KUALA LUMPUR: Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yakin negara mampu mencapai 500,000 pekerjaan baharu tahun ini meskipun negara mencatat kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus.
Pengarah Eksekutif MEF Datuk Shamsuddin Bardan berkata di bawah inisiatif Majlis Pekerjaan Negara pada setengah tahun pertama 2021, lebih 240,000 pekerjaan baharu diwujudkan.
"Kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus amat membimbangkan dan pada masa ini, saya merasakan bahawa untuk mencari pekerjaan adalah tidak mudah.
"Alhamdulillah kerana kerajaan telah menyatakan di bawah inisiatif Majlis Pekerjaan Negara pada setengah tahun pertama tahun ini telah diadakan pekerjaan baharu sebanyak lebih 240,000, saya merasakan bahawa memang ada peluang untuk kita mencapai pekerjaan baharu hingga 500,000 pada tahun ini," katanya ketika menjadi tetamu program Koresponden Bernama terbitan Bernama TV hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai impak terhadap pengangguran pekerja sekiranya perniagaan terpaksa ditutup atau dikecilkan susulan pandemik COVID-19.
Shamsuddin berkata perkara yang amat penting adalah pekerja itu sendiri harus memberikan daya usaha lebih tinggi supaya mereka dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baharu dan tidak memilih pekerjaan yang ditawarkan oleh majikan.
Mengenai Program Subsidi Upah atau PSU 4.0, beliau berkata ia diperlukan majikan pada masa kini kerana kebanyakan majikan mengalami kekangan aliran wang tunai.
"Ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh lebih 2.5 juta pekerja dan akhirnya dapat menolong majikan terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar ini dan juga membantu majikan dalam mengekalkan pekerja-pekerja mereka.
"Ini amat penting kerana kita tahu jika pekerja diberhentikan kerja pada masa ini, agak sukar untuk pekerja mendapatkan pekerjaan baharu kerana kebanyakan majikan masih membekukan sebarang pengambilan pekerja baharu," katanya.
Secara keseluruhan, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM3.8 bilion untuk PSU 4.0 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang dijangka dapat memberi manfaat kepada 2.5 juta pekerja dan 242,000 majikan di seluruh negara.
Shamsuddin berkata program PenjanaKerjaya 3.0 juga amat berguna kepada majikan kerana ia memberikan insentif-insentif tertentu kepada majikan untuk mengambil pekerja-pekerja baharu untuk diberikan latihan sewajarnya.
"Di bawah program berkenaan, bukan sahaja latihan diberikan tetapi kita menempatkan pekerja berkenaan ke syarikat-syarikat tertentu dan akan diberikan latihan sewajarnya.
"Pada akhir latihan berkenaan, pekerja adalah merupakan pekerja syarikat bukan macam skim-skim terdahulu yang kebanyakannya hanya memberikan latihan dan selepas habis latihan, tidak tahu sama ada majikan akan menawarkan pekerjaan atau tidak," katanya.
Selain itu, beliau mengalu-alukan majikan untuk menggunakan pengecualian levi Perbadanan Sumber Manusia Berhad bagi membayar kos program vaksinasi pekerja.
"Perkara ini amat dialukan kerana mereka dalam kategori perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat perlukan bantuan sedemikian untuk bantu mereka memberi imunisasi kepada pekerja dan juga langkah untuk berikan pelepasan cukai, imbuhan cukai adalah penting menggalakkan majikan memberikan vaksinasi kepada pekerja.
"Kerajaan menyatakan bahawa kalau syarikat berjaya memberikan imunisasi kepada 100 peratus pekerja mereka, mereka berkemungkinan diberikan kebenaran untuk beroperasi dan ini saya rasakan menjadi insentif yang sangat baik kepada majikan untuk beri imunisaisi kepada pekerja mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021
SHAMSUDDIN: Kadar pengangguran yang tinggi iaitu melebihi empat peratus amat membimbangkan dan pada masa ini, saya merasakan bahawa untuk mencari pekerjaan adalah tidak mudah. - Sinar Harian
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Siasatan undang-undang tentera: Polis analisis rekod telefon Presiden Yoon
Polis menganalisis rekod telefon peribadi Yoon Suk Yeol selepas mendapatkannya sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal awal bulan ini.
10 Berita Pilihan - (22 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Polis selamatkan dua OKU warga China dijadikan pengemis
Polis menyelamatkan dua Orang Kurang Upaya (OKU) warga China yang dipercayai dijadikan sebagai pengemis.
Op Gempur: JAS Pulau Pinang periksa 250 premis, loji kumbahan sepanjang 2024
Sebanyak 250 premis dan loji kumbahan diperiksa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang sepanjang tahun ini menerusi 12 siri Op Gempur melibatkan semua lima daerah dalam negeri ini.
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Tujuh sekeluarga tinggal dalam kereta penerima Zakat Pulau Pinang
Tujuh sekeluarga yang terpaksa tinggal di dalam kereta selepas mendakwa ditipu tuan rumah di sini adalah penerima Zakat Pulau Pinang (ZPP).
KPDN Kelantan rampas pelbagai barangan seludup, barangan kawalan bernilai lebih RM6.8 juta
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan merampas pelbagai barangan seludup dan barangan kawalan dianggarkan bernilai lebih RM6.8 juta sejak awal Januari hingga semalam.
AWANI Tonight: Honda, Nissan begin merger talks, set to form the world’s third-largest automaker
Honda and Nissan are officially exploring a merger to create a joint holding company, with a goal of reaching $191 billion in combined sales.
Bilangan penganggur terus menurun dengan kadar 3.2 peratus pada Sept 2024 - DOSM
Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun kepada 6.3 peratus, merekodkan 420,100 penganggur belia.
Kecerdasan Buatan: Malaysia sasar wujudkan 500,000 pekerjaan baharu menjelang 2025
Malaysia menyasarkan untuk mewujudkan 500,000 pekerjaan berasaskan kecerdasan buatan (AI) merangkumi pelbagai sektor, dalam enam tahun akan datang.
Polis Singapura siasat 305 suspek kes penipuan
Polis Singapura sedang menyiasat 305 suspek kes penipuan susulan operasi penguatkuasaan dari 30 Ogos hingga 12 Sept.
Potensi siswazah pengajian Bahasa Melayu, linguistik bekerja di China makin meluas
Pekerjaan yang menggunakan bahasa Melayu di China semakin berkembang meliputi pelbagai aspek seperti pertanian, automotif dan pelancongan.
Paramount potong 15 peratus tenaga kerja di AS
Paramount Global mengumumkan pada Khamis bahawa ia akan mengurangkan 15 peratus tenaga kerjanya yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
Rakyat Malaysia teruja tetapi bimbang tentang AI, kata kajian Ipsos
Walaupun rakyat Malaysia teruja dengan potensi AI, kebimbangan tentang jaminan pekerjaan dan kadar perubahan teknologi juga berleluasa.
Kerajaan giat gerak inisiatif jadikan TVET pilihan utama pelajar - Mustapha
Usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024.
California terus berada di kedudukan teratas dalam kadar pengangguran di AS
California terus menerajui Amerika Syarikat (AS) dalam jumlah kehilangan pekerjaan sejak awal tahun ini.
Ambil banduan bekerja, majikan bantu ubah masa depan
Peluang kedua bagi memperbaiki kesilapan dan mengubah masa depan dengan menawarkan pekerjaan kepada banduan memberikan seribu makna kepada golongan ini.
Talentbank dedah majikan terbaik untuk bekerja di Malaysia pada 2024
Pemenang terkenal termasuk AIA Shared Services, Johnson Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove dan Uniqlo.