KUALA LUMPUR: Perusahaan di Singapura dan Malaysia semakin bimbang terhadap bahaya serangan siber sehingga mereka mengubah cara membuat keputusan berkaitan keselamatan dan mendapatkan perkhidmatan keselamatan siber, menurut laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan oleh Information Services Group (ISG).
Laporan ISG Provider Lens(TM) Cybersecurity 2022 - Penyelesaian dan Perkhidmatan untuk Singapura dan Malaysia mendapati bahawa organisasi di kedua-dua negara mula melibatkan pengurusan kanan dalam membuat keputusan berhubung strategi dan produk keselamatan siber.
Mereka juga membelanjakan lebih banyak untuk penyelesaian berasaskan awan, keselamatan keseluruhan berikutan migrasi awan merentasi rantau yang semakin pantas, menurut satu kenyataan.
Syarikat di rantau ini sedang membangunkan strategi keselamatan siber yang lebih matang susulan kesedaran mengenai serangan siber yang semakin meningkat, di kedua-dua negara, dan pengenalan peraturan dan perundangan yang lebih ketat, kata ISG.
Memandangkan mereka menyimpan lebih banyak sumber misi penting dalam awan, perusahaan juga mengenal pasti bilangan titik akses yang mereka perlu pertahankan meningkat dengan ketara.
Berikutan gangguan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, perusahaan Singapura dan Malaysia meningkatkan strategi transformasi digital untuk memanfaatkan awan, membolehkan kerja dilakukan pada jarak jauh dan kos dikawal dengan ketat, kata laporan itu.
Ini telah mendorong permintaan untuk perkhidmatan keselamatan siber, tetapi perusahaan mempunyai idea mereka sendiri tentang cara mereka mahu menggunakannya. Mereka mencari pilihan pembelian yang kurang kompleks dan ingin membayar perkhidmatan dan platform sebagai perbelanjaan operasi.
Laporan itu membuat tinjauan trend dan amalan terbaik di rantau ini untuk beberapa bidang teknologi keselamatan siber, termasuk alat pengurusan identiti dan akses, sistem pencegahan kehilangan data dan perlindungan titik akhir yang lebih canggih.
Butiran lanjut boleh dilayari di www.isg-one.com.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 02 2022

Syarikat di rantau ini sedang membangunkan strategi keselamatan siber yang lebih matang susulan kesedaran mengenai serangan siber yang semakin meningkat. - Gambar hiasan/REUTERS

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Japan Airlines terjejas serangan siber
Pelanggan kini boleh membeli tiket untuk penerbangan domestik dan antarabangsa selepas gangguan sementara.

Kementerian Pertahanan teliti pendekatan terbaik bangunkan armada digital
Kementerian Pertahanan sedang meneliti pendekatan terbaik dalam membangunkan ketumbukan dan armada digital secara besar-besaran.

Singapura hentikan aplikasi Mobile Guardian pelajar selepas serangan siber
Kementerian Pendidikan Singapura akan menghentikan penggunaan Aplikasi Mobile Guardian daripada peranti pembelajaran peribadi pelajar.

Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber
Lebih 79 peratus rantaian bekalan perisian di Malaysia terdedah kepada serangan siber dalam tempoh 12 bulan lepas berbanding 76 peratus secara purata di peringkat global.

Hukuman tegas perlu bendung serangan siber - Penganalisis
Penganalisis jenayah berpendapat perkara itu perlu diberi perhatian memandangkan jenayah siber di negara ini amat serius dan semakin rumit.

Majoriti syarikat Malaysia alami serangan siber pada 2023 - Syarikat keselamatan
Sebanyak 78.4 peratus daripada responden Malaysia mengalami sekurang-kurangnya satu serangan siber pada tahun lepas dengan lebih 55 peratus menghadapi serangan setiap bulan atau mingguan.

Microsoft anggar 8.5 juta komputer Windows terkesan masalah kemas kini Crowdstrike
Microsoft menyatakan impak ekonomi yang dibawakan kesan daripadanya adalah sangat besar.

Operasi agensi kerajaan tidak terjejas oleh insiden gangguan IT global - TPM Fadillah
Gangguan teknologi maklumat (IT) global yang berlaku sejak semalam tidak menjejaskan operasi agensi kerajaan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gangguan IT global: CrowdStrike dakwa sudah aktifkan "penyelesaian"
CrowdStrike berkata pihaknya akan terus memberikan kemas kini kepada semua syarikat yang menggunakan perkhidmatannya secepat mungkin.

Gangguan IT global: Operasi Malaysia Airlines, AirAsia dan MAHB tidak terjejas
Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan Australia.