APABILA bercakap mengenai lemang – apa yang terlintas di fikiran kita adalah makanan traditional yang sinonim dihidang pada hari raya itu dibuat di dalam buluh, bukan?
Bagi memastikan lemang yang dihasilkan cukup rasa, masak sekata, berlemak dan berbau harum, ia memerlukan kesabaran kerana lemang perlu dibakar antara satu jam hingga dua jam.
Namun, semua itu tidak lagi dengan adanya inovasi dan perkembangan teknologi apabila proses penghasilan lemang kini mengalamai perubahan sesuai dengan peredaran semasa.
Salah satunya adalah inisiatif menerusi pengenalan sebuah mesin oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang dikenali sebagai Mesin Memasak Lemang.
Hari ini sejarah tercipta, mesin itu telah genap 31 tahun sejak ia diperkenalkan oleh MARDI pada 13 Februari 1988.
Berdasarkan rekod, mesin pemprosesan lemang ini hasil ciptaan tiga anak tempatan yang bertugas di MARDi iaitu Samsudin Ahmad, Mohd Zainal Ismail dan Mohd Shaidi Arifin.
Mesin memasak lemang ini mengambil masa dua jam sahaja untuk memasak lemang berbanding dengan menggunakan teknik tradisional yang mengambil masa 6 jam.
Kos membina mesin ini dengan muatan sepuluh batang ialah RM1,300.00 dan RM2,250.00 bagi muatan 20 batang dan jika dijaga dengan baik boleh tahan sampai 10 tahun.
Mesin itu yang bukan sahaja mampu mengurangkan kerumitan dalam kalangan pembuat lemang, bahkan membantu usahawan dalam menghasilkan lemang yang lebih berkualiti, pantas dan menampung permintaan orang ramai.
Menerusi satu kajian yang disiarkan oleh MARDI, mesin ini mampu memproses lemang tanpa penggunaan buluh dan kayu api, sebaliknya ia diganti dengan sarung keluli berbentuk silinder dan dibakar menggunakan ketuhar elektrik.
Namun persoalannya, sejauh mana mesin pembuat lemang ini memudahkan pengemar dan usahawan?
Adakah inovasi ini berjaya mendapat sambutan selepas lebih tiga dekad?