KUALA LUMPUR:Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (MEVTA) menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bagi cecair vape, bermula esok.
Timbalan Setiausaha Agung MEVTA, Syamil Hanafiah berkata, ini kerana makluman yang diterima daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia bahawa duti eksais hanya dikenakan kepada cecair vape tidak bernikotin sahaja, setakat ini.
Ini kerana, jelas Syamil setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) masih belum memberikan kelulusan kepada cecair vape yang mempunyai nikotin untuk dijual secara sah, atas alasan ia membahayakan kesihatan maka ia tidak dicukai.
Katanya, hanya sekitar satu peratus sahaja peniaga vape yang menjual cecair tidak bernikotin, setakat ini.
Bagaimanapun, kenaikan harga bagi sebilangan peranti rokok elektronik dan bukan elektronik dijangka berlaku memandangkan duti eksais pada kadar 'ad valorem' 10 peratus, akan dikenakan, tambah beliau.
"Jadi, apabila 99 peratus jualan yang sedang berlangsung sekarang tidak boleh dicukaikan hanya sebab status produk tersebut bernikotin, jadi bagaimana pihak kerajaan hendak mengutip hasil cukai itu?
"Jadi, buat masa kini kenaikan harga buat produk itu masih belum ada lagi cuma andai kata pada masa akan datang cukai dikenakan kepada (cecair) nikotin, sebenarnya kami pihak industri telah berbincang untuk menetapkan standard hanya dua saiz sahaja iaitu 10 mililiter (ml) dan 30 ml," katanya kepada Astro AWANI, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Syamil berkata kerajaan juga masih belum mengeluarkan sebarang peraturan berhubung kepenggunaan, prosedur operasi standard (SOP) pengilangan serta standard produk.
Jelasnya, negara-negara yang mengawal selia industri vape seperti New Zealand dan Kanada telah mengeluarkan peraturan tersebut terutamanya berkenaan cecair vape yang mengandungi nikotin untuk dijual sebagai produk pengguna.
Selain itu, Syamil menambah status pengeluar vape juga belum dapat ditentukan kerana setakat ini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masih belum mewujudkan kod bidang pembekal bagi membolehkan pengilang cecair vape mendaftar secara sah.
"Jadi, sebenarnya pihak industri tidak boleh bayar cukai tidak bernikotin sebab status kilang kami adalah masih 'haram' buat masa ini.
"Kerana borang yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam memerlukan pihak kami mendaftar sebagai kilang berdaftar. Tetapi apabila pihak industri mahu mendaftar dengan PBT, PBT pula tiada kod bidang untuk industri vape," jelasnya lagi.
Setakat ini, Syamil berkata dianggarkan lebih 3,000 perniagaan berkaitan vape beroperasi di negara ini, dan menerima permintaan daripada lebih 1.12 juta pengguna.
Peniaga vape sambut baik
Sementara itu, pemilik kedai RasVapor, Nick Amir Asyraf Nik Ahmad, 27, berkata, sebagai peniaga, pihaknya menyambut baik langkah kerajaan melaksanakan cukai ke atas peranti rokok elektronik dan cecair.
Beliau yang juga pengeluar cecair vape jenama Frutera Juice berkata, langkah tersebut membolehkan industri vape bebas berniaga di bawah kawal selia pihak kerajaan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi negara.
"Bagi kami ia permulaan baharu bagi industri vape dan norma baharu untuk peniaga apabila ada garis panduan dan kami bersedia untuk membantu (ekonomi negara).
"Kita juga boleh membantu memberikan kesedaran kepada perokok tegar, seperti sedia maklum vape adalah 95 peratus kurang risiko berbanding rokok biasa dan dengan adanya kawal selia, ia lebih baik bagi peniaga untuk bersaing secara sihat tanpa melibatkan perang harga," katanya kepada Astro AWANI.
Bagaimanapun, pihaknya berharap kerajaan boleh mempertimbangkan untuk mengurangkan kadar 10 peratus duti eksais yang ditetapkan.
"Kalau kita tengok masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dilaksanakan, mungkin keadaan peniaga dari segi jualan agak kurang.
"Tetapi sekarang baru nak pulih semula, dan bila ada duti eksais bermula tahun depan (esok), mungkin peniaga perlu mengeluarkan sedikit lagi modal untuk prosedur-prosedur yang ditentukan oleh kerajaan," tambah peniaga dari Kota Bharu, Kelantan itu.
Terdahulu, Jabatan Kastam memaklumkan duti eksais bagi peranti rokok elektronik, peranti rokok bukan elektronik dan cecair atau gel rokok elektronik termasuk tanpa nikotin, dikenakan semasa pengimportan dan pelepasan daripada pengilang tempatan yang berkuat kuasa 1 Januari.
Manakala, peranti rokok elektronik dan peranti rokok bukan elektronik akan dikenakan duti eksais pada kadar 'ad valorem' 10 peratus manakala cecair/gel rokok elektronik dan cecair/gel vape yang tidak bernikotin pada kadar 40 sen bagi setiap ml.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 31 2020
Dianggarkan lebih 3,000 perniagaan berkaitan vape beroperasi di negara ini, dan menerima permintaan daripada lebih 1.12 juta pengguna. - Gambar hiasan
#AWANIRingkas 5 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 5 Oktober 2024
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
1️⃣ Media sosial: Ini ingatan daripada KSN
2️⃣ Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah
3️⃣ Hasil lawatan PM ke Pakistan
Sultan Pahang perkenan fatwa pengikut GISB menyeleweng, sesat
Sultan Pahang memperkenankan fatwa pengikut GISB adalah menyeleweng dan sesat.
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
MEVTA jangka tiada kenaikan harga bagi cecair vape bermula esok
Dianggarkan 99 peratus peniaga vape menjual cecair vape yang mengandungi nikotin.