Naza Group akan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Harapan Malaysia untuk setiap kereta yang dijual oleh kumpulan itu dari 1 Jun hingga 31 Ogos, 2018.
"Naza Group berbangga dapat memainkan peranannya dengan memberi sumbangan kepada Tabung Harapan Malaysia sebagai warga korporat yang bertanggungjawab dan patriotik," kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza Corporation Holdings Sdn Bhd SM Nasarudin SM Nasimuddin, dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata sumbangan daripada kumpulan itu sebagai antara cara untuk memberi penghargaan kepada kerajaan atas landskap ekonomi dan politik yang stabil, terutamanya, tempoh tanpa cukai selama tiga bulan yang mendorong jualan kereta untuk mencapai paras tertinggi pada tahun ini.
"Sebagai syarikat tempatan, menjadi kewajipan dan tanggungjawab kami untuk membantu demi negara yang dicintai, terutamanya apabila kita akan menyambut ulang tahun ke-61 kemerdekaan negara dan Hari Malaysia tidak lama lagi," kata SM Nasarudin.
Naza Group adalah pengimport dan pengedar untuk pelbagai jenama automotif antarabangsa, seperti Ferrari, Maserati, Mercedes-Benz, Peugeot, Citroen, DS dan Kia, di Malaysia.
Sumbangan daripada individu dan syarikat Malaysia kepada Tabung Harapan melebihi paras RM150 juta pada minggu lepas. -- Bernama
Bernama
Tue Jul 24 2018

Menurut SM Nasarudin, tempoh tanpa cukai selama tiga bulan mendorong jualan kereta untuk mencapai paras tertinggi pada tahun ini. - Instagram/@smnasarudin
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Naza sumbang RM1,000 kepada Tabung Harapan untuk setiap kereta dijual
Naza Group akan menyumbang RM1,000 kepada Tabung Harapan Malaysia untuk setiap kereta yang dijual oleh kumpulan itu dari 1 Jun hingga 31 Ogos, 2018.

Segak bergaya: Citroen C4 Picasso dilancarkan. RM148,888
MPV dengan kapasiti lima penumpang ini memang mencuri perhatian. Memang unik dan cukup praktikal

MPV Citroen Grand C4 Picasso sekarang di Malaysia
Sangat sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan; tanpa kompromi dari segi prestasi, keselamatan atau keselesaan

Citroen Malaysia dengan model dan kemudahan baru
Naza Euro Motors lancarkan MPV dan pusat pameran terbaru serentak

Citroen juara pengeluar WTCC
Tahun pertama penyertaan dan sudahpun menjuarai kategori pengeluar WTCC; dan tiga pemandu mereka mendahalui senarai pemandu

C3-XR, khusus untuk pasaran China
Mulai Desember, Citroen akan melancarkan model ‘crossover’ khusus untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka yang pantas berkembang
Citroen lantik Naza Euro Motors sebagai pengedar sah
Pembuat kereta Perancis, Citroen melantik Naza Euro Motors sebagai pengedar sah jenamanya bagi pasaran Malaysia berkuatkuasa 1 Januari 2013.