Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) menyediakan langkah proaktif dan pelan tindakan logistik segera bagi membantu penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) lebih berdaya maju.
Dalam catatan terbaharu di Facebooknya hari ini, Perdana Menteri berkata, banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan serta agensi-agensi kerajaan dalam memastikan golongan ini terbela.
Menurut beliau, golongan itu perlu terus bergerak selari dengan arus pembangunan negara, sama ada
daripada segi aspek ekonomi, pendidikan, mahupun sosial.
“Sebenarnya, banyak inisiatif yang telah dilakukan oleh JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk membantu golongan ini.
“Syabas! Saya berharap Kementerian dan agensi yang terbabit akan meneruskan usaha dan inisiatif murni ini.
“Bagaimanapun, setelah mendengar luahan mereka, saya percaya banyak lagi yang boleh dilakukan oleh kerajaan serta agensi-agensi kerajaan dalam memastikan golongan ini terbela dan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan sama ada dari aspek ekonomi, pendidikan atau sosial,” katanya.
Antaranya, jelas Perdana Menteri lagi, dengan menambah baik pusat-pusat komuniti setempat dengan aktiviti kemahiran, keusahawanan dan memperkasakan pendidikan anak-anak mereka untuk menjamin kesejahteraan pada masa depan.
Terdahulu, Muhyiddin melawat PPR Desa Rejang di Setapak, di sini bagi meninjau dan melihat sendiri kehidupan penduduk.
Lawatan itu, kata beliau, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
“Kebanyakan mereka membuat bisnes kecil-kecilan, bekerja sebagai pemandu teksi dan lori serta ramai juga yang membuat kerja sendiri untuk meneruskan kehidupan mereka.
“Saya yakin, kesemua mereka menginginkan kehidupan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kekangan yang terpaksa mereka lalui,” katanya lagi.
Perdana Menteri berkata, realitinya, beliau amat berbangga kerana ramai rakyat Malaysia yang rajin dan bersungguh-sungguh berusaha membina kehidupan yang lebih baik.
“Kerajaan akan sentiasa meletakkan agenda membantu rakyat sebagai keutamaan dan akan terus mencari pelbagai kaedah bagi membantu meningkatkan taraf hidup golongan ini. Sama-sama kita berusaha untuk membina Malaysia yang lebih baik,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Tue Aug 25 2020
Muhyiddin Yassin berbual dengan seorang penduduk Projek Perumahan Rakyat Desa Rejang di Setapak, Kuala Lumpur pada Selasa. - Gambar Facebook MUHYIDDIN YASSIN
Derita rakyat Palestin hanya terbalas selepas Netanyahu ditangkap - IKRAM
Selepas gencatan senjata berkuat kuasa di Gaza pada Ahad lalu, masyarakat dunia mempunyai satu lagi misi iaitu mengheret Benjamin Netanyahu ke muka pengadilan.
AWANI 7:45 [22/1/2025] – Malaysia Sedia Segenap Aspek | Zon Waktu GMT+8 | Polarisasi Jantina Tidak Seimbang | Kena Ada Kebenaran
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia langkah ke depan, bersedia ke dunia AI.
- Seragamkan waktu semua negara ASEAN, kukuhkan ekonomi bersama.
- Ketidakseimbangan gender, cetus ketegangan masyarakat dunia.
- Jangan jadi guru tuisyen, tapi murid di sekolah terabai.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia langkah ke depan, bersedia ke dunia AI.
- Seragamkan waktu semua negara ASEAN, kukuhkan ekonomi bersama.
- Ketidakseimbangan gender, cetus ketegangan masyarakat dunia.
- Jangan jadi guru tuisyen, tapi murid di sekolah terabai.
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas, negara rugi RM8 juta dalam bentuk kutipan cukai
14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut.
PM Anwar seru rakyat Malaysia beri sokongan kepada skuad kriket wanita bawah 19
Barisan jaguh kita akan turun menentang West Indies di Bayuemas Kriket Oval, Klang pada 10.30 pagi esok.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS disokong penurunan inflasi
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4340/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4730/4780 ketika ditutup semalam.
