Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang kurang memberangsangkan pada suku pertama 2019, dengan pemulihan pada suku kedua, disebabkan ketidaktentuan mengenai rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut MIDF Research.
Dalam nota penyelidikan pada Jumaat, katanya ini sejajar dengan trend yang pesimis dicerminkan oleh Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Nikkei bagi Malaysia, yang mencatatkan di bawah 50 mata untuk lima bulan berturut-turut sejak Oktober 2018.
"Mengenai masa depan, kami menjangka pemulihan yang kukuh pada suku kedua dan juga separuh kedua tahun ini dalam keadaan harga komoditi yang meningkat secara berperingkat, permintaan domestik yang kukuh dan kesan daripada perang perdagangan yang berkurangan," menurut firma penyelidikan itu.
Awal minggu ini, MIDF Research mengunjurkan ekonomi negara akan berkembang kepada 4.9 peratus tahun ke tahun pada 2019 -- lebih tinggi daripada unjuran Bank Negara Malaysia yang antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus.
Dalam nota penyelidikannya yang terkini, katanya harga minyak mentah Brent meningkat dengan kukuh sejak Januari 2019 pada purata AS$60.50 setong dan mencecah AS$66.10 setong pada Mac 2019.
"Permintaan global dijangka pulih terutamanya jika AS dan China mencapai persetujuan tidak lama lagi.
"Di peringkat tempatan, keadaan pekerjaan penuh dan tekanan inflasi yang rendah menjadi faktor sokongan utama kepada permintaan domestik," katanya.
Selain itu, katanya pengumuman mengenai projek infrastruktur berkaitan kerajaan akan memberi sentimen positif kepada pertumbuhan ekonomi, katanya.
Sementara itu, MIDF Research berkata inflasi pengguna Malaysia dijangka kekal rendah susulan harga lebih rendah dihadkan untuk RON95 dan diesel, masing-masing pada RM2.08 dan RM2.18 seliter.
Bagaimanapun, faktor yang mendorong permintaan kekal kukuh dalam keadaan pasaran pekerjaan yang stabil dan pertumbuhan gaji yang kukuh, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 29 2019
MIDF Research berkata inflasi pengguna Malaysia dijangka kekal rendah susulan harga lebih rendah dihadkan untuk RON95 dan diesel, masing-masing pada RM2.08 dan RM2.18 seliter. - Gambar hiasan
Lawatan kerja ke Korea Selatan berjaya raih potensi pelaburan RM32.8 bilion - PM Anwar
RM32.8 bilion potensi pelaburan dan eksport dari Malaysia dengan nilai RM1.3 bilion berjaya diraih melalui lawatan kerja Perdana Menteri ke Korea Selatan.
Isu pemindahan nama rumah kos rendah masih lagi membelenggu rakyat
Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail berkata isu pemindahan nama rumah kos rendah dan kos sederhana rendah masih lagi membelenggu rakyat.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Perdana Menteri sampai sumbangan khas kepada mangsa banjir di Melaka
Sumbangan disampaikan oleh Setiausaha Politik Kanan beliau, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin pada satu majlis di Tanjung Minyak.
Negeri Sembilan semak semula Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1996
Kerajaan Negeri Sembilan melalui JHEAINS dan MAINS sedang menyemak semula Enakmen Pengawalan Sekolah-sekolah Agama Islam 1996.
Ekonomi digital Malaysia naik 16 peratus ke RM141 bilion
Dalam satu laporan, Google berkata tiga faktor penyumbang utama adalah e-dagang, pelancongan dalam talian dan perkhidmatan kewangan digital.
Hujan lebat berterusan tahap bahaya di Terengganu, Pahang hingga Jumaat ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang hingga Jumaat ini.
[TERKINI] Ucapan PM Anwar di Universiti Kebangsaan Seoul
Ikuti langsung ucapan khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertajuk "Strategic Partners in a Complex World: Malaysia, Korea, and the Future of Asia" di Universiti Kebangsaan Seoul.
#AWANInews
#AWANInews
Lebih 120,000 ekspatriat berada di Malaysia, sumbang 4.8 peratus daripada KDNK
Sebanyak 120,183 pegawai ekspatriat berada di Malaysia setakat 31 Okt lepas.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Bekas pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Pemandu mabuk sebabkan kematian suami isteri didakwa
Seorang mekanik didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian pasangan suami isteri pada 16 November lalu.
AS terus usaha capai genjatan senjata di Lubnan
AS sedang berusaha sedaya upaya untuk mencapai gencatan senjata di Lubnan namun mengingatkan perjanjian masih belum berjaya dicapai.
Hyundai panggil balik 42,000 kereta di AS kerana risiko pergerakan spontan - Laporan
Pergerakan spontan berlaku disebabkan masalah pendawaian, menurut laporan itu.
Amerika tak mahu lagi jadi 'polis dunia', PM Singapura beri amaran dunia makin bahaya
"Semua orang bimbang kerana kita berada dalam dunia yang jauh lebih berbahaya hari ini," kata Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong ketika beliau merenungkan landskap global yang berkembang.
2 maut pesawat peronda terhempas di Colorado
Dua orang maut manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan pesawat di Colorado, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu, disahkan oleh pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
Harga minyak diunjur dalam julat antara US$65 dan US$75 setong pada 2025
Sering unjurannya, purata harga minyak pada 2024 dijangkakan berada dalam julat rendah pada US$80 setong.
Trump pilih Pam Bondi sebagai Peguam Negara
Trump memuji Bondi atas usahanya menangani isu pengedaran dadah dan dos berlebihan fentanyl semasa berkhidmat.
Jutawan India, Gautam Adani didakwa atas tuduhan rasuah di New York
Salah seorang orang terkaya dunia, Gautam Adani, telah didakwa di mahkamah persekutuan New York bersama tertuduh lain berhubung dakwaan skim penipuan berbilion dolar.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS diasak sentimen berhati-hati
Pada 8 pagi, unit tempatan itu susut nilai kepada 4.700/4800 berbanding dolar AS berbanding paras 4.4685/4740 pada akhir urus niaga semalam.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Crocodile of Wall Street' dipenjara kerana pengubahan wang haram bitcoin
Heather Rhiannon Morgan, yang terkenal dengan julukan "Crocodile of Wall Street" dijatuhi hukuman penjara 18 bulan pada Isnin.