Harga hartanah kediaman di Malaysia dilaporkan menurun secara konsisten sejak suku keempat 2017, menurut laporan Indeks Pasaran PropertyGuru (PMI) yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu menyebut, berlaku penurunan sebanyak 1.6 peratus pada suku keempat 2018 berbanding suku ketiga 2017 yang hanya turun 0.2 peratus.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada penurunan itu adalah disebabkan pembetulan harga pasaran secara kerap walaupun wujudnya senario yang kompleks seperti lebihan bekalan dalam beberapa segmen perumahan, serta kewujudan segmen pengguna yang tidak mampu memiliki hartanah sendiri.
Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez berkata trend penurunan itu berlaku secara konsisten disebabkan perubahan sentimen pasaran yang positif selain pembetulan harga permintaan secara berterusan bagi memastikan wujud pertumbuhan sihat pada sektor perumahan.
Beliau menjelaskan, penurunan harga hartanah yang amat ketara pada 2106 dan 2017 bukan satu perkara yang mengejutkan kerana ia berlaku secara berperingkat selain tidak memberi sebarang kesan penting terhadap pasaran.
Laporan itu menyebut hampir setiap bulan pada 2017 menunjukkan penurunan harga permintaan pada semua jenis rumah kecuali bulan Jun, Februari dan Oktober.
“Dari perbandingan tahun ke tahun, harga merekodkan penurunan sebanyak 3.7 peratus.
“Kuala Lumpur, Selangor, Johor serta Pulau Pinang turut menjadi penyumbang kepada penurunan harga tu sejak suku keempat 2017,” kata Sheldon dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, Sheldon tidak menafikan isu tidak mampu memiliki rumah masih menjadi masalah utama dalam negara ini sekali gus turut memberi tekanan hebat terhadap penurunan harga hartanah.
“Sekurang-kurangnya 67 peratus pembeli hanya mampu membeli rumah antara RM300,000-RM500,000 selain tiga dari empat rakyat Malaysia masih percaya wujud lebihan bekalan hartanah di pasaran.
“Disebabkan itu, pembeli hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat, terutamanya dengan Pilihan Raya Umum yang bakal berlangsung,” kata Sheldon.
PMI diambil daripada koleksi data PropertyGuru yang menyeluruh, yang termasuk (tetapi ia tidak tertakluk kepada) harga permintaan daripada 250,000 senarai hartanah kediaman di PropertyGuru.com.my.
Atiqah Ismail
Mon Mar 26 2018

Isu tidak mampu memiliki rumah masih menjadi masalah utama dalam negara ini sekali gus turut memberi tekanan hebat terhadap penurunan harga hartanah. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai hartanah konsisten menurun - PMI
Harga hartanah kediaman di Malaysia dilaporkan menurun secara konsisten sejak suku keempat tahun 2017, menurut laporan Indeks Pasaran PropertyGuru (PMI) yang dikeluarkan hari ini.