PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan menyerahkan maklumat mengenai gangguan liputan perkhidmatan dialami pengguna yang melanggan perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi Bhd.
"Insya-Allah, saya akan segera menghantar maklumat kepada pihak CelcomDigi untuk mereka selesaikan... saya akan berhubung untuk minta mereka pastikan masalah seumpama ini diselesaikan," kata jurucakap Kerajaan Perpaduan itu pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap rungutan pengguna CelcomDigi mengenai masalah itu di media sosial.
Fahmi berkata sejak CelcomDigi digabung secara rasmi pada akhir 2022, syarikat telekomunikasi itu telah selesai menjalankan 30 peratus proses integrasi tahun lepas manakala 40 peratus pada tahun ini dan baki 30 peratus menjelang 2025.
"Kita sedia maklum setelah MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) umumkan penggabungan kedua-dua entiti ini, mereka dijangka ambil masa antara 18 dan 24 bulan (untuk pastikan rangkaian perkhidmatan stabil)," katanya.
Mengenai dakwaan penjawat awam diwajibkan mendaftar dengan portal Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), Fahmi berkata isu itu tidak timbul kerana mereka digalakkan untuk berbuat demikian.
Beliau berkata setakat ini, sejumlah 30.1 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dalam sistem itu dan semua maklumat dijamin selamat.
Isnin lepas, Jabatan Perkhidmatan Awam meminta semua warga kementerian dan agensi kerajaan untuk melakukan pendaftaran serta pengemaskinian maklumat melalui portal PADU selewat-lewatnya 15 Feb ini bagi memastikan mereka yang layak mendapat manfaat, tidak tercicir daripada menerima subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 24 2024
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan menyerahkan maklumat mengenai gangguan liputan perkhidmatan dialami pengguna yang melanggan perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi Bhd. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Kemasukan pelajar ke IPTA berdasarkan merit, tiada diskriminasi - Zambry
Kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berdasarkan merit, terutama melibatkan kursus yang mendapat permintaan tinggi.
Khadijah Ibrahim akan terus nyanyikan lagu Ahmad Nawab
Penyanyi yang mesra dengan panggilan Ibu Kathy itu akan meneruskan perjuangan Allahyarham dengan terus menyanyikan lagu beliau. Beliau juga menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor dan guru yang terbaik buatnya.
Maklumat gangguan liputan perkhidmatan akan segera diserah kepada CelcomDigi - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil akan menyerahkan maklumat mengenai gangguan liputan perkhidmatan dialami pengguna yang melanggan perkhidmatan dengan syarikat telekomunikasi CelcomDigi Bhd.