Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan geran tahunan kepada yayasan berkenaan sebanyak RM4juta dalam Bajet 2017.
Naib Pengerusi Kanannya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata peruntukan itu penting bagi membolehkan MCPF melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat, termasuk memberi kesedaran mengenai jenayah.
"Kita tidak mempunyai dana tahunan dan setiap program dilaksanakan sebelum ini merupakan inisiatif dalam kalangan ahli. Jadi, kami berharap dalam pembentangan bajet tahun ini, kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan MCPF.
"Namun, kami sedar kelulusan itu berdasarkan kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya pada sidang media sempena Forum Pencegahan Jenayah dan Peranan Masyarakat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Turut hadir, Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd dan Pengerusi MCPF Johor Datuk Freddie Long Hoo Hin.
Dalam pada itu, Lee menyifatkan forum tersebut bertepatan bagi mendengar pandangan masyarakat terhadap inisiatif dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan stabil dengan kadar jenayah sifar.
"Hasil perbincangan dalam forum ini akan diambil dan disampaikan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya," kata beliau. - Bernama
Bernama
Mon Oct 03 2016
Tan Sri Lee Lam Thye berkata peruntukan itu penting bagi membolehkan MCPF melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat, termasuk memberi kesedaran mengenai jenayah.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Hargai warga emas melalui penjagaan, hormat dan penglibatan - Lee Lam Thye
Lee Lam Thye menekankan keperluan mendesak untuk menghargai warga emas melalui penjagaan, hormat, dan penglibatan yang lebih baik.
Malaysia perlu bersedia penuhi keperluan TBB yang semakin meningkat - Fadillah
Keperluan tenaga boleh baharu (TBB) di negara ini semakin meningkat seiring dengan keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat-pusat data.
Geran tahunan RM4 juta kepada MTUC, laksana program kesedaran, latihan
Peningkatan kemahiran dan latihan semula merupakan kunci penting dalam memastikan Malaysia mempunyai tenaga kerja yang berdaya saing.
Tunggu kenyataan rasmi MFL tentang Kevin Ramalingan - Hamidin
Hamidin berkata beliau masih belum mendapat sebarang laporan berhubung perkara berkenaan.
MFL tidak ada agenda tertentu dalam isu lambat serah geran tahunan - TMJ
MFL hanya memiliki satu sahaja agenda iaitu memajukan industri bola sepak tanah air dan oleh itu, tidak timbul soal ia mempunyai agenda lain seperti didakwa pihak tertentu.
Noh kesal dua PBT Selangor tiada wakil terima geran persekutuan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar hari ini meluahkan rasa kesal berikutan kegagalan dua pihak berkuasa tempatan (PBT) Selangor menghantar wakil untuk mener
Perak negeri pertama beri geran veteran tentera
Selain geran RM100,000 yang diberikan kepada PVATM Perak, kerajaan negeri turut memberi geran RM3,000 kepada setiap 44 cawangan persatuan di seluruh Perak.
MCPF harap kerajaan pertimbang permohonan geran RM4 juta
Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berharap kerajaan dapat mempertimbangkan permohonan geran tahunan kepada yayasan berkenaan sebanyak RM4juta dalam Bajet 2017.