Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia (MASEU) merancang menubuhkan koperasi bagi menjana pendapatan dan membantu mendapatkan pekerjaan baharu bagi kakitangan Malaysia Airlines (MAS) yang bakal diberhentikan kerja dalam penstrukturan semula syarikat penerbangan itu.
Presiden MASEU Alias Aziz berkata koperasi yang dijangka mula beroperasi Ogos ini akan memudahkan sebarang permohonan bagi mendapatkan peluang pekerjaan baharu seperti permit teksi.
"Mungkin ada yang berminat memandu teksi, koperasi MASEU boleh memohonnya daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)...dijangka 300 permit akan dipohon daripada SPAD," katanya kepada Bernama.
Beliau mengulas mengenai syarikat penerbangan itu dijangka mengeluarkan Notis Pemberhentian yang disertakan Surat Tawaran Bekerja dengan syarikat baharu Malaysia Airlines Bhd (MAB) kepada 20,000 kakitangan pada 1 Jun ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya setakat ini menerima pelbagai tawaran daripada agensi dan jabatan kerajaan serta swasta yang bersedia mengambil mereka bekerja termasuk perhotelan dan pemandu teksi.
Selain itu, Alias berkata Pusat Pembangunan Korporat (CDC) yang akan ditubuh mulai 1 Jun ini juga bersedia membantu pekerja MAS yang ditamatkan perkhidmatan.
Beliau berkata CDC bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan bagi menawarkan nasihat dan perundingan mengenai perancangan kewangan, pengurusan kredit, pelaburan serta keusahawanan.
"CDC akan bertanggungjawab untuk memastikan mana-mana staf mendapat kerja di tempat sesuai dan mana-mana kekosongan di badan berkanun, syarikat swasta atau agensi kerajaan lain termasuk perbincangan bersama Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.
Bagi yang meminati perniagaan, katanya, mereka yang terbabit akan dibantu dari segi modal dan bimbingan usahawan di CDC yang terletak di Pulau Pinang, Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Pihaknya juga akan menubuhkan Persatuan Bekas Kakitangan MAS selepas pembubaran kesatuan itu bagi meneruskan usaha menjaga kebajikan mereka selain memastikan perancangan pelan pemulihan itu tidak mengabaikan mereka, katanya.
"Kita tidak mahu ada bekas-bekas kakitangan MAS yang diberhentikan kerja tidak mempunyai pekerjaan dan berada di bawah paras kemiskinan selain kakitangan di syarikat baharu mempunyai tugas dan pelan pemulihan dilaksanakan seperti dirancang," katanya.
Mengenai notis pemecatan dan pakej pemberhentian yang ditawarkan, Alias percaya semua kakitangan MAS telah bersedia menerima apa jua keputusan setiap tawaran yang bakal ditentukan syarikat baharu itu, Isnin ini.
"Keputusan itu dicapai selepas lima siri perbincangan bersama pihak atasan Khazanah, yang saya anggap berbaloi. Imbuhan baik kepada mereka yang masuk syarikat baharu sama ada kontrak dan dikatakan ramai akan diambil sebagai staf tetap," katanya sambil menambah bersedia menerima surat pemberhentian kerja selepas 34 tahun bekerja dengan MAS.
Antara 6,000 dan 8,000 kakitangan MAS daripada kira-kira 20,000 akan diberhentikan oleh Khazanah dalam tempoh setahun sebagai sebahagian daripada pelan RM6 bilion untuk mengecilkan syarikat penerbangan itu dengan memberi tumpuan kepada laluan jarak sederhana serantau.
Dua pertiga daripada kakitangan terbabit akan diambil semula oleh syarikat baharu, MAS Bhd, yang akan mula beroperasi pada 1 September.
Sebuah akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini melaporkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS yang baharu, Christoph Mueller dipetik berkata setiap kakitangan yang ditamatkan perkhidmatan akan mendapat bayaran asas bergantung kepada gred mereka dan tempoh perkhidmatan.
Mereka yang tidak ditawarkan pekerjaan dengan MAS Bhd juga layak untuk menerima bayaran ex-gratia manakala mereka yang ditawarkan bekerja pula akan mendapat bonus.
Bernama
Sun May 31 2015
![MASEU rancang tubuh koperasi bantu kakitangan MAS diberhentikan MASEU rancang tubuh koperasi bantu kakitangan MAS diberhentikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41432786947_295x200.jpg)
Presiden MASEU Alias Aziz berkata koperasi yang dijangka mula beroperasi Ogos ini akan memudahkan sebarang permohonan bagi mendapatkan peluang pekerjaan baharu seperti permit teksi. - Gambar fail
![Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723718198_tokyo.jpg)
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
![Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723717957_IbuMBKedahmenigg.jpg)
Jenazah ibu Menteri Besar Kedah selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham Meriam Ahmad, 74, ibu Menteri Besar Kedah, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pau jam 5.45 petang Khamis.
![Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723717419_tbIsmeeIsmail.jpg)
Pengarah SRC adalah profesional, bukan boneka yang diupah oleh Najib - Ismee
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ahli Lembaga Pengarah SRC International adalah sekumpulan profesional dan bukannya 'boneka' Najib.
![Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723717873_BadrAbdelatty.jpg)
Mesir tekankan keperluan gencatan senjata segera di Gaza
Pendekatan itu adalah satu-satunya cara menghentikan peningkatan ketegangan serantau dan membendung percubaan untuk meluaskan konflik.
