Pahang bakal menjadi hab utama pengeluaran susu segar negara dalam tempoh tiga tahun akan datang dengan keupayaan membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Sharif Haron berkata, walaupun kini Pahang hanya membekalkan tidak sampai lima peratus daripada 60 juta liter keperluan susu segar negara, namun dengan adanya projek ternakan tenusu baharu usahasama MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk, hasrat itu mampu direalisasikan.
"Kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat menjadikan Pahang sebagai hab utama pengeluaran susu segar negara.
"Menteri sendiri (Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek) mahukan Muadzam Shah menjadi lembah tenusu dengan turut melibatkan kawasan Rompin dan sebahagian dari Segamat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas lawatan kerja Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ke MARDI Muadzam Shah di sini hari ini.
Lawatan kerja berkenaan turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI Datuk Mohd Fadhil Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safiyan Ismail.
Pada majlis itu, Tengku Abdullah turut menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk mewujudkan satu lagi ladang tenusu baharu di Muadzam Shah melibatkan kawasan seluas 250 hektar milik MARDI.
Mengulas lanjut, Sharif berkata pada masa kini katanya, Pahang menjadi antara negeri ketiga terbanyak menyumbangkan pengeluaran susu segar negara selain Sabah dan Johor.
"Di Pahang, kami mempunyai empat ladang tenusu di sekitar kawasan Gambang dan Muadzam yang setiap satu mampu mengeluarkan antara satu hingga empat juta liter susu segar setahun.
"Ladang tenusu baharu ini yang dijangka bakal beroperasi tahun depan mampu menyumbangkan sehingga empat juta liter susu segar setahun melibatkan antara 1,000 ekor sehingga 1,200 ekor ternakan lembu tenusu di ladang itu," katanya.
Sementara itu, Mohd Fadhil berkata perjanjian antara MARDI Holding Sdn Bhd dan Touch Milk itu adalah manifestasi sebahagian daripada beberapa inisiatif MARDI untuk memasuki era pengkormesilan dalam industri tenusu.
"Ia memberi satu kesempatan untuk MARDI mengembangkan kepakaran, pengetahuan dan teknologi dalam bidang ternakan di lapangan secara komersil dan dengan adanya perjanjian ini, ia diharap dapat menyerlahkan lagi peranan agensi di dalam pembangunan ternakan di Muadzam," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Nov 17 2016
![Pahang bakal jadi hab pengeluaran susu segar negara Pahang bakal jadi hab pengeluaran susu segar negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/81439083997_LEMBU.jpg)
Menjelan 2019, Pahang bakal berupaya membekalkan antara 10 juta hingga 15 juta liter susu setahun. - AFP/Fail
![China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746521_WangYi.jpg)
China sedia bangunkan kerjasama, perkukuh hubungan dengan Ukraine - Menteri Luar
Beijing berharap satu perjanjian damai yang adil, berkekalan dan mengikat mengenai Ukraine dapat dicapai, kata Wang Yi.
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606698760_SAMUNTETAK.jpg)
Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan
Suspek merupakan antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua kes samun termasuk rumah Wan Hassan.
![MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598367397_DatukDrMohamadRof.jpg)
MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerbitkan Manual Teknologi Kawalan Padi Angin (Edisi 2020) bagi membantu petani mengawal masalah padi angin di negara ini.
![31 tahun selepas mesin pembuat lemang diperkenalkan ... 31 tahun selepas mesin pembuat lemang diperkenalkan ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552377900_MESINPEMBAKARLEMANG.jpg)
31 tahun selepas mesin pembuat lemang diperkenalkan ...
Apabila bercakap mengenai lemang apa yang terlintas di fikiran kita adalah makanan traditional yang sinonim dihidang pada hari raya itu dibuat di dalam buluh, bukan?