Pengerusi Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pihaknya tidak mempunyai agenda tertentu berhubung isu geran tahunan lambat diserahkan kepada semua pasukan bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M).
Baginda bertitah apa yang diketahuinya, MFL hanya memiliki satu sahaja agenda iaitu memajukan industri bola sepak tanah air dan oleh itu, tidak timbul soal ia mempunyai agenda lain seperti didakwa pihak tertentu.
"Sesiapa sahaja yang terlibat dalam industri bola sepak tanah air berhak untuk bertanya (mengenai isu geran) tetapi apabila bertanya jangan pula ada buat spekulasi, macam contoh mengatakan ada ke agenda lain di dalam MFL?
"MFL ada satu sahaja agenda iaitu untuk memajukan bola sepak tanah air. Itu satu-satunya agenda MFL ada," titahnya dalam sidang media, di sini pada Rabu.
Titah baginda MFL tidak bermaksud untuk lambat dalam pembayaran kerana ia sedikit 'tergugat' selepas berdepan dengan penamatan kontrak penajaan bersama Telekom Malaysia.
Tunku Ismail bertitah bagaimanapun perkara itu tidak akan digunakan sebagai alasan kelewatan itu dan MFL akan memastikan geran tahunan itu diserahkan kepada pasukan bertanding.
"Macam mana pun, kami kena serahkan tahun ini... Ini adalah tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada MFL," katanya.
Baginda mengulas dakwaan pihak tertentu yang menyifatkan MFL selaku pengendali Liga M mempunyai agenda tersendiri apabila melambatkan penyerahan geran tahunan kepada semua pasukan.
Tunku Ismail bertitah melihat keadaan semasa itu, terdapat keperluan untuk MFL mencari penaja daripada luar negara jika mahu melihat industri bola sepak tanah air terus berkembang.
"Kita kena cari penaja daripada luar negara supaya MFL boleh terus memberikan geran kepada pasukan-pasukan lain dan MFL sedang bekerja keras dalam hal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 22 2019
Tunku Ismail pada sidang media di Hotel Thistle Johor Bahru, 22 Mei, 2019. --fotoBERNAMA
Pekerja Sri Lanka kirim lebih AS$6.57 bilion pada 2024
Rakyat Sri Lanka yang bekerja di luar negara mengirim pulang lebih AS$6.57 bilion pada 2024, meningkat 10.1 peratus berbanding 2023.
Produktiviti buruh kunci pertumbuhan ekonomi Indonesia - Menteri
Menurut Yassierli, program skilling direka untuk melengkapkan pencari kerja dan siswazah baharu.
Australia Selatan larang iklan makanan rapu di pengangkutan awam
Larangan itu, yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, melibatkan pengharaman imej produk tidak sihat.
Penerbangan Moscow-Dubai UTair berpatah balik kerana kemungkinan masalah teknikal
Syarikat penerbangan Rusia, UTair, pada Sabtu memaklumkan bahawa pesawatnya yang sedang dalam penerbangan dari Moscow ke Dubai telah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Vnukovo selepas men
Sembilan pekerja ladang terhidu racun serangga di Kinabatangan
Sembilan pekerja di sebuah ladang sawit di Kinabatangan dikejarkan ke hospital selepas disyaki terhidu racun serangga pada Sabtu.
Terbuka Malaysia: Impian wakil tunggal negara di final tidak kesampaian
Pemain Malaysia terakhir yang berjaya melangkah ke final dan memenangi Terbuka Malaysia adalah Datuk Lee Chong Wei pada 2018.
Terbuka Malaysia: Aksi ulangan final Antonsen-Yu Qi
Tahun lepas, Antonsen menumpaskan jaguh China itu dalam straight set 21-14, 21-13 di pentas final.
Kembar karate Terengganu tekad cipta kejayaan pada debut Sukan SEA
Pasangan kembar berusia 19 tahun itu mendapat tawaran ke skuad kebangsaan selepas hanya dua tahun mempelajari karate.
Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.
Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat
Katanya, peralihan kepimpinan dari Taib Mahmud kepada Adenan Satem dan seterusnya kepada beliau, telah berlaku tanpa sebarang masalah.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.