KUALA LUMPUR: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi platform untuk mengalihkan tumpuan pelaburan yang sebelum ini terarah ke Vietnam kepada Johor dan Singapura sekali gus meletakkan Malaysia sebagai pesaingnya, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata JS-SEZ sangat menarik bagi syarikat antarabangsa yang mencari jalan untuk menangani risiko geopolitik dan mendapatkan tapak di Asia Tenggara.
"JS-SEZ, tumpuan bukan semata-mata bagi syarikat dari Singapura malah juga potensi yang lebih besar iaitu syarikat dari seluruh dunia untuk datang ke Johor kerana mereka boleh memanfaatkan kedua-dua bahagian dunia.
"Mereka boleh memanfaatkan Singapura yang sofistikated, selain sumber dan kelebihan dari segi kos di Johor," katanya semasa sesi penerangan mengenai JS-SEZ di Dewan Rakyat pada Khamis.
Rafizi berkata tumpuan JS-SEZ adalah bagi sektor yang selari dengan dasar semasa kerajaan yang menekankan ciri nilai dan teknologi tinggi seperti yang ditetapkan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
JS-SEZ akan meliputi seluruh kawasan Iskandar Malaysia termasuk kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Pengerang dengan keseluruhan keluasan 3,505 kilometer persegi.
JS-SEZ merangkumi kawasan di bawah enam pihak berkuasa tempatan di Johor iaitu Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Majlis Perbandaran Kulai, Majlis Perbandaran Pengerang dan sebahagian daripada Majlis Perbandaran Pontian.
JS-SEZ kini di peringkat akhir rundingan, membuka laluan untuk perjanjian bersama yang dijangka ditandatangani pada September ini.
Kerajaan Johor dan Persekutuan sedang bekerjasama untuk memastikan JS-SEZ mampu menarik pelabur global terutama melibatkan ekuiti persendirian dan modal teroka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

JS-SEZ akan lonjak kemajuan ekonomi Malaysia-Singapura
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi.

Perjanjian JS-SEZ bawa limpahan manfaat besar kepada Johor - Menteri Besar
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang dimeterai hari ini akan membawa limpahan manfaat yang besar terutamanya kepada Johor dan rakyatnya.

Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura unik, kerjasama dua negara tarik pelaburan global - PM Anwar
Kedua-dua pemimpin menyaksikan pertukaran Perjanjian Bersama JS-SEZ, enam memorandum persefahaman (MoU), dan satu surat niat (LOI) mengenai pelbagai bidang.

Perjanjian JS-SEZ dijangka dimeterai Isnin ini - MB Johor
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka dimeterai di Putrajaya Isnin ini, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini

Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimuktamad akhir tahun ini
Kerajaan kedua-dua negara akan memuktamad dan memperhalusi butiran perjanjian semasa sesi bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos.

Pertumbuhan KDNK dijangka lebih tinggi daripada unjuran BNM
Pertumbuhan KDNK dijangka mencapai tahap tertinggi daripada yang disasarkan antara empat hingga lima peratus oleh Bank Negara Malaysia pada 2024, menurut Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB.

JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi platform untuk mengalihkan tumpuan pelaburan yang sebelum ini terarah ke Vietnam kepada Johor dan Singapura.

Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.