Malaysia memberi jaminan kepada Kesatuan Eropah (EU) bahawa minyak sawitnya bukan sahaja selamat dan sihat tetapi juga diusahakan mengikut amalan pertanian yang baik.
Dalam kenyataan pada Ahad, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata industri minyak sawit negara tertakluk kepada 60 peraturan meliputi spektrum undang-undang yang luas seperti keselamatan makanan, alam sekitar dan tenaga kerja.
"Malaysia turut berpegang teguh kepada komitmennya pada Sidang Kemuncak Rio 1992 untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kawasan tanah di bawah kawasan liputan hutan.
"Jelas bahawa industri di Malaysia dikawal selia dengan baik," katanya.
Mah mengadakan taklimat mengenai keselamatan makanan dan isu-isu berkaitan kemampanan minyak sawit Malaysia kepada duta dari negara-negara EU di kementerian pada Jumaat lepas.
Taklimat itu dianjurkan sempena sambutan 100 tahun pengkomersialan kelapa sawit di Malaysia.
Delegasi EU itu diketuai oleh Maria Castillo Fernandez dan disertai oleh 15 duta dan wakil dari negara-negara EU di Malaysia.
Pada taklimat tersebut, Mah menekankan kebimbangan Malaysia mengenai kempen anti-minyak sawit yang semakin meningkat di EU, termasuk mengaitkan minyak sawit kepada isu kesihatan dan penebangan hutan.
Beliau berkata industri di Malaysia telah memberi sumbangan yang besar kepada pembangunan sosio-ekonomi negara.
Mah berharap negara-negara EU akan terus menyokong usaha Malaysia dengan memberi pengiktirafan yang besar kepada pensijilan Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO).
"Industri ini juga merupakan sumber pendapatan eksport yang penting apabila pada 2016, jumlah eksport yang dicatatkan bernilai RM64.58 bilion.
"Pada masa ini, industri minyak sawit di Malaysia menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir satu juta orang meliputi sektor huluan dan hiliran," katanya.
Dalam pada itu, katanya, EU merupakan destinasi eksport yang penting bagi produk minyak sawit Malaysia.
"Eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke EU dicatatkan sebanyak 3.63 juta tan bernilai RM10.30 bilion pada tahun lepas.
"Antara produk utama yang dieksport ialah minyak sawit, hampas isirung kelapa sawit dan oleokimia," kata Mah. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 22 2017
Mah menekankan kebimbangan Malaysia mengenai kempen anti-minyak sawit yang semakin meningkat di EU, termasuk mengaitkan minyak sawit dengan isu kesihatan dan penebangan hutan. - Gambar fail
FBI sertai siasatan kes kematian enam pelancong di Thailand
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyertai pihak berkuasa Thailand dalam menyiasat kes kematian misteri enam warga asing di sebuah hotel mewah di Bangkok, pada Selasa.
'Semuanya adalah sebuah cabaran di Gaza' - Pegawai PBB
"Semuanya adalah sebuah cabaran di Gaza"
Itu ungkapan pegawai atasan bantuan PBB Palestin, Muhannad Hadi yang memberitahu keadaan penduduk gaza ketika ini kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Rabu.
Beliau turut menyeru agar tindakan progresif diambil agar tebing barat juga tidak berpotensi menjadi seperti Gaza.
Itu ungkapan pegawai atasan bantuan PBB Palestin, Muhannad Hadi yang memberitahu keadaan penduduk gaza ketika ini kepada pemberita di ibu pejabat PBB pada Rabu.
Beliau turut menyeru agar tindakan progresif diambil agar tebing barat juga tidak berpotensi menjadi seperti Gaza.
[TERKINI] Joe Biden dijangkiti COVID-19 ketika berkempen di Vegas
Presiden AS, Joe Biden, alami gejala ringan COVID-19 dan akan kuarantin di Delaware, kata Setiausaha Akhbar White House.
Israel sekat penyelesaian dua negara - Guterres
Polisi Israel di Tebing Barat menghalang prospek penyelesaian dua negara, kata Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres.
Lulus dua RUU berkaitan Pelabuhan Bintulu, terjemah semangat MA63 - Fadillah
Kelulusan dua RUU itu selaras dengan Ordinan Lembaga-Lembaga Pelabuhan 1961 bahawa semua Pelabuhan di Sarawak adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri itu.
Presiden AS Joe Biden positif COVID-19, alami gejala ringan
Biden mengalami gejala ringan dan akan ke Delaware untuk mengasingkan diri.
Keputusan kekalkan kerusi 6 bekas MP Bersatu tidak pelik, gambaran demokrasi berparlimen
Keputusan itu juga adalah satu ujian kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.
Op Pintas Mega: Remaja jadi buruh paksa diselamatkan, 47 pekerja asing ditahan
Remaja terbabit disyaki dieksploitasi untuk menjadi buruh paksa di kilang memproses bahan kitar semula berkenaan sejak lebih setahun lalu.
Kerjasama antarabangsa penting demin keadilan untuk mangsa tragedi MH17 - Schoof
Kesan tragedi nahas MH17 amat besar dan begitu dirasai di Belanda meskipun sudah sedekad berlalu.
Sekatan unilateral AS tidak jejas nilai keseluruhan eksport negara - MITI
Syarikat terlibat kehilangan akses terhadap sistem kewangan, perdagangan dan perkhidmatan yang mempunyai pangkalan operasi di AS.
Kerajaan sasar pengembangan pasaran eksport buluh sehingga RM85 juta pada 2030
Perdagangan eksport buluh dan produk berasaskan buluh juga menunjukkan peningkatan sebanyak 47 peratus pada 2023.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023
Jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah 26.75 juta tan, membentuk kira-kira 7% daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.
Malaysia dijangka eksport durian segar ke China selewat-lewatnya Oktober tahun ini
Melalui MoU yang ditandatangani 19 Jun lalu, Malaysia mendapat 'lampu hijau' untuk mengeksport durian, namun belum dipastikan tarikh sebenarnya.
Malaysia rekod perdagangan perkhidmatan RM433.2 bilion pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Jumlah perdagangan perkhidmatan Malaysia berjumlah RM433.2 bilion pada 2023, menyumbang 23.8 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar.
Perdagangan Malaysia pada Mei meningkat kepada RM246.31 bilion, tertinggi dalam 20 bulan
Perdagangan Malaysia kekal kukuh pada Mei 2024, mencatatkan pertumbuhan dua digit tahun ke tahun sebanyak 10.3 peratus kepada RM246.31 bilion.
Eksport mi segera Korea Selatan lepasi AS$100 juta buat julung kali dalam April - Kastam
Eksport mi segera atau "ramyeon" dalam Bahasa Korea mencecah AS$108.6 juta pada April, naik 46.8 peratus dari setahun sebelumnya.
Pengeluaran getah asli Malaysia bagi Februari 2024 menurun 2.0 peratus - Perangkaan
Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran getah asli meningkat 9.1 peratus daripada 27,209 tan metrik pada Februari 2023.
Ekonomi Malaysia bakal pulih dengan sokongan eksport - FMM
Data PMI memberi isyarat bahawa aktiviti pembuatan kembali rancak dan berada di landasan untuk mencatatkan pemulihan beransur-ansur.
Perdagangan Malaysia bagi Feb 2024 tumbuh 3.3 peratus, cecah RM211.79 bilion - MITI
Eksport berkurangan secara marginal sebanyak 0.8 peratus kepada RM111.33 bilion manakala import sebaliknya meningkat 8.4 peratus kepada RM100.46 bilion.