KUALA LUMPUR: Minyak sawit menjadi pilihan yang kurang menarik buat negara pengimport susulan harganya yang lebih tinggi berbanding pesaing iaitu minyak bunga matahari.
RHB Investment Bank (RHB Investment) berkata, justeru, ini mungkin menyebabkan berlakunya kegiatan penukaran produk daripada minyak sawit kepada minyak lain.
Katanya, ketika ini negara pengeksport sedang giat menambah inventori yang mungkin meningkatkan permintaan minyak sawit secara berperingkat, namun komoditi itu masih boleh tergugat dengan minyak bunga matahari.
"Minyak sawit mentah (MSM) masih dijual pada harga jauh lebih mahal berbanding minyak bunga matahari yang didagangkan pada AS$68/tan (lebih rendah) daripada AS$65/tan bulan lalu.
"Malahan, CPO juga dijual pada potongan harga lebih kecil sebanyak AS$133/tan (daripada AS$172/tan bulan lalu) berbanding minyak kacang soya, dan ini menjadikan ia pilihan yang kurang menarik kepada pihak pengimport," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
RHB Investment dalam kajian itu turut meramalkan inventori minyak sawit akan terus berada bawah paras 2 juta tan untuk beberapa bulan mendatang.
Minyak sawit mentah (CPO) mencecah harga RM4,285 pada bulan lalu.
Sementara itu, MIDF Research menjangkakan harga MSM akan turun sehingga bawah paras RM4,000 setiap tan pada bulan depan, bergantung kepada pemulihan cuaca.
Kata firma penyelidikan itu, bagaimanapun purata harga penghantaran MSM tempatan akan ditutup +4.6% lebih tinggi pada RM4,410 satu tan pada bulan April, dipengaruhi oleh kemuncak peristiwa EL-Niño.
"Walau bagaimanapun, kami menjangkakan penurunan pada bulan Mei, kepada kira-kira RM3,946.7 (-10.5% ibu) kerana cuaca mula pulih, menjelang La-Niña pada separuh kedua 2024 (2H24).
Sementara itu, RHB Investment dan MIDF Research mengekalkan saranan 'Neutra;' terhadap sektor perladangan dengan Ta Ann, KLK (MIDF) dan Sarawak Oil Palm (RHB Investment) antara pilihan. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Apr 16 2024

Menurut RHB Investment, minyak sawit mentah masih dijual pada harga jauh lebih mahal berbanding minyak bunga matahari yang didagangkan pada AS$68/tan (lebih rendah) daripada AS$65/tan bulan lalu. - Gambar hiasan

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Harga sawit mahal, negara pengimport mungkin beralih kepada minyak bunga matahari - RHB Investment
RHB Investment berkata, justeru, ia mungkin menyebabkan berlakunya kegiatan penukaran produk daripada minyak sawit kepada minyak lain.

Pengeluar makanan tarik balik sekatan terhadap minyak sawit akibat kekurangan minyak bunga matahari
Ukraine dan Rusia menyumbang hampir 70 peratus daripada minyak bunga matahari dunia.