JOHOR BAHRU: Malaysia dan Singapura bersedia untuk meneroka beberapa inisiatif bagi memacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Kementerian Ekonomi Malaysia dan Kementerian Perdagangan dan Industri Singapura berkata inisiatif itu termasuk mewujudkan pusat perniagaan/pelaburan sehenti di Johor bagi memudah cara proses permohonan pelbagai kelulusan serta lesen yang diperlukan untuk membolehkan perniagaan republik itu beroperasi di Johor.
Malah, JS-SEZ akan turut memanfaatkan pertumbuhan Johor yang kukuh serta pelaburan penting Singapura di rantau itu.
Pada 2022, Johor mencatat pelaburan bernilai RM70.6 bilion yang merentasi pelbagai sektor termasuk elektrikal dan elektronik, peranti perubatan, pengeluaran makanan serta pusat-pusat data.
Singapura pula merupakan pelabur asing kedua terbesar Johor bagi tempoh Januari hingga Jun 2022 dan menyumbang kira-kira 70 peratus daripada jumlah pelaburan langsung asing (FDI) negeri itu dalam sektor pembuatan.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menyifatkan kewujudan JS-SEZ memberi peluang besar bagi meningkatkan aliran rentas sempadan membabitkan pergerakan kargo serta rakyat, memacu ekosistem perniagaan serta meningkatkan daya tarikan ekonomi Johor dan Singapura.
"Saya yakin sepenuhnya inisiatif ini akan membuka fasa transformatif dalam hubungan ekonomi dua hala, memupuk kesalinghubungan dan kemakmuran yang tiada tandingan bagi kedua-dua negara hebat ini," kata beliau.
Menyentuh inisiatif lain, kenyataan bersama itu berkata penerimagunaan/pelaksanaan sistem pelepasan kod QR tanpa pasport pada kad di kedua-dua pihak pula bertujuan memudahkan urusan pelepasan orang ramai di pusat pemeriksaan darat secara lebih pantas.
Pelaksanaan proses digital bagi tujuan pelepasan kargo di pusat pemeriksaan darat serta aspek mudah cara kerjasama tenaga boleh baharu Malaysia-Singapura dalam JS-SEZ, juga menjadi antara inisiatif awal JS-SEZ bagi memacu pertumbuhan ekonomi.
Menteri Perdagangan dan Industri Singapura Gan Kim Yong pula berkata JS-SEZ berperanan sebagai jambatan untuk kedua-dua negara saling memanfaatkan kekuatan masing-masing selain merebut peluang bagi pertumbuhan bersama.
"Saya teruja dengan (impak) perjanjian JS-SEZ serta manfaatnya untuk perniagaan serta rakyat kedua-dua negara," katanya.
Malaysia dan Singapura adalah rakan dagang kedua terbesar bagi satu sama lain pada 2022 yang menyaksikan dagangan dua hala tumbuh sebanyak 18.9 peratus tahun ke tahun kepada SGD$153 bilion (SGD$1=RM3.48).
Bagi tempoh sama, Singapura berperanan sebagai sumber utama FDI Malaysia dengan menyumbang sebanyak 20.5 peratus daripada keseluruhan FDI di negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
JS-SEZ bakal memanfaatkan pertumbuhan Johor yang kukuh serta pelaburan penting Singapura di rantau itu. - Foto Bernama
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
Bukan Rumah Mampu Tengok, PRR bakal dilancar tahun depan - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) pertama akan dilancarkan pada tahun 2025, sempena kepengerusian ASEAN yang akan diterajui oleh Malaysia.
Anggota kesihatan diingat lapor kesan advers ubat - KKM
Anggota kesihatan diingatkan supaya membuat laporan mengenai sebarang kesan advers ubat-ubatan bagi menjamin keselamatan pengguna.
Permaisuri Britain Camilla alami jangkitan di dada, tarik diri daripada acara awam
Permaisuri Camilla telah menarik diri daripada acara awam kerana mengalami jangkitan di dada.
Jualan Proton pada Oktober melonjak 13.6 peratus, catat jumlah YTD 125,557 unit
Proton Holdings Bhd merekodkan jualan sebanyak 12,799 unit bagi pasaran domestik dan eksport pada Oktober.
Dulu tempat pelupusan sampah, kini ladang solar - Nga
KPKT telah berjaya mentransformasikan tapak pelupusan sisa pepejal menjadi ladang solar dan tapak rekreasi keluarga.
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimuktamad akhir tahun ini
Kerajaan kedua-dua negara akan memuktamad dan memperhalusi butiran perjanjian semasa sesi bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos.
Pertumbuhan KDNK dijangka lebih tinggi daripada unjuran BNM
Pertumbuhan KDNK dijangka mencapai tahap tertinggi daripada yang disasarkan antara empat hingga lima peratus oleh Bank Negara Malaysia pada 2024, menurut Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB.
JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi platform untuk mengalihkan tumpuan pelaburan yang sebelum ini terarah ke Vietnam kepada Johor dan Singapura.
Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.
JS-SEZ ada potensi, ramuan untuk berjaya - Lawrence Wong
Johor dan Singapura mempunyai potensi dan ramuan mencukupi untuk mencapai kejayaan dalam Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang telah dimeterai kedua-dua pihak.
PM dijangka umum insentif, pengecualian cukai JS-SEZ dalam Belanjawan 2025 - Ahmad Zahid
Insentif berhubung pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura gabung teknologi tinggi, hijau
Lee berkata bagi menjayakan usaha itu, kerajaan negeri akan mencontohi dua bandar di negara China - Shenzhen dan Guangzhou.
Malaysia, Singapura teroka inisiatif pacu Zon Ekonomi Khas JS-SEZ
Malaysia dan Singapura bersedia untuk meneroka beberapa inisiatif bagi memacu Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).