KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah memeterai Memorandum Perjanjian (MOA) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk bekerjasama dan berkongsi kepakaran penyelidikan dalam kajian ekspresi enzim lipase dan pencirian daripada pokok palma (Elaeis Guineensis).
MPOB dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata ia mempunyai kepakaran dalam bidang bioteknologi yang berkaitan dengan kelapa sawit terutamanya dalam pembiakan, genom, transgenik, proteomik, metabolomik termasuk program kultur tisu dan fenolis yang telah memajukan sektor minyak sawit huluan negara, manakala UPSI memiliki pengetahuan khusus dalam ruang bioteknologi mikrob.
Ketua Pengarah Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata perjanjian itu dijangka memberi kesan positif kepada UPSI, MPOB dan industri minyak sawit Malaysia, terutamanya dalam memanfaatkan potensi penemuan enzim lipase daripada pokok sawit sebagai pemangkin bio yang boleh disesuaikan dalam pelbagai sektor.
"Pemeteraian Memorandum Perjanjian ini merupakan antara usaha MPOB bagi pembangunan penyelidikan dalam bidang bioteknologi yang berkaitan dengan minyak sawit bersama institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.
"Kerjasama antara MPOB dan UPSI dalam pembangunan kajian ini akan bersifat menang-menang untuk kedua-dua pihak yang seterusnya, akan meningkatkan kemajuan industri minyak sawit negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Perjanjian ditandatangani oleh Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir bersama Naib Canselor UPSI Prof Datuk Md Amin Md Taff. - Foto BERNAMA

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Mahkamah Rayuan kembalikan sabitan curi buah kelapa sawit terhadap bekas pemandu lori
Mahkamah Rayuan hari ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi dengan mengembalikan sabitan terhadap seorang bekas pemandu lori yang telah dibebaskan dengan bon berkelakukan baik selama dua tahun.

Syarikat minyak sawit China dipelawa teroka peluang di Malaysia - Johari
Malaysia mempelawa syarikat minyak sawit China untuk meneroka peluang dalam industri di negara ini.

Suspek utama kes bunuh pekerja ladang sawit di Mukah ditahan
Suspek yang berumur lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira lima kilometer dari tempat kejadian pada pukul 4.15 petang, tiga hari selepas kejadian.

FGV sifatkan penangguhan EUDR sebagai peluang giatkan usaha kelestarian
FGV Holdings Bhd menyifatkan penangguhan penguatkuasaan EUDR sebagai peluang untuk pihaknya lebih giat melakukan perkara yang perlu dengan kalangan pekebun kecil.

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024 - Jabatan Perangkaan
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024.

Peruntukan RM65 juta dapat pastikan pekebun kecil peroleh MSPO - Johari
Peruntukan sebanyak RM65 juta menerusi Belanjawan 2025 diharapkan dapat memberi suntikan kepada lebih ramai pekebun kecil untuk mendapatkan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Suami, isteri ditahan disyaki curi kelapa sawit
Sepasang suami isteri ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam kes mencuri kelapa sawit di ladang milik sebuah syarikat perladangan di Merlimau di sini.

Hubungan Malaysia-Pakistan diperkukuh, buka peluang besar yang selama ini tidak diteroka
Lawatan Negara tiga hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke Pakistan membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Malaysia komited perkukuh kerjasama global dalam tindakan iklim - Johari
Johari berkata empat bidang utama penting untuk memastikan kemampanan produk minyak sawit Malaysia.

FGV akan laksanakan pembaharuan, inovasi pastikan hasil kelapa sawit tidak terjejas
FGV melaksanakan penyelidikan dan pembangunan bagi mencari jalan memastikan hasil ladang dapat menampung keperluan dan permintaan pasaran.