Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerbitkan Manual Teknologi Kawalan Padi Angin (Edisi 2020) bagi membantu petani mengawal masalah padi angin di negara ini.
Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata ini kerana masalah padi angin yang disebabkan pencemaran benih padi boleh menjejaskan hasil sehingga 70 peratus sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal.
"Justeru, pada hari ini MARDI melancarkan Manual Teknologi Kawalan Padi Angin (Edisi 2020) yang telah diperkemaskan serta ditambah baik sejajar dengan perkembangan teknologi dan masalah semasa.
"Dengan terbitan manual berkenaan ia dapat dimanfaatkan semua agensi dan jabatan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang terlibat secara langsung dengan penanaman padi.
"Manual ini direka bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) sama dapat disampaikan kepada petani sebagai panduan untuk memastikan petak sawah mereka bebas padi angin sekali gus menyumbang ke arah peningkatan pengeluaran hasil padi negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Kolokium Perlindungan Tanaman MARDI 2020 dan pelancaran manual tersebut di ibu pejabat MARDI, di Serdang, semalam.
Manual 17 halaman itu mengandungi status terkini padi angin di Malaysia dan strategi kawalannya yang diperkemaskan dengan SOP baharu iaitu kaedah tabur terus basah atau ClearWR.
SOP itu juga dapat membantu mengurangkan populasi padi angin 30 hingga 45 peratus pada musim pertama manakala 70 hingga 85 peratus pada musim kedua mengamalkannya.
Melalui kaedah itu, semburan racun rumpai pracambah 'Pretilachlor' atau 'Oxadiazon' perlu dilakukan tujuh hari sebelum membadai dan menabur benih padi.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Program Pengurusan Perosak dan Penyakit Pusat Penyelidikan Padi dan Beras, Badrulhadza Amzah berkata teknologi itu boleh diaplikasikan pada semua jenis padi sebelum peringkat awal penanaman bagi mengawal populasi bank biji benih padi angin dalam tanah.
Katanya, keberkesanan teknologi itu akan diuji pada peringkat skala besar melibatkan sawah seluas 100 hektar dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda, Jabatan Pertanian Pulau Pinang, dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu Pulau Pinang.
Mengenai kolokium yang diadakan hari ini, ia diadakan seiring dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah memilih 2020 sebagai Tahun Kesihatan Tumbuhan Antarabangsa.
Usaha itu bagi meningkatkan kesedaran global tentang kesan perlindungan kesihatan tumbuhan kepada kelaparan, mengurangkan kemiskinan, melindungi alam sekitar dan meningkatkan pembangunan ekonomi sesebuah negara.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 25 2020
![MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/41598367397_DatukDrMohamadRof.jpg)
Dr Mohamad Roff berkata, masalah padi angin yang disebabkan pencemaran benih padi boleh menjejaskan hasil sehingga 70 peratus sekiranya tidak dikawal dari peringkat awal. - Facebook
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51606698760_SAMUNTETAK.jpg)
Suspek kes samun, tetak bekas Pengarah Mardi ditahan
Suspek merupakan antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam dua kes samun termasuk rumah Wan Hassan.
![MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/41598367397_DatukDrMohamadRof.jpg)
MARDI terbit manual kaedah kawal masalah padi angin
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menerbitkan Manual Teknologi Kawalan Padi Angin (Edisi 2020) bagi membantu petani mengawal masalah padi angin di negara ini.
![31 tahun selepas mesin pembuat lemang diperkenalkan ... 31 tahun selepas mesin pembuat lemang diperkenalkan ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-03/41552377900_MESINPEMBAKARLEMANG.jpg)
31 tahun selepas mesin pembuat lemang diperkenalkan ...
Apabila bercakap mengenai lemang apa yang terlintas di fikiran kita adalah makanan traditional yang sinonim dihidang pada hari raya itu dibuat di dalam buluh, bukan?