KUCHING: Kerajaan sedang giat menggerakkan usaha bagi memastikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjadi pilihan utama golongan muda melanjutkan pelajaran sekali gus menyumbang kepada pendapatan serta kemajuan Malaysia.
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024 dengan menawarkan pelbagai kursus dan program bidang berkaitan di seluruh negara.
"Negara telah menjadikan TVET sebagai pencetus perubahan... untuk kita mencapai negara maju yang berpendapatan tinggi, perlu berasaskan teknologi yang tinggi juga dengan proses pendigitalan sekarang, kecerdasan buatan dan pelbagai lagi.
"Maknanya pihak kerajaan telah menetapkan bahawa TVET ini memang kena perkasakan dan kita nak tarik seramai mungkin generasi muda kita yang minat tentang kemahiran ini masuk dalam institusi TVET," katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja dan program Jejak TVET MADANI di sini hari ini.
Beliau berkata institusi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi seperti Politeknik menawarkan pelbagai jurusan TVET di peringkat diploma dan ijazah selain kolej komuniti yang menyediakan kursus pendek seperti pembelajaran sepanjang hayat (PSH).
"PSH ini kita tawarkan kepada pelbagai peringkat umur dan melalui kursus pendek ini, kita dapat melahirkan ramai usahawan serta penjaja kecil kepada pelbagai kelompok di sekitar komuniti," katanya.
Mustapha melawat premis perniagaan alumni TVET Mohd Hamzah Man, 46, yang menubuhkan Syarikat Kejuruteraan AUM Sdn Bhd melibatkan industri elektrik dan pembinaan.
Lulusan bidang kejuruteraan elektrik Politeknik Kuching dari 1998 hingga 2000 itu turut menurunkan 'bakat' TVET kepada anaknya, Umie Hidayah Mohammad Hamzah, 23 yang mengambil jurusan Teknologi Automotif di Kolej Vokasional Kuching.
"Jadi ini kita istilahkan sebagai keluarga TVET yang berjaya dan melambangkan TVET bukan pilihan kedua. Kita harap akan menjadi contoh kepada keluarga lain di luar sana supaya dapat menggalakkan anak mereka agar menjadikan TVET sebagai pilihan utama untuk kerjaya mereka," kata Mustapha.
Terdahulu, beliau turut mengadakan lawatan kerja ke Politeknik Kuching antaranya bagi sesi taklimat dan mendapatkan maklum balas serta cadangan daripada pemegang taruh dalam usaha memastikan sektor TVET mampu menyediakan tenaga kerja yang menepati permintaan pasaran.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 27 2024

Mustapha berkata, usaha memperkasa aliran TVET oleh Kerajaan MADANI dapat dilihat menerusi peruntukan RM6.8 bilion dalam Belanjawan 2024. - Gambar fail

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 14 Mac 2025.
AWANI Tonight 14 March 2025
AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed
1. Ismail Sabri records 6-hour statement, to return to MACC tomorrow
2. Putin: Russia open to Ukraine ceasefire, but tweaks needed

SPRM buka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy
SPRM membuka dua kertas siasatan selepas menerima maklumat berhubung pembayaran rasuah dan penyelewengan melibatkan syarikat penyedia penyelesaian minyak dan gas, Sapura Energy Berhad.

Polis tahan empat lelaki, rampas 855 bungkus air ketum di Machang
Polis menahan empat lelaki dan merampas 855 bungkus air ketum serta peralatan lain yang keseluruhan bernilai RM26,640 dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang.

Perancangan penyaluran air Sungai Perak ke Bukit Merah pada peringkat akhir - PM Anwar
Perancangan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang membekal air terawat ke Pulau Pinang kini berada pada peringkat akhir.

Tesla beri amaran tarif Trump boleh jejaskan perniagaan, tingkatkan kos
Tesla, memberi amaran bahawa perang perdagangan yang dicetuskan Presiden Donald Trump boleh mendedahkannya kepada tarif timbal balas serta meningkatkan kos pengeluaran kenderaan di AS.

Program Gema Ramadan: Bernas sumbang keperluan asas kepada golongan miskin bandar
Bernas menyantuni dan menyumbangkan barangan keperluan asas kepada golongan miskin bandar menerusi Program Gema Ramadan dalam usaha mencetus impak sosial yang lebih menyeluruh.
It's About YOUth: From anxiety to action: Youth’s role in saving the planet
As the planet heats up, youth will inherit a world of extreme weather, biodiversity loss, and an uncertain future. WWF-Malaysia’s Dr Jason Hon and YUFE’s Chok Jia Xuan discuss engaging the younger generation to transform climate anxiety into action for the planet.

KPDN Perak rampas 16,380 liter diesel disimpan melebihi had
KPDN Perak merampas 16,380 liter minyak diesel untuk pengoperasian jentera berat bagi mengorek pasir kerana disimpan melebihi had di Pantai Remis awal pagi semalam.

Kes bunuh kolej vokasional: Tertuduh libas wayar pengecas telefon ke arah mangsa
Ijat hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia melibas wayar pengecas telefon ke arah mangsa ketika berada di bilik asrama 7 Resak.

Belia penentu usaha banteras rasuah, tangani isu integriti
Sehubungan itu, golongan muda perlu menjadi ejen perubahan sekali gus membangunkan Malaysia ke arah yang lebih baik.

Pendakwah perlu pertingkat penguasaan Bahasa Inggeris - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyeru pendakwa meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris bagi membolehkan mereka berdebat dengan pemikir di Eropah dan negara luar dengan lebih baik.

KPKM kaji pindaan beberapa akta berkaitan peladang, nelayan
KPKM sedang mengkaji semula pindaan terhadap Akta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) 1973 (Akta 110), Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) serta Akta Persatuan Nelayan 1971 (Akta 44).

Kesihatan mental: Ibu bapa, guru, pelajar perlu peka, kesan tanda awal kecenderungan bunuh diri
Kes kematian remaja termasuk pelajar sekolah sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.

Stigma sosial halang individu dapatkan rawatan kesihatan mental
Golongan muda atau pelajar universiti sedar akan kewujudan perkhidmatan kaunseling tetapi enggan dapatkan rawatan.

Nie Ching gesa pencinta kandungan golongan muda terap nilai komuniti
Pencipta kandungan perlu menyedari tidak semua kandungan mempunyai nilai intrinsik hanya kerana ia mudah untuk dihasilkan.

Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.

Kerajaan terus beri galakan kepada pemaju komited dengan pembinaan RMM - Fadillah
Kerajaan akan terus memberi galakan menerusi pelbagai insentif termasuk pelepasan cukai dan akses kepada tanah yang lebih strategik kepada pemaju yang komited dengan pembinaan rumah mampu milik (RMM)

Ibu bapa perlu luang lebih masa, interaksi bersama anak
Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan ibu bapa agar meluangkan lebih masa dan berinteraksi bersama anak-anak bagi memupuk hubungan lebih harmoni.

Aplikasi Facebook dikemas kini untuk menarik pengguna lebih muda
Ciri terbaharu ini sedang diuji di Amerika Syarikat dan Kanada.