Astro Publication
Mon Oct 13 2014
Sukar untuk percaya bahawa sekurang-kurangnya 1 daripada setiap 4 unit yang terjual oleh Citroen adalah di negara China. Oleh sebab itu, salah satu pasaran yang diberi keutamaan yang tinggi disebalik strategi global mereka adalah negara yang mempunyai penduduk paling banyak di dunia itu. Di sana, jumlah jualan bagi jenama tersebut telah naik sebanyak 19% sehingga bulan Ogos 2014, berbanding pertumbuhan 12% bagi pasaran keseluruhan.
Dan khusus untuk diperkenalkan ke negara China adalah model C3-XR, yang mengikut model-model sebelum ini yang direka berdasarkan keperluan negara-negara khusus, sebagai contoh C-Elysee dan C4 L (yang hanya dijual di China, dan Brazil, contohnya). Ia juga merayakan 50 tahun hubungan diplomatik diantara China dan Perancis.
‘Crossover’ segmen B ini akan dilengkapi dengan enjin THP 160 dan kotak gear 6-kelajuan automatik. Kamera undur, sistem kestabilan dan kunci pintar antara kelengkapan yang dipasang standard.
DI Malaysia, model-model asas Citroen hanya terdiri daripada Grand C4 Picasso. Di samping itu, jenama ini diwakili oleh model-model DS, iaitu penjenamaan khusus untuk kereta-kereta mereka yang lebih premium, termasuk DS3, DS4 dan DS5. Citroen diwakili di Malaysia oleh Naza Euro MOtors Sdn Bhd.
Elak guna soket kelengkapan elektrik berlebihan
Orang ramai dinasihatkan tidak menggunakan soket dengan kelengkapan elektrik yang berlebihan atau beban yang tinggi.
Rampasan lebih 200kg dadah, terbesar di Terengganu
Polis Terengganu melumpuhkan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri itu dengan merampas lebih 200 kilogram syabu bernilai RM7.8 juta.
Kertas siasatan dibuka kematian kucing di Universiti Malaya
Polis membuka kertas siasatan berhubung kematian seekor kucing betina dikenali Lily, yang ditemukan dalam keadaan menyayat hati di Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Pejabat KDPB Sultan Pahang dinamakan sebagai Majlis Kesultanan Pahang
Dengan penukaran nama itu, satu lagi sejarah terlakar bagi institusi berkenaan yang berperanan memikul tanggungjawab dalam semua urusan membabitkan Sultan Pahang.
AWANI Borneo [24/12/2024] – Kes Bunuh ‘Amoi’ | ‘Hotspot’ Banjir | Sambutan Sederhana
Tumpuan AWANI Borneo 24 Dis 2024 bersama Pia Ernadya
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
- Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
- 18 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti di Kuching
- Hari Krismas esok, ramai yang sambut di bandar
Sambutan di Sibu sederhana, penduduk raikan bersama keluarga
Penduduk di Sibu sambut Krismas di bandar dan pulang kampung halaman ketika Gawai.
Selami nilai kasih sayang, kukuhkan semangat persaudaraan
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengajak rakyat Sarawak menyelami nilai kasih sayang bersama keluarga dan sahabat handai, memohon kemaafan serta mengukuhkan semangat persaudaraan yang tulus antara satu sama lain sempena sambutan Krismas.
Pengusaha bot penambang ambil langkah berjaga-jaga
Pengusaha atau pengendali bot penambang di daerah Sandakan sentiasa memastikan keselamatan penumpang terutama dalam keadaan cuaca yang tidak menentu pada ketika ini.
Pemandu e-hailing didakwa bunuh Nurul Asikin
Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan pada 14 Disember lepas.
Pantau Agenda Reformasi: Bina Semula Acheh Dengan Ilmu & Tenaga Manusia
Bagaimana mangsa Tsunami 2004 bangkit membina semula kehidupan mereka setelah 20 tahun tragedi yang meragut lebih 200,000 mangsa angsa di Indonesia, Thailand, India, Maldives dan Sri Lanka? Ikuti perkongsian bersama Editor Kanan, Nazri Kahar.