KUALA LUMPUR: Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) menyokong kerajaan serta Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menggesa pengamal hartanah mematuhi Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti Keganasan (AMLA).
Presidennya Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA.
MIEA telah menyaksikan peningkatan dalam permintaan untuk perkhidmatan yang lebih baik daripada ejen yang melakukan transaksi kira-kira 60 peratus di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan ejen perlu dinaik taraf selain dipertingkatkan secara berkala. Ini memberi manfaat kepada rakyat dan membolehkan profesion itu berkembang.
Sebagai kerjaya yang agak baharu, terdapat keperluan ke arah konsisten serta komitmen untuk menjadi relevan dan progresif," kata Chan.
Menurut beliau, dikenal pasti sebagai institusi pelaporan, adalah wajib bagi ejen ini untuk menjalankan usaha wajar pelanggan (CDD) yang memerlukan pengumpulan dokumen pengenalan diri termasuk melaporkan pembeli atau penyewa yang mencurigakan yang mungkin terkait dengan isu pengubahan wang haram, yang sebenarnya merupakan "tindakan sukar" untuk diikuti.
Bagi menyokong usaha ini, MIEA hari ini menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Halo Check Sdn Bhd dan CRE Tech Sdn Bhd.
Ejen-ejen ini boleh melanggan aplikasi web yang dipanggil HALOCHECK untuk menjalankan pemeriksaan pelanggan secara serta-merta ke atas tuan tanah, penyewa, penjual dan pembeli.
Kerjasama dengan CRE Tech melibatkan platform penyenaraian yang dikenali sebagai BRIQ BLOQ untuk mengakses maklumat penyenaraian komersial terperinci dan kekosongan secara langsung daripada tuan tanah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 24 2022

Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA. -MIEA
AWANI Ringkas: Banjir Johor
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Bantuan Khas Aidilfitri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

SPRM tahan ejen terima rasuah percepat pemeriksaan kenderaan
Suspek dipercayai menerima rasuah untuk mendapatkan nombor giliran bagi mempercepat proses pemeriksaan tanpa mengikut peraturan sah.
AWANI 7:45 [21/3/2025] – Bomba beku cuti 70 peratus | Heathrow lumpuh | Hampir 9 juta penerima | 10 negara pesara terbaik dunia
Siap siaga hadapi banjir Aidilfitri.
Lapangan Terbang Heathrow, London lumpuh, penerbangan batal.
RM1.7 bilion Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 disalur pada Isnin.
Malaysia tempat ketujuh dunia, negara untuk pesara.
Lapangan Terbang Heathrow, London lumpuh, penerbangan batal.
RM1.7 bilion Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 disalur pada Isnin.
Malaysia tempat ketujuh dunia, negara untuk pesara.

Polis gagalkan cubaan seludup syabu RM1.06 bilion ke Australia
Polis menggagalkan cubaan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas 33,200 kilogram (kg) dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM1.062 bilion.

Anwar umum Bantuan Khas Aidilfitri RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut di negara ini.

NFCC sokong cadangan PDRM wujud perjawatan tetap bagi perkasa NSRC
NFCC menyokong cadangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung 139 perjawatan tetap bagi memperkasakan peranan serta fungsi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
Dialog Anak Muda: ‘Shopping’ raya lain macam, jangan sampai menyesal
Sakan berbelanja menyambut Syawal, jerat hutang anak muda? Trend ‘shop ‘til you drop’, apa sebenar yang ingin dicapai? Baru bekerja sudah bankrap, apa jadi? Dialog Anak Muda bersama Hawa Rizwana 8.30 malam ini.

Tesla tarik balik Cybertruck akibat masalah trim
Tesla mengumumkan penarikan balik sebahagian besar model Cybertruck berikutan masalah trim luaran yang longgar.
SPRM tahan ejen percepat proses pemeriksaan kenderaan
Seorang lelaki tempatan ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima rasuah bagi mempercepatkan proses pemeriksaan kenderaan.

MIEA sokong kerajaan gesa pengamal hartanah mengesan pengubahan wang haram
Chan Ai Cheng dalam satu kenyataan berkata bidang hartanah dianggap sebagai amalan profesional dan dikenal pasti sebagai institusi pelaporan bagi BNM dalam pematuhan akta AMLA.

Broker hartanah haram bakal berdepan tindakan tegas - Zuraida
Tindakan undang-undang akan diambil kepada mana-mana broker hartanah yang menjalankan kegiatan haram di negara ini.