KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd (CelcomDigi) hari ini mengumumkan bahawa Datuk Mohamad Idham Nawawi kini secara rasmi menggalas jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) manakala Albern Murty sebagai Timbalan CEO syarikat itu.
Menurut kenyataan syarikat itu, mereka masing-masing sebelum ini adalah CEO bagi Celcom dan Digi.Com Bhd (Digi).
"Kami turut mengesahkan pelantikan barisan ahli Lembaga Pengarah serta pasukan pengurusan syarikat ini," kata syarikat telekomunikasi itu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia semalam, Lembaga Pengarah Digi telah mengumumkan bahawa penggabungan antara Celcom Axiata Bhd dan Digi Telecommunications Sdn Bhd kini selesai.
Sementara itu, Mohamad Idham berkata penggabungan tersebut akan menawarkan kapasiti lebih kukuh bagi melabur dalam bidang pertumbuhan baharu, membangunkan penyelesaian inovatif dengan memanfaatkan rangkaian generasi kelima (5G), kecerdasan buatan serta Internet Pelbagai Benda selain mewujudkan ekosistem digital lebih mantap bagi negara.
"Penggabungan itu merupakan satu detik penting bagi industri telekomunikasi apabila dua organisasi peneraju bergabung kekuatan serta kepakaran bagi membentuk sebuah syarikat Malaysia yang sebenar," katanya.
Beliau turut berkongsi kesediaan syarikat itu untuk menjayakan matlamat bagi memacu masyarakat serta mencetuskan inovasi baharu selain menarik lebih banyak rakan dan pelabur untuk merancakkan ekonomi digital tempatan.
Menurut kenyataan itu, CelcomDigi kini berkhidmat bagi menampung keperluan digital lebih daripada 20 juta pengguna, perusahaan kecil dan sederhana serta perusahaan besar di serata negara.
Syarikat itu akan turut memulakan proses penyepaduan aset-asetnya secara progresif, memanfaatkan rakan kongsi tempatan, vendor serta bakat atau tenaga kerja Malaysia bagi memberi lebih banyak faedah kepada pelanggan menerusi kedudukan rangkaiannya yang berkembang pesat.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 01 2022

Mohamad Idham berkata penggabungan tersebut antara lain akan menawarkan kapasiti lebih kukuh bagi melabur dalam bidang pertumbuhan baharu. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rangkaian 5G: TM akur U Mobile terpilih, CelcomDigi dan Maxis percaya pelan mereka lebih menyeluruh
MCMC dalam satu kenyataan pada 1 November lepas mengumumkan pemilihan U Mobile yang dikaitkan dengan jutawan Tan Sri Vincent Tan sebagai pengendali rangkaian kedua 5G di negara ini.

CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.

Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.

Teroka, manfaatkan AI untuk pertingkat mutu perkhidmatan awam - Fahmi
AI terbukti berupaya melonjak keupayaan penghasilan produk dan perkhidmatan namun penggunaannya masih belum menyeluruh.

Untung bersih suku pertama CelcomDigi naik kepada RM376.46 juta
Keuntungan bersih CelcomDigi Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2024 meningkat kepada RM376.46 juta.

Perkhidmatan telekomunikasi Yoodo tamat operasi 29 Ogos ini
Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.

CelcomDigi lancar tiga filem raya berbeza mesej dan makna melalui Siri Bukalah Hati
Bagi meraikan kemeriahan Aidilfitri tahun ini, CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) melancarkan bukan satu tetapi tiga filem Raya melalui Siri Bukalah Hati hasil karya tiga pengarah muda berbakat.

Axiata catat kerugian bersih RM1.99 bilion
Axiata catat kerugian bersih berjumlah RM1.99 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

Maklumat gangguan liputan perkhidmatan akan segera diserah kepada CelcomDigi - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan menyerahkan maklumat mengenai gangguan liputan perkhidmatan dialami pengguna yang melanggan perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi Bhd.

'Projek My Malaysia' CelcomDigi, filem janaan AI bersumber ramai pertama negara
CelcomDigi memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) untuk menterjemah aspirasi, impian dan harapan rakyat Malaysia terhadap tanah air bertuah ini.