Ringkasan AI
- 38 buah makmal dianugerahkan status Bionexus Partners Laboratories (BNP Labs).
- Ia sebagai usaha memperkasakan keusahawanan dan keupayaan inovasi dalam industri bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia.
- Ia juga merupakan program di bawah (Bioeconomy Corporation) yang menyokong keperluan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R,D,C&I) negara serta merapatkan jurang antara pemain industri dengan komuniti R&D.
Ia merupakan program di bawah Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) yang menyokong keperluan penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (R,D,C&I) negara serta merapatkan jurang antara pemain industri dengan komuniti R&D.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, BNP Labs berupaya menangani cabaran-cabaran R,D,C&I di Malaysia, dengan 66 peratus projek masih bergantung kepada peruntukan kerajaan.
"Rangkaian makmal BNP menawarkan khidmat sokongan meliputi kepakaran, fasiliti, alatan, latihan, akreditasi, dan perkhidmatan teknikal R,D,C&I kepada pemain industri.
"Dengan memanfaatkan perkhidmatan BNP Labs, usahawan dan syarikat PKS bioteknologi dan berasaskan bio diberi sokongan dan bimbingan dalam penyelidikan produk baharu, penambahbaikan produk sedia ada, serta analisis dan pengkomersialan produk," katanya ketika memberi ucapan di National Bioeconomy Showcase 2024 di ibu negara pada Rabu.
Tambahnya, makmal di bawah program BNP Labs juga diberi pelbagai akreditasi antarabangsa dan tempatan termasuk Amalan Makmal Baik (GLP), HACCP, Amalan Pembuatan Baik (GMP) dan lain-lain bagi memastikan kebolehpercayaan dan kredibiliti produk dihasilkan.
Ini seterusnya akan mampu memudahkan penerimaan produk di pasaran tempatan dan global serta meningkatkan keyakinan pengguna terhadap kualiti produk bioteknologi dan berasaskan bio Malaysia.
‘’BNP Labs juga dilihat sebagai platform menyokong penjanaan pendapatan syarikat-syarikat bioteknologi termasuk syarikat berstatus Bionexus, Syarikat Bio-Based Accelerator (BBA) dan projek berimpak tinggi, yang setakat ini menyumbang pendapatan RM37.5 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
“Pada masa sama 147 produk ditambah nilai melalui program pembangunan produk (pdp) yang dilaksanakan bioeconomy corporation dengan kerjasama makmal-makmal BNP dari 2020 hingga 2023,’’ tambahnya.
Di bawah program itu, pelbagai produk R&D oleh usahawan bioteknologi dan berasaskan bio menjalani peningkatan dan reformulasi, seterusnya berjaya dikomersialkan serta menembusi pasaran tempatan dan global.
BNP Labs juga menyumbang kepada pengeluaran produk baharu bernilai tinggi yang mendorong pendapatan tambahan syarikat seterusnya menyokong matlamat mencapai 5 peratus KDNK negara di bawah Dasar Bioteknologi Negara 2.0.