KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM), yang melonjak ke paras tertinggi RM4,327 satu tan pada Mac 2024, dijangka bergerak dalam julat stabil RM4,000 hingga RM4,200 satu tan pada bulan ini, menurut Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Dalam terbitan Palm Pulse keluaran April 2024, majlis itu berkata dinamik pasaran minyak sawit pada bulan itu dipengaruhi oleh beberapa faktor utama, iaitu peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit, import minyak sawit yang meningkat dan harga minyak campuran yang kembali pulih.
Jangkaan pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi bulan ke bulan (m-o-m) dari April dan seterusnya berkemungkinan mengehadkan kenaikan harga minyak sawit, katanya.
"Secara umumnya, trend harga minyak sawit sejajar dengan trend pengeluaran dan inventori, dengan harga lazimnya mengukuh dari November dan memuncak pada Februari atau Mac," katanya.
Berhubung import mengikut pasaran-pasaran utama, MPOC berkata pada bulan-bulan akan datang, China dan India dijangka meningkatkan import minyak makan mereka bagi mengimbangi sentimen menurun, mengakibatkan peningkatan dalam pengeluaran dan stok.
"Inventori minyak makan di kedua-dua negara itu telah menyusut ke paras terendah sejak November 2022.
"Penyusutan ini disebabkan oleh pengurangan ketara dalam import minyak makan oleh China dan India dari November 2023 hingga Februari 2024, dengan China merosot sebanyak 34 peratus dan India menurun sebanyak 21 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya," katanya.
Menurut MPOC, harga minyak campuran, terutamanya bagi minyak bunga matahari, dijangka melonjak semula dalam tempoh terdekat.
Ia berkata harga minyak bunga matahari mendahului penurunan dalam dinamik harga minyak campuran dari Januari hingga Mac 2024, sebahagian besarnya disebabkan oleh bekalan eksport yang terjejas dari rantau Laut Hitam.
"Bagaimanapun, menurut unjuran Oil World, pertumbuhan dalam pengeluaran minyak bunga matahari di rantau Laut Hitam untuk tahun pemasaran 2023/2024 dijangka berlaku pada separuh pertama musim ini.
"Sehubungan itu, pengeluaran tahun ke tahun (y-o-y) dijangka menurun dari April hingga September 2024, yang menunjukkan bahawa tekanan harga daripada bekalan minyak bunga matahari bersedia untuk berkurangan pada masa hadapan," kata MPOC.
Pada Februari 2024, stok minyak sawit Malaysia pada akhir bulan meneruskan aliran menurun untuk bulan keempat berturut-turut, jatuh sebanyak 5.0 peratus bulan ke bulan kepada 1.92 juta tan daripada 2.02 juta tan pada Januari.
Walau bagaimanapun, pada asas tahun ke tahun, penurunan adalah lebih besar pada 9.4 peratus daripada 2.12 juta tan pada Februari 2023.
MPOC berkata terdapat peningkatan ketara dalam eksport dan penggunaan domestik minyak sawit pada dua bulan pertama 2024, secara kolektif meningkat sebanyak 174,264 tan daripada tempoh yang sama pada 2023.
"Bagaimanapun, pengeluaran hanya mengalami kenaikan sederhana sebanyak 27,944 tan dalam tempoh dua bulan pertama 2024. Ini menunjukkan lonjakan dalam permintaan mengatasi pertumbuhan bekalan sebanyak 623 peratus dan ini agak mengejutkan," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 16 2024
Pada Februari 2024, stok minyak sawit Malaysia pada akhir bulan meneruskan aliran menurun untuk bulan keempat berturut-turut, jatuh 5.0 peratus bulan ke bulan kepada 1.92 juta tan daripada Januari. - Gambar hiasan
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga MSM pada tahun lepas adalah antara RM3,800 hingga RM4,200 satu tan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Harga sawit mahal, negara pengimport mungkin beralih kepada minyak bunga matahari - RHB Investment
RHB Investment berkata, justeru, ia mungkin menyebabkan berlakunya kegiatan penukaran produk daripada minyak sawit kepada minyak lain.
Stok minyak sawit Malaysia turun kepada 2.02 juta tan pada Januari
Jumlah stok minyak sawit Malaysia turun 11.83 peratus kepada 2.02 juta tan metrik pada akhir Januari 2024 daripada 2.29 juta tan metrik pada Disember tahun lepas.
India minta enam juta metrik tan minyak sawit dari Malaysia - TPM Fadillah
Eksport minyak sawit mentah (MSM) ke India terus memberi perkembangan positif apabila permintaan MSM negara itu meningkat kepada enam juta tan metrik.
Stok minyak sawit Malaysia naik 22.54 peratus pada Ogos
Inventori minyak sawit mentah meningkat 35.45 peratus kepada 1.20 juta tan pada bulan lepas, daripada 886,384 tan pada Julai.
Kejatuhan eksport minyak sawit menjejaskan niaga hadapan MSM
Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) susut hari ini selepas anggaran eksport menunjukkan aliran menurun.
Kebimbangan mengenai El Nino pacu niaga hadapan MSM ditutup tinggi
Corak iklim El Nino yang dijangka menjadi kenyataan pada bulan-bulan mendatang, akan mempengaruhi pengeluaran MSM.
Agrico Qatar berminat dapatkan bekalan minyak sawit mentah Malaysia - PM
Perkara itu antara yang disuarakan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf di pejabatnya.
Kerajaan digesa pertimbang kos pengeluaran MSM dalam semakan levi untung luar biasa
Pihaknya juga minta kerajaan semak penggandaan bagi pengiraan kadar levi kepada 3.0 peratus daripada 1.5 peratus untuk Sabah dan Sarawak.