KUALA LUMPUR: Malaysia dan Singapura bersetuju mewujudkan satu platform tetap iaitu Dialog Menteri Tahunan (AMD) untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan dua hala terutama dalam kerjasama ekonomi digital dan hijau di samping mengeratkan hubungan antara pegawai kementerian yang sama dari kedua-dua negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata beliau bersama Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Gan Kim Yong telah mempengerusikan AMD pertama di sini pada Rabu selain menyemak kemajuan di bawah dua kerangka iaitu Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital serta Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Hijau.
"Berdasarkan Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Digital, kedua-dua menteri mengumumkan satu pasukan petugas baharu untuk meneroka penggalakan perdagangan perniagaan rentas sempadan, memanfaatkan Platform Perdagangan Digital Matrade yang dilancarkan semalam serta inisiatif Perniagaan tanpa Sempadan Singapura," katanya kepada pemberita selepas AMD pertama antara Malaysia dan Singapura di sini, pada Rabu.
Beliau berkata pasukan petugas itu akan melibatkan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) serta Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Singapura (MTI); Penguasa Pembangunan Infokom Media Singapura (IMDA) dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).
Pasukan petugas itu akan ditubuhkan secepat mungkin untuk meneliti langkah mempertingkatkan perdagangan digital, katanya.
"Kerjasama digital ini akan mengurangkan kos dan masa untuk perusahaan kecil dan sederhana menjangkau pasaran eksport global selain bersetuju untuk meneroka projek usaha sama rintis dua hala mengenai identiti digital korporat bagi sistem rangkaian nombor pengenalan perniagaan unik Asean dan juga penambahbaikan sistem e-pembayaran rentas sempadan," katanya.
Tengku Zafrul berkata mengikut Kerangka Kerjasama dalam Ekonomi Hijau pula, kedua-dua menteri mengalu-alukan kerjasama antara Matrade dan Enterprise Singapore dalam Program Pembangunan Kapasiti untuk Pengeksport, bertujuan menyokong peralihan kemampanan kalangan pengeksport.
"Sebagai sebahagian program ini, akan ada beberapa penglibatan antara perusahaan Singapura dan Malaysia untuk berkongsi pengalaman dan penyelesaian kemampanan, dengan sesi pertama akan menumpukan kerangka pelaporan kemampanan dan pembiayaan hijau, yang dijadualkan diadakan pada Julai 2023," katanya.
Beliau berkata dalam perbincangan pada masa hadapan, kedua-dua menteri akan merangkumkan cara untuk bekerjasama dengan lebih baik bagi memastikan kekukuhan daya tahan dan keselamatan rantaian bekalan kedua-dua negara.
"Kita berharap dengan pasukan petugas ini dan perancangan yang kita telah persetujui hari ini, kita akan lihat (mempertimbangkan) untuk menaikkan sasaran perdagangan antara kedua-dua negara tetapi, ia bergantung kepada keadaan perdagangan dunia," katanya.
Malaysia dan Singapura menjadi rakan dagang kedua terbesar antara satu sama lain, dengan perdagangan dua hala mencecah AS$83.53 bilion pada 2022, menunjukkan pertumbuhan ketara sebanyak 37.6 peratus berbanding dengan AS$64.55 bilion pada 2021.
Selain itu, Singapura juga menjadi antara sumber utama Malaysia bagi pelaburan langsung asing (FDI) dengan menyumbang 8.3 peratus kepada jumlah FDI Malaysia tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 14 2023
Tengku Zafrul dan Gan Kim Yong mempengerusikan bersama Dialog Menteri Tahunan pertama di Kuala Lumpur pada Rabu. - Foto BERNAMA
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma 100 kali ganda akibat kebakaran - Laporan
Paras plumbum di udara Los Angeles melebihi norma sehingga 100 kali ganda akibat kebakaran, manakala paras klorin meningkat sebanyak 40 kali ganda.
Trump tandatangan perintah eksekutif tangguh larangan TikTok
Trump berusaha mencari penyelesaian untuk melindungi keselamatan negara sambil memastikan kelangsungan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.
Timbalan pengarah agensi kerajaan antara ditahan bantu siasatan kes rasuah RM600,000
Dua lelaki termasuk timbalan pengarah sebuah agensi kerajaan direman enam hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM600,000.
Kementerian Komunikasi terus pastikan kebajikan pengamal media terbela - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan terus mengutamakan kebajikan dan keperluan pengamal media, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Syria selepas perang: Sebuah negara dalam mod percubaan
Syria pasca perang bukanlah destinasi pelancongan yang ideal, tetapi, ia adalah bumi yang sarat dengan pelajaran tentang ketahanan manusia.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
AWANI Ringkas: NACCOL mahu selesaikan isu padi, beras
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jajaran Seksyen 2 WCE dibuka bermula tengah malam ini
Pembukaan jajaran ini dijangka mengurangkan kos operasi sektor logistik, mempermudah penghantaran barangan, dan meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.
Farid Kamil lantik peguam sebagai JKP sebutan kes cerai
Pelakon Farid Kamil melantik peguam sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi sebutan kes penceraian bersama isterinya, Diana Danielle.
Tiada lagi tol percuma musim raya, pertimbang ganti mekanisme baharu
Pemberian tol percuma mungkin akan dilaksanakan sekiranya terdapat pertimbangan lain dan ia akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Thailand mahu jalin kerjasama digital dengan Malaysia
Thailand berhasrat untuk bekerjasama dengan negara anggota ASEAN bagi meningkatkan tahap hidup di rantau ini.
China sasar siapkan prasarana data nasional menjelang 2029
Langkah ini adalah sebahagian daripada usaha China untuk membangunkan pasaran data nasional yang disatukan dan memperkukuh ekonomi digital.
Laos berusaha tingkatkan ekonomi digital
Forum Digital Laos Keenam di Vientiane menandakan pencapaian penting dalam usaha negara itu menuju ekonomi digital yang berdaya maju.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Program Digital Rakyat dilancar esok
Program Digital Rakyat dilancar esok, iaitu platform pembelajaran dalam talian bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran rakyat.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
SDEC 2024 tarik 20,000 pengunjung, catat nilai transaksi RM100 juta
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 melabuhkan tirai dengan kejayaan yang signifikan.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Ekonomi digital dijangka capai unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada KDNK akhir 2025
Dasar Malaysia yang mesra perniagaan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS kebelakangan ini menyumbang kepada prospek positif ekonomi.
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia mahu pastikan pertumbuhan kukuh ekonomi digital
Malaysia akan pastikan pertumbuhan ekonomi digital yang pesat di seluruh 10 negara anggota ASEAN apabila mengambil alih jawatan pengerusi tahun depan.