KUALA LUMPUR : Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan penyusutan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT).
Peniaga minyak sawit, David Ng berkata, jangkaan pengeluaran MSM meningkat pada minggu-minggu akan datang turut memberi tekanan kepada penurunan harga.
“Kami mengesan paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan paras halangan pada RM4,350 satu tan,” katanya memetik laporan Bernama.
Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata, niaga hadapan olein sawit yang ditapis, diluntur dan dinyahbau (RBD) di Bursa Komoditi Dalian turut rendah pada waktu Asia.
“Dari segi destinasi eksport, negara-negara seperti China, Pakistan, Bangladesh, Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Afrika - perlahan dalam aktiviti belian minyak sawit,” katanya.
Pada penutup dagangan, kontrak Mac 2023 turun RM71 kepada RM4,113 satu tan, April 2023 berkurangan RM90 kepada RM4,129 satu tan dan Mei 2023 susut RM83 kepada RM4,142 satu tan.
Jun 2023 merosot RM81 kepada RM4,127 satu tan, Julai 2023 turun RM73 kepada RM4,099 satu tan dan Ogos susut RM72 kepada RM4,058 satu tan.
Jumlah dagangan meningkat kepada 53,704 lot daripada 52,590 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka naik kepada 165,551 kontrak daripada 165,425 kontrak sebelum ni.
Harga MSM fizikal bagi Mac Selatan merosot RM60 kepada RM4,170 satu tan. - BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa berikutan penyusutan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT). -Gambar fail
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
Niaga hadapan MSM ditutup rendah
jangkaan pengeluaran MSM meningkat pada minggu-minggu akan datang turut memberi tekanan kepada penurunan harga.