KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menyasarkan peningkatan hasil eksport terkumpul sebanyak RM5 bilion menjelang 2025 yang disumbangkan oleh 380 Syarikat Peringkat Pertengahan (MTC) menerusi Program Pembangunan syarikat berkenaan (MTCDP).
Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata MTCDP yang dilancarkan pada 2014, merupakan program tunggal pembangunan pengeksport berimpak tinggi dalam pelan pembangunan lima tahun Malaysia yang bertujuan mempercepat pertumbuhan eksport, meningkatkan daya saing di peringkat global selain mempromosikan jenama tempatan Malaysia di pasaran dunia.
MTCDP menyasarkan MTC yang berorientasikan eksport dengan hasil tahunan RM50 juta hingga RM500 juta bagi syarikat-syarikat pengeluaran manakala RM20 juta hingga RM500 juta bagi syarikat perkhidmatan.
Menurutnya, sejak dilancarkan, program tersebut berjaya membabitkan serta membimbing 275 MTC daripada pelbagai sektor dan industri.
"Bagi tahun ini, program berkenaan akan disertai oleh 25 MTC yang kukuh termasuk 14 syarikat daripada sektor pembuatan dan 11 syarikat sektor perkhidmatan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Gelombang 8 MTCDP di sini, hari ini.
Mohd Mustafa berkata, biarpun hanya melibatkan dua peratus daripada perniagaan yang berdaftar, MTC tersebut adalah penting bagi pengukuhan ekonomi Malaysia dengan menyumbang sebanyak 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dan menyokong 16 peratus daripada tenaga kerja selain membantu kemajuan masyarakat di serata negara ini.
"MTCDP pada 2022 akan menumpukan industri berimpak serta pertumbuhan tinggi dengan penekanan ketara terhadap elemen baharu daya saing global seperti pendigitalan dan kemampanan.
"Ini menepati Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi pertumbuhan semula ekonomi, mampan dan inklusif yang akan memberi manfaat kepada masyarakat perniagaan secara menyeluruh.
"Pembangunan MTC di Malaysia akan turut memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). MTC kita misalnya boleh menjadi mentor atau peneraju kepada PMKS dari segi memperkukuh daya saing dan tawaran perniagaan mereka," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan Pengeksport) Abu Bakar Yusof berkata di bawah RMK-11 (2016-2020) MTC telah mencatat jumlah eksport terkumpul bernilai RM15.5 bilion -- peningkatan sebanyak empat peratus berbanding pencapaian dalam RMK-10.
Menurutnya, MATRADE juga sedang bekerjasama erat dengan Deloitte Malaysia bagi program MTCDP dengan memanfaatkan jaringan global kedua-dua pihak bagi membantu MTC mencapai sasaran mereka.
Di samping itu, katanya, MTCDP tersebut juga selaras dengan RMK-12 yang bertujuan meningkatkan keterangkuman dengan membantu PMKS mengurangkan jurang dengan MTC.
"Syarikat peringkat pertengahan yang mempunyai rantaian bekalan global boleh menerajui usaha bagi kemajuan industri dan dilihat sebagai contoh positif kepada PMKS lain dalam mengembangkan lagi perniagaan serta merealisasikan impian keusahawanan mereka.
"Program ini akan memberi kesan positif terhadap penerima manfaat rantaian bekalan itu, terutama PMKS. Malah, ia juga sejajar dengan aspirasi RMK-12 dengan tidak mengetepikan PMKS dalam rantaian bekalan global," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 13 2022

MATRADE menyasarkan peningkatan hasil eksport terkumpul sebanyak RM5 bilion menjelang 2025.
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.

CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.

Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024
Pempamer Malaysia di Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat jualan bernilai lebih RM402.88 juta.

Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis
"Malaysia Breakfast Business Networking Event" di Paris bertujuan mendalamkan pemahaman sektor awam dan swasta Perancis mengenai landskap ekonomi Malaysia.

Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.