PLUS akan runding dengan LLM bincang tambah lampu jalan
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata, segala keputusan akan diputuskan selepas berunding dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
AWANI Borneo [22/1/2025] – Bukan Kerana Buli | Jangan Campur Tangan | Kekalkan Keharmonian Kaum
Tumpuan AWANI Borneo 22 Jan 2025 bersama Pia Ernadya
- Bukan buli! Tekanan kerja disahkan punca kematian Dr Tay Yien Yaa.
- Ops DUN: Masidi ingatkan mana mana pihak usah ganggu siasatan, campur tangan urusan SPRM
- Maqasid Syariah tonggak utama keharmonian sosial Sarawak - Abang Jo
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Bukan buli! Tekanan kerja disahkan punca kematian Dr Tay Yien Yaa.
- Ops DUN: Masidi ingatkan mana mana pihak usah ganggu siasatan, campur tangan urusan SPRM
- Maqasid Syariah tonggak utama keharmonian sosial Sarawak - Abang Jo
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANIRingkas 22 Januari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Januari 2025
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
1️⃣ Dera anak sehingga mati
2️⃣ Tiga individu didakwa bunuh, subahat bunuh wanita
3️⃣ Tol percuma ketika perayaan
#awaniringkas
WEF2025: Open Forum - Levelling the Playing Field
According to the World Economic Forum's Global Gender Gap Report 2024, parity is still 134 years away. Even when countries enshrine gender equality in law, gender-based discrimination can persist in practice.
What persistent gaps must be tackled to ensure justice and make progress on gender equality?
What persistent gaps must be tackled to ensure justice and make progress on gender equality?
Malaysia perlu guna FTA untuk promosi minyak sawit di global -- MPOB
Malaysia perlu menggunakan FTA yang ada dalam kalangan negara ASEAN termasuk RCEP untuk mempromosikan minyak sawit di peringkat global.
Tiada perbincangan wujudkan kerajaan perpaduan, hanya perjumpaan biasa - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan pertemuannya dengan beberapa pemimpin beberapa hari lalu hanyalah sebagai perjumpaan biasa.
SPRM anjur mesyuarat ACTWG APEC secara maya
Mesyuarat itu bermula pada 19 Oktober 2020 sehingga 23 Oktober nanti.
COVID-19: SKM peruntuk insentif pemulihan RM1 juta
Sehingga September, SKM meluluskan bayaran insentif PULIH berjumlah RM525,500 kepada 65 koperasi di negara ini.
PRN Sabah: Isu ekonomi, MA63 dan pembangunan jadi tumpuan
Madeline berkata, negeri-negeri yang kurang membangun juga perlu diberikan perhatian yang lebih.
Pemimpin Arab jadi sasaran alat Israel, AS - MAPIM
MAPIM mengutuk keras sikap pengecut dan bacul pemimpin Bahrain yang sanggup menjual diri kepada Israel dan Amerika dengan mengumumkan perjanjian damai bersama rejim itu.
Majlis Kemakmuran Bumiputera platform tertinggi perkukuh sosioekonomi Bumiputera - Perdana Menteri
Kerajaan mewujudkan Majlis Kemakmuran Bumiputera (MKB) sebagai platform tertinggi untuk memperbaharui dan memperkukuh pembangunan sosioekonomi Bumiputera.
Hadi Awang serah laporan mengenai Timur Tengah kepada Perdana Menteri
Duta Khas Perdana Menteri Ke Timur Tengah Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyerahkan Laporan Eksekutif kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Rasuah: Selangor tidak bercadang pindahkan penjawat awam negeri
Kerajaan Selangor tidak bercadang untuk merombak atau memindahkan penjawat awam termasuk penguat kuasa negeri, sebagai langkah penyelesaian bagi membendung gejala rasuah dalam sektor berkenaan.
Muhyiddin mahu tindakan segera bantu tingkatkan taraf kehidupan penduduk PPR
Lawatan itu, ujar Perdana Menteri, banyak memberi maklumat kepada dirinya mengenai kehidupan warga kota atau golongan miskin bandar.
#RealLifeHeroes mengangkat semangat Hari Kemanusiaan Sedunia 2020
19 Ogos 2020 merupakan tahun kesebelas kita sama-sama menyambut Hari Kemanusiaan Sedunia.