga 20 Mei.
Di China, Mukhriz menyaksikan majlis pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) antara Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan syarikat China, Qingdao Lu Hai Feng Investment Co Ltd (Lu Hai Feng) bagi memajukan Terminal Perikanan Bersepadu Kedah (KIFT).
Ia bagi menjadikan Kedah sebagai pusat perikanan antarabangsa terbesar di Asia Tenggara khususnya bagi ikan tuna.
Selain itu, satu lagi MoU turut dimeterai antara China CAMC Engineering Co Ltd (CAMCE) yang syarikat milik kerajaan China, dengan rakan kongsinya dari Malaysia, KOSMO Group of Companies melibatkan kerjasama beberapa projek di Kedah khususnya sebuah stesen janakuasa.
Di Beijing, Muhkriz dan delegasi kerajaan negeri mengunjungi kilang kenderaan elektrik Beijing Auto International Cooperation (BAIC) yang juga antara pengeluar utama dunia kenderaan jenis itu, yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab mereka bagi pasaran di Asia Tenggara.
Bagi merealisasikan usaha itu, BAIC telah memeterai satu perjanjian kerjasama dengan syarikat Malaysia, Amber Dual Sdn Bhd, di kilang BAIC.
Pengeluaran pertama kenderaan elektrik itu dijangka pada Julai tahun depan menerusi kilangnya yang akan dibina di Gurun, Kedah.
Misi itu turut menyaksikan satu lagi syarikat pengeluar kereta China, Great Wall Motors Co Ltd (GWM) yang memiliki jenama Haval dan Great Wall, memeterai MoU baharu dengan syarikat Malaysia, Go Automobile Manufacturing Sdn Bhd (Go Auto) bagi memperbaharui serta meningkatkan kerjasama mereka.
Go Auto terbabit dalam kegiatan pemasangan kenderaan GWM di kilang mereka di Gurun, Kedah.
Bernama
Sun May 17 2015
![Pelabur China dipelawa teroka peluang di Kedah: Mukhriz Pelabur China dipelawa teroka peluang di Kedah: Mukhriz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-04/51428934203_295x200.jpg)
MUKHRIZ: Saya jamin kerajaan negeri komited sepenuhnya terhadap usaha memupuk persekitaran pelaburan yang mesra
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
China: Pelbagai sektor guna integrasi DeepSeek manfaatkan pemerkasaan AI
Tencent menyatakan pengguna yang dipilih untuk ujian itu boleh mengakses model DeepSeek-R1 secara percuma melalui fungsi carian Weixin AI.
![ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739764150_ASEANAnwarIbrahim.jpg)
ASEAN perlu melangkaui angka perdagangan dan pelaburan tradisional - PM Anwar
Beliau menegaskan ASEAN tidak harus terhad dalam reaksinya terhadap anjakan global dan sebaliknya, perlu menjadi peneraju.
![Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739770048_ANWARIBRAHIM.jpg)
Malaysia sudah sedia pimpin ASEAN dengan jelas dan yakin - PM Anwar
Anwar berkata kepimpinan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata dan menggesa perniagaan, ahli akademik, usahawan, masyarakat sivil turut berperanan.
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739656231_TBBadminton.jpg)
China atasi Jepun, mara ke final kejohanan badminton berpasukan campuran Asia
Pasangan Jepun Hiroki Midorikawa dan Natsu Saito menewaskan pasangan China, Gao Jiaxuan dan Wu Mengying untuk memperoleh mata pertama buat Jepun.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
![China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739490874_HeYongqian.jpg)
China gesa AS tinggalkan mentaliti jumlah sifar
He Yongqian berkata, langkah AS mencerminkan sifat unilateralisme dan perlindungan perdagangan, yang menerima bantahan jelas banyak negara.
![China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723413726_ASEANChina.jpg)
China cadang inisiatif kerjasama baharu dengan ASEAN
Cadangan itu dibentangkan pada Rundingan Pegawai Kanan ASEAN-China ke-31 di Bandar Ningbo, China pada Khamis.
![Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738907294_TBDeepseek.jpg)
Amerika Syarikat mulakan usaha haramkan DeepSeek pada peranti milik kerajaan
AS akhirnya memulakan langkah untuk menggunakan rang undang-undang (RUU) mengharamkan penggunaan aplikasi DeepSeek pada peranti milik kerajaan.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.