KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Selasa, dalam persekitaran aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah yang rendah, kata seorang peniaga.

Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang lemah berbanding dolar AS dan gangguan bekalan komoditi itu disebabkan cuaca buruk di Thailand.

"Peniaga akan memantau pasaran untuk petunjuk selanjutnya mengenai penurunan kadar faedah AS daripada data ekonomi AS terkini," katanya kepada Bernama.

Peniaga itu berkata niaga hadapan minyak mentah menyusut selepas mencatatkan penurunan tiga minggu berturut-turut.

Minyak mengalami tekanan sejak kebelakangan ini, dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai potensi kelembapan permintaan dari China, pengimport utama, dan kemungkinan peningkatan bekalan daripada pengeluar terkemuka.

Harga Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) turun sedikit sebanyak 1.0 sen kepada 786.5 sen sekilogram manakala lateks pukal naik 2.0 sen kepada RM657.0 sen sekilogram.

Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi fizikal SMR 20 berada pada 784.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 658.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA