MOSCOW: Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam pertempuran antara penyokong dua parti politik utama Liberia, parti pemerintah Coalition for Democratic Change (CDC) dan pembangkang Unity Party, di Lofa County di barat laut negara itu, kata Setiausaha Agung CDC Jefferson Koijee pada Ahad, lapor Sputnik.
"(CDC) mendapati beratus-ratus penyokong Unity Party, tanpa provokasi, mendalangi dan melakukan serangan yang disengajakan ke atas premis (calon perundangan CDC daerah Foya yang ditandingi calon (Thomas) Fallah.
"Mereka merosakkan harta benda, merompak gerai di pasar, membunuh tiga penduduk yang tidak bersalah, manakala lima lagi disahkan mengalami pelbagai kecederaan," menurut Koijee dipetik oleh Agensi Berita Liberian Observer.
Bagaimanapun, Unity Party menafikan dakwaan Koijee, sebaliknya menuduh penyokong CDC menghasut untuk memulakan keganasan.
Pasukan penyiasat khas telah ditubuhkan untuk menyiasat kejadian itu, kata polis Liberia.
Pilihan raya umum dijadualkan berlangsung di Liberia pada 10 Oktober untuk memilih presiden negara itu, wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Pilihan raya umum dijadualkan berlangsung di Liberia pada 10 Oktober untuk memilih presiden negara itu, wakil Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

Tiga kapal tangki ditahan berlabuh tanpa kebenaran
Bot ronda APMM menahan kapal tangki yang berdaftar di Freetown, Liberia, yang turut dinaiki 11 kru termasuk seorang kapten pada 11.05 pagi, kira-kira 3.2 batu nautika dari tenggara Tanjung Penyusop.

Dua suspek penipuan pekerjaan Liberia direman hari ini
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Sarawak Supt Mustafa Kamal Gani Abdullah mendedahkan, ia bagi membolehkan proses siasatan lanjut dijalankan.

George Weah turun lawan Nigeria pada usia 51 tahun
Presiden Liberia, George Weah turun beraksi menentang Nigeria dalam satu perlawanan persahabatan.

6 destinasi percutian paling teruk di dunia
Tahukah anda terdapat enam tempat yang boleh dianggap destinasi percutian paling teruk di dunia dalam tahun 2015 ini?

Jumlah kematian Ebola kini 5,420 orang: WHO
Pertubuhan Kesihatan Sedunia itu mendedahkan, sejumlah 15,145 kes jangkitan dilaporkan sejak akhir Disember 2013.

Malaysia sumbang 20.9 juta sarung tangan kepada negara terjejas Ebola
Malaysia menghantar kira-kira 20.9 juta keping sarung tangan perubatan kepada lima negara Afrika yang terjejas oleh virus Ebola yang boleh membawa maut.

Bekas pemain Liga-M, Frank Seator meninggal dunia
Bekas penyerang import pasukan Perak dan Selangor, Frank Seator dilaporkan meninggal dunia pada 11 Feb, menurut GNN Liberia.