Usahawan makanan Malaysia, terutama perusahaan kecil dan sederhana, digalakkan meneroka pasaran Australia berdasarkan permintaan besar dan berpotensi untuk produk makanan Asia.
Konsul/Pengarah Kementerian Pertanian (MOA) di sini, Nor Azian AB Latif, berkata kebanyakan produk makanan diproses dari Malaysia memenuhi syarat yang dikenakan oleh kerajaan Australia, sekali gus memudahkannya untuk memperoleh akses ke pasaran pengguna Australia yang luas.
"Kami memberi tumpuan kepada produk yang boleh memperoleh akses langsung ke pasaran Australia memandangkan ia sudah pun memenuhi syarat seperti mempunyai sijil kesihatan.
Produk ini mudah memasuki Australia berbanding makanan mentah yang perlu memenuhi syarat yang lebih ketat.
"Makanan sejuk beku seperti karipap, roti canai, keropok ikan dan pes makanan, yang menjadi makanan kegemaran komuniti Australia, perlu memenuhi standard yang lebih tinggi," katanya kepada Bernama di sini.
Tahun lepas, jumlah eksport produk makanan dan persediaan, ke Australia bernilai RM731 juta daripada RM1.4 bilion eksport barang makanan Malaysia ke sini.
Dari Januari hingga April tahun ini, nilai eksport barang makanan berjumlah RM217 juta.
Azian berkata pada Ahad, MOA membawa lapan usahawan Malaysia yang berminat menembusi pasaran Australia, menyertai Malaysia Festival (Mfest), sebagai antara usaha untuk meningkatkan akses dan pendedahan pasaran.
Festival itu yang memasuki edisi ke-25 tahun ini, merupakan acara utama Malaysia yang berlangsung setiap tahun di Sydney dan dianjurkan oleh penuntut Malaysia.
Menurut Azian, Mfest berjaya menarik perhatian masyarakat Australia pada masa lepas dengan lebih 25,000 orang mengunjunginya, sekali gus memenuhi objektif MOA untuk meningkatkan permintaan ke atas produk Malaysia.
MOA menjalin usaha sama dengan Mfest menganjurkan acara itu. Ia menyediakan ruang untuk usahawan memasarkan produk dan jenama masing-masing.
Kementerian juga menganjurkan sesi perkongsian pengetahuan dan padanan perniagaan untuk usahawan, kata Azian.
Beliau berkata Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia yang dilaksanakan pada 2013, telah memperkukuh hubungan dagangan antara kedua-dua negara.
Perjanjian itu antara lain menyediakan tarif keutamaan ke atas semua produk Malaysia yang memasuki Australia.
Dalam perkembangan lain, Azian berkata Malaysia dan Australia kini dalam proses untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) baharu dalam kerjasama pertanian.
"MoU sudah luput pada 2012. Kami sedang berusaha untuk memperbaharuinya dan menjadikannya lebih komprehensif seperti menambah sektor yang sebelum ini tidak dimasukkan serta meluaskan akses pasaran.
"Sebagai contoh, kami berusaha memperoleh akses pasaran ke atas buah nangka dan nanas. Sebelum ini, kita hanya boleh mengeksport nanas yang sudah diproses," katanya.
MOA juga akan bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan dan kumpulan industri selain melakukan risikan pasaran dan memantau cara negara lain memperoleh akses pasaran untuk produk masing-masing di Australia.
Dagangan pertanian antara kedua-dua negara kini memihak kepada Australia, dengan Malaysia mengimport produk pertanian bernilai RM1.12 bilion dari Australia dan mengeksport RM460 juta, antara Januari dan April 2015.
Eksport utama pertanian Malaysia ke Australia terdiri daripada barang makanan, kopi, koko, rempah-ratus, bijirin, gula, madu manakala import utama membabitkan daging, produk tenusu, bijirin, barang makanan dan ternakan hidup.
Bernama
Wed Sep 30 2015

Produk makanan diproses mudah memasuki Australia berbanding makanan mentah yang perlu memenuhi syarat yang lebih ketat.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Amaran banjir dikeluarkan selepas siklon tropika landa barat laut Australia
Siklon Tropika Zelia melintasi pantai Australia Barat berhampiran pekan De Grey sebagai ribut kategori empat sejurus selepas tengah hari waktu tempatan pada Jumaat.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Penyelidikan Australia dapati tiada kaitan antara telefon bimbit dan kanser
Penyelidikan yang diketuai oleh agensi keselamatan nuklear dan radiasi Australia tidak menemui sebarang kaitan antara penggunaan telefon bimbit dengan pelbagai jenis kanser, lapor Xinhua.

Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.

Perdana Menteri Australia rombak Kabinet menjelang pilihan raya umum
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan rombakan kabinet pada Khamis susulan persaraan awal seorang menteri menjelang pilihan raya umum yang harus diadakan sebelum Mei, lapor Xinhua.

Pendaki hilang di Australia ditemukan hidup selepas 13 hari
Hadi Nazari, pelajar universiti yang dilaporkan hilang pada Boxing Day, ditemukan masih hidup di kawasan pergunungan di New South Wales.

2 maut pesawat ringan terhempas di Australia
Dua individu maut dalam nahas pesawat ringan di pantai timur Australia di utara Sydney, lapor Xinhua.

Kemenangan Trump: Australia tangguh keputusan sasaran pelepasan gas rumah hijau
Matt Kean berkata kesan global daripada kemenangan Trump akan menangguhkan nasihat agensi itu mengenai sasaran 2035 selama beberapa bulan.

Amaran kesihatan dikeluarkan berkaitan ulser Buruli di selatan Australia
Jabatan Kesihatan Victoria pada Jumaat memaklumkan bahawa kes ulser Buruli kini merebak di seluruh negeri, termasuk di kawasan pedalaman Melbourne.

Pesawat Qantas mendarat cemas di Lapangan Terbang Brisbane
Sebuah penerbangan domestik Qantas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Brisbane, timur laut Australia pada Selasa.