Penggunaan sistem mata wang tunggal bagi blok negara Islam tidak boleh dilaksanakan selagi tiada persefahaman dan perpaduan antara negara-negara Islam.
Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ABAC), Tan Sri Mohd Munir Majid berpendapat pembangunan komuniti ekonomi dalam blok itu juga perlu didahulukan sebelum melaksanakan sistem mata wang tunggal.
Jelas beliau, bagi mewujudkan sistem mata wang tunggal, ia memerlukan persetujuan pembangunan ekonomi bersama, dasar polisi fiskal serta komitmen dan pembangunan ke atas polisi yang dipersetujui.
Munir yang juga Pengerusi Institut Penyelidikan ASEAN CIMB turut mengambil contoh usaha pembentukan sebuah Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) juga tidak melihat penggunaan mata wang tunggal di rantau ASEAN dapat dilaksanakan.
"Tahap pembangunan dan sistem serta cara pengurusan ekonomi yang berbeza di setiap negara adalah sebab utama ia (penggunaan mata wang tunggal) tidak dapat dilaksanakan.
"Di Eropah juga, terdapat banyak cabaran dalam penggunaan mata wang Euro, terutamanya dalam isu polisi fiskal bersama kerana tanpa polisi fiskal bersama yang kukuh, pelaksanaan itu sukar untuk bertahan," tegas Munir.
Beliau juga yakin penggunaan mata wang tunggal di kalangan blok negara Islam tidak dapat dilaksanakan, memandangkan persekitaran blok negara Islam masih jauh dari keamanan.
"Jika dilihat, sangat jelas kesemua negara Islam tidak bersama dalam isu menyelamatkan orang Islam yang bermasalah.
"Lupakan kerjasama dalam memacu ekonomi menggunakan mata wang tunggal atau sedemikian, perjalanan kami masih jauh," katanya dalam satu temubual bersama Astro AWANI, di sini hari ini.
Munir mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkan penggunaan mata wang tunggal untuk blok negara Islam adalah tidak sesuai untuk dilaksanakan sekarang.
Kenyataan itu dibuat pada sidang media selepas merasmikan Forum Ekonomi Islam Sedunia WIEF di ibu negara pada Selasa.
Tegas Munir, krisis dan pergolakan yang berlaku di antara negara-negara Islam perlu diselesaikan sebelum melaksanakan usaha membangunkan ekonomi termasuk sistem mata wang tunggal.
''Kita perlu selesaikan perkara yang lebih penting dan tunjukkan kebolehan untuk mengambil langkah seterusnya, yang lebih sukar," kata Munir lagi.
Beliau turut kecewa dengan negara-negara Islam yang bersikap negatif dalam membantu negara Islam lain yang bermasalah.
Tambahnya, cadangan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah agar sistem kewangan Islam digunakan untuk krisis kemanusiaan, melalui penerbitan sukuk khas, wakaf atau zakat bagi membantu negara Islam yang bermasalah khususnya pelarian muslim merupakan satu langkah segera yang boleh dilaksanakan.
Dania Zainuddin
Wed Nov 04 2015
![Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440577578_PresidentofASEAN.jpg)
Munir yakin penggunaan mata wang tunggal di kalangan blok negara Islam tidak dapat dilaksanakan, memandangkan persekitaran blok negara Islam masih jauh dari keamanan. - Gambar Fail
![Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61736007455_TBDAMASCUSAIR.jpg)
Turkiye bantu Syria baik pulih lapangan terbang Damsyik - Menteri
Pasukan teknikal itu memasuki Syria melalui Pintu Sempadan Cilvegozu di wilayah Hatay, selatan Turkiye, pada 7 Feb.
![2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido 2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739746429_Japanesefishingboa.jpg)
2 hilang selepas bot nelayan Jepun terbalik di luar pantai Hokkaido
Sebuah bot nelayan dilaporkan terbalik di luar pantai Pekan Tomamae di Hokkaido.
![Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739744866_AliaSazana.jpg)
Alia Sazana cipta rekod Asia acara 25m pistol wanita
Alia Sazana membidik 44 hit daripada keseluruhan 50 target, memadam rekod 41 hit dicipta penembak Korea Selatan, Yang Jiin, pada 2024.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726699374_ASEANlogo.jpg)
ASEAN sasar tingkatkan pelaburan asing
Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN bincang isu-isu utama dengan matlamat menjadikan ASEAN destinasi pelaburan asing yang lebih menarik.
![Brexit bukti pendekatan Asean berhasil - Nazir Razak Brexit bukti pendekatan Asean berhasil - Nazir Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460959393_NazirRazak.jpg)
Brexit bukti pendekatan Asean berhasil - Nazir Razak
Nazir turut berkata kekurangan kejelasan mengenai kemungkinan hasil rundingan Brexit menunjukkan ia sukar untuk membuat sebarang jangkaan.
![WEF 2016: ASEAN perlu tumpu empat faktor pacu potensi, kejayaan AEC - Nazir Razak WEF 2016: ASEAN perlu tumpu empat faktor pacu potensi, kejayaan AEC - Nazir Razak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51460966402_NazirRazak.jpg)
WEF 2016: ASEAN perlu tumpu empat faktor pacu potensi, kejayaan AEC - Nazir Razak
ASEAN mempunyai alasan kukuh untuk optimis terhadap masa depannya dengan syarat setiap kerajaannya menyedari kepentingan penyepaduan mereka bagi merealisasikan potensi masing-masing.
![ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/51448264978_AseanFlag.jpg)
ASEAN 'tanah subur' untuk inovasi - Kajian
Global Entrepreneurship Monitor (GEM), mendapati ASEAN amat sesuai untuk keusahawanan yang dipacu oleh inovasi.
![Polisi domestik ASEAN perlu selari untuk maksimumkan potensi - Rafidah Aziz Polisi domestik ASEAN perlu selari untuk maksimumkan potensi - Rafidah Aziz](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71437809403_RafidahAziz.jpg)
Polisi domestik ASEAN perlu selari untuk maksimumkan potensi - Rafidah Aziz
Agenda ASEAN perlu dijadikan tunjang setiap inisiatif kementerian di semua negara anggota.
![Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/51440577578_PresidentofASEAN.jpg)
Mata wang tunggal hanya jika negara Islam bersatu - Munir Majid
Penggunaan sistem mata wang tunggal bagi blok negara Islam tidak boleh dilaksanakan selagi tiada persefahaman dan perpaduan antara negara-negara Islam.
![AEC di landasan tepat, kini siap 91.5 peratus - Mustapa AEC di landasan tepat, kini siap 91.5 peratus - Mustapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/71440260327_MUSTAPAMOHAMED.jpg)
AEC di landasan tepat, kini siap 91.5 peratus - Mustapa
Cadangan Malaysia untuk membentuk satu komuniti ekonomi tunggal di ASEAN menjelang penghujung tahun ini, kini di landasan yang tepat dan siap 91.5 peratus.
![AEC bakal jadikan ASEAN kuasa besar ekonomi AEC bakal jadikan ASEAN kuasa besar ekonomi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-11/71415150967_295x200.jpg)
AEC bakal jadikan ASEAN kuasa besar ekonomi
ASEAN kini benar-benar meraih tarikan sebagai satu entiti ekonomi berpotensi dengan prospek mega dalam perdagangan dan pelaburan.