KUALA LUMPUR: Syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar, Agrico Agriculture Development W.L.L. (Agrico Qatar) berhasrat untuk mendapatkan bekalan minyak sawit mentah bagi kilang penapisan minyak kelapa sawit milik Agrico di Malaysia.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu antara yang disuarakan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf di pejabatnya semalam.
"Insya-Allah, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kerajaan Negeri Selangor sedang menyelaraskannya. Produk ini seterusnya akan menjadi produk-produk berkualiti tinggi yang berpotensi dieksport ke Qatar, Tanzania, Afghanistan, India, dan negara-negara di rantau Timur Tengah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Turut hadir pada sesi kunjungan hormat itu, Duta Qatar ke Malaysia Salah Mohammed Al-Sorour serta wakil-wakil daripada MITI dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Beliau berkata Kerajaan Malaysia akan terus memperkukuhkan jaringan perniagaan-ke-perniagaan antara Malaysia dan Qatar serta mengalu-alukan syarikat-syarikat dari Qatar untuk meneroka pelbagai peluang perdagangan dan pelaburan di Malaysia.
Perdana Menteri berkata Agrico Qatar merupakan satu-satunya syarikat pertanian organik berasaskan system hidroponik di Qatar yang mengguna pakai teknologi terkini secara mampan.
Melalui kaedah ini, katanya Agrico berjaya menghasilkan kira-kira 3,000 tan metrik sayur-sayuran dan buah-buahan yang berkualiti sepanjang tahun, memenuhi sekurang-kurangnya 90 peratus permintaan pasaran tempatan Qatar.
Anwar berkata pada tahun 2023, Agrico Qatar melalui Agrico (M) Sdn. Bhd. menyasarkan untuk melaksanakan projek-projek dalam tiga sektor iaitu penapisan minyak sawit, pertanian dan keselamatan makanan, dengan nilai pelaburan dianggarkan sebanyak RM1.5 hingga RM2.0 bilion.
Katanya ia selari dengan Wawasan 2030 Qatar dan Pelan Tindakan Dasar Keterjaminan Makanan Negara 2021-2025, Malaysia menyambut baik usaha-usaha pihak swasta dalam menyokong agenda-agenda kerajaan ke arah menjamin keselamatan makanan serta memantapkan lagi rantaian bekalan makanan bagi kedua-dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 01 2023

Anwar menerima kunjungan hormat Ahmed Hussain dan Salah Mohammed di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada Khamis. - Facebook Anwar Ibrahim

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Agrico Qatar berminat dapatkan bekalan minyak sawit mentah Malaysia - PM
Perkara itu antara yang disuarakan ketika menerima kunjungan hormat Pengerusi Agrico Qatar Ahmed Hussain Al-Khalaf di pejabatnya.