Berita Terkini Kita: Hero Kita: Kisah wira negara yang tidak didendang
Irfan Faruqi menjelajah Johor membawakan kisah-kisah wira tidak didendang yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara bersempena bukan kemerdekaan.
Niaga AWANI: Potongan 50 peratus bagi pendaftaran domain .my dan .com.my
MYNIC Berhad, agensi di bawah Kementerian Digital menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan memberi potongan harga hingga 50 peratus bagi pendaftaran domain .MY dan .COM.MY yang baharu.
Niaga AWANI: K'jaan Persekutuan, Negeri perlu tingkat kepantasan beri kelulusan untuk tarik pelabur – PM
Kerajaan Persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu meningkatkan kepantasan dalam memberi kelulusan tanpa berkompromi dengan peraturan yang dikuat kuasa bagi menjadikan Malaysia tumpuan pelabur di rantau ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Niaga AWANI: KDNK Jepun meningkat 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku kedua
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Jepun mencatatkan pertumbuhan 3.1 peratus tahun ke tahun pada suku tahun kedua tahun ini, menurut data awal yang dikeluarkan kerajaan Jepun, lapor Sputnik.
Niaga AWANI: Zus Coffee lancar ciri derma baharu dalam aplikasi
ZUS Coffee menjadi syarikat terbaharu yang menyuarakan sokongannya terhadap Palestin.
![KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719502719_DatukArmizanMohdA.jpg)
KPDN pelawa Lotus’s, pasar raya besar buka cawangan di Sabah, Labuan
KPDN mempelawa pasar raya besar seperti Lotus's untuk membuka cawangan mereka di Sabah dan Labuan.
![Kempen 'Roots for the Future' capai agenda penghijauan, tanam 100 juta pokok menjelang 2025 Kempen 'Roots for the Future' capai agenda penghijauan, tanam 100 juta pokok menjelang 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719206094_RootsfortheFuture.jpg)
Kempen 'Roots for the Future' capai agenda penghijauan, tanam 100 juta pokok menjelang 2025
Dalam usaha menangani cabaran global perubahan iklim, CDC ambil langkah majukan ekosistem mampan, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia 2024.
![Flu, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di AS Flu, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698648133_COVIDICU.jpg)
Flu, jangkitan COVID-19 semakin meningkat di AS
Ketibaan pesakit yang didiagnosis sebagai COVID-19 ke jabatan kecemasan meningkat lebih daripada 10 peratus dalam minggu terkini berbanding minggu sebelumnya.
![3 maut dalam pertempuran menjelang pilihan raya Liberia 3 maut dalam pertempuran menjelang pilihan raya Liberia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696171464_Liberia.jpg)
3 maut dalam pertempuran menjelang pilihan raya Liberia
"Mereka merosakkan harta benda, merompak gerai di pasar, membunuh tiga penduduk yang tidak bersalah."
![100,000 maut di AS akibat ambil dos dadah berlebihan pada 2022 100,000 maut di AS akibat ambil dos dadah berlebihan pada 2022](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635388681_PenagihDadah.jpg)
100,000 maut di AS akibat ambil dos dadah berlebihan pada 2022
Tahun 2022 merekodkan kira-kira 109,680 orang maut akibat mengambil dos dadah yang berlebihan, menurut CDC pada Rabu.
![CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71651879177_AgeneralviewofCe.jpg)
CDC AS beri amaran jangkitan kulat Candida auris
Candida auris tahan terhadap pelbagai ubat, mudah merebak di kemudahan penjagaan kesihatan dan boleh menyebabkan jangkitan teruk.
![Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19 Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81638316725_RochelleWalensky.jpg)
Agensi kesihatan AS akui kesilapan dalam tindak balas terhadap pandemik COVID-19
Agensi kesihatan terkemuka Amerika pada Rabu mengumumkan ia merancang untuk membaik pulih sepenuhnya struktur dan operasinya berikutan kesilapan besar dalam mengendalikan respons pandemik COVID-19.
![Cacar monyet: Texas umum kes pertama libatkan kanak-kanak Cacar monyet: Texas umum kes pertama libatkan kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656049164_Monkeypox.jpg)
Cacar monyet: Texas umum kes pertama libatkan kanak-kanak
Daerah itu masih menunggu pengesahan akhir daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).
![Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81659501160_Monkeypox.jpg)
Wabak cacar monyet di AS cecah 10,000 kes
Laporan CDC menunjukkan bahawa 1,391 kes cacar monyet yang disahkan dikesan pada Rabu.
![Kes cacar monyet meningkat di New York Kes cacar monyet meningkat di New York](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656049164_Monkeypox.jpg)
Kes cacar monyet meningkat di New York
Sebanyak 336 kes jangkitan penyakit itu direkodkan tetapi ia mungkin tidak mencerminkan jumlah yang sebenar, menurut Jabatan Kesihatan New York.
![Hepatitis akut: Adenovirus hipotesis utama - CDC Hepatitis akut: Adenovirus hipotesis utama - CDC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41626995851_AtlantaGeorgia.jpg)
Hepatitis akut: Adenovirus hipotesis utama - CDC
Kira-kira separuh daripada kanak-kanak yang didiagnos beberapa bulan kebelakangan ini juga dijangkiti sejenis adenovirus.