KUALA LUMPUR: Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan bekerjasama dengan agensi berkaitan mengumpul data bagi mengenal pasti syarikat pemula niaga tempatan yang berpotensi besar untuk berkembang dalam sektor industri kreatif.
"Kita perlu ada satu dashboard yang kita boleh nampak secara keseluruhan untuk kita track (jejak) dari segi keuntungan, jumlah pelaburan dan modal keluar. Kita perlukan maklumat itu bagi tujuan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) dan sebagainya.
"Ini merupakan satu cara untuk kita kenal pasti syarikat mana berpotensi besar untuk berkembang, dan boleh dibimbing," kata Pengerusi MDEC Syed Ibrahim Syed Noh kepada Bernama.
Beliau berkata, pihaknya mendapati kebanyakan syarikat pemula sebelum ini menggunakan insentif yang diberikan hanya sekadar ingin memulakan perniagaan namun tiada perkembangan.
Susulan itu, katanya, beliau optimis langkah itu juga akan dapat membantu MDEC untuk mengenal pasti tenaga kerja baharu di Malaysia khususnya dalam sektor industri kreatif.
Sementara itu, dalam program Ruang Bicara; Jelajah Saya Digital (JSD), terbitan Bernama TV pada Khamis, Syed Ibrahim berkata MDEC akan terus melaksanakan inisiatif transformasi digital dan pembangunan ekonomi digital ke seluruh negara untuk menjadikan Malaysia sebagai Hab Digital ASEAN.
Beliau berkata bagi memastikan kelancaran inisiatif itu kerajaan dan agensi seperti MDEC perlu bekerjasama dalam memastikan peluang yang ada dalam ekonomi digital dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Sementara itu Syed Ibrahim berkata MDEC memperkenalkan Kempen Saya Digital sejak 2021 dan telah menjelajah lebih 50 lokasi di seluruh negara menerusi siri JSD.
Beliau berkata kempen itu diperkenalkan bagi membantu rakyat meningkatkan kemahiran digital, menguasai digital dengan baik menerusi platform yang sedia agar mereka dapat mengadaptasi ekonomi digital.
"Jadi, harapan kami agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil peluang ini untuk meningkatkan kemahiran digital Rakyat menerusi JSD ini," katanya.
Menerusi kempen tahun ini, katanya, MDEC akan meneruskan beberapa program yang telah berjaya dengan memberi tumpuan kepada empat fokus utama iaitu "Saya Digital Literasi", "Saya Digital Bisnes", "Saya Digital Freelance" dan "Saya Digital Kerjaya".
Bagi mencapai matlamat memperkasakan digital dalam kalangan rakyat, MDEC juga menyediakan pelbagai program termasuklah program eUsahawan, eRezeki, Global Online Workforce (GLOW) dan 100 Go Digital.
"JSD seterusnya yang akan dianjurkan di Kompleks Bukit Jambul, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Mac ini memberi peluang kepada individu, peniaga atau usahawan kecil untuk mempromosikan produk-produk mereka di laman-laman sosial yang disediakan di JSD berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 08 2024

Syed Ibrahim berkata, pihaknya mendapati kebanyakan syarikat pemula sebelum ini menggunakan insentif yang diberikan hanya sekadar ingin memulakan perniagaan namun tiada perkembangan. - Gambar fail/Bernama

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

MDEC sasar sumbangan ekonomi digital 25.5 peratus kepada KDNK Malaysia pada akhir 2025
MDEC akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada KDNK pada akhir 2025.

Strategi Pelaburan Malaysia Digital tarik pelaburan RM224.72 bilion - Gobind
Strategi Pelaburan Malaysia Digital inisiatif lima tahun yang dilaksanakan MDEC berjaya menarik pelaburan sebanyak RM224.72 bilion setakat suku ketiga 2024.

MDX 2024: Memperkasa kepimpinan digital dan pertumbuhan ekonomi negara
Gobind berkata persidangan ini menggariskan lima bidang transformasi utama iaitu Data Trust, Next-Gen Computing, Computer Vision, Metaverse, dan Digital Twins.

Parlimen: Industri permainan digital catat hasil jualan, eksport RM45 juta - Gobind
Industri permainan digital Malaysia mencatat hasil jualan dan eksport sebanyak RM45 juta melalui dana yang telah disediakan oleh kerajaan bagi tempoh 2014 hingga 2024, kata Menteri Digital Gobind Sing

Permainan digital terima dana MDEC, status stesen LRT3 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Azahari Hasan (PN-Padang Rengas) minta Menteri Pengangkutan nyatakan status terkini penerusan projek lima stesen LRT3 yang dibatalkan sebelum ini.

Belanjawan 2025 percepat pendigitalan Malaysia, penggunaan AI - MDEC
Belanjawan ini diumumkan pada waktu yang tepat dan selaras dengan persiapan Malaysia untuk mempengerusikan ASEAN 2025.

MDEC sasar kerjasama teknologi, bandar pintar di GITEX Global 2024
MDEC telah berhubung dengan Majlis Penyelidikan Teknologi Termaju (ATRC) Abu Dhabi untuk meneroka kerjasama dalam pendidikan dan pembangunan teknologi di GITEX Global 2024.

Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.

Anuar Fariz Fadzil sah dilantik CEO MDEC
Pelantikan diumumkan Syed Ibrahim, yang memperkenalkan Anuar pada acara Festival Kandungan Digital Malaysia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

MDEC, MATRADE mudah cara lebih 150 padanan perniagaan berpotensi di Tokyo Game Show 2024
MDEC dan MATRADE telